Wednesday, May 11, 2011

320. Nadia masuk spital

sakit pun masih nak pose maut depan camera!

Masa tunggu di unit kecemasan

Di bilik xray

Tunggu lif nak ke wad

Hari2 dia cukup sibuk kalau keluar dengan dia. Mulutnya becuk dari Kjee turun kereta.."Hati2 mama2. Takut jatuh. Jalan pelan2', sambil tangannya memimpin Kjee.

Tapi semalam, selepas hantar Kjee duduk di kerusi  dalam restoren Mak Lang dia di Bentong, Nadia pun beralih ke depan Kjee nak duduk, tetiba Kjee dengar dia menjerit. Dia jatuh tercelepuk!

Unclepali lari mendapatkan Nadia tapi dia tak bagi Unclepali angkat dia sebab kaki dia sakit sangat. Airmatanya menjurai2. Kjee dah tak leh cakap apa sebab tergamam. Kak ipar Kjee berlari amikkan minyak gamat. Apabila Unclepali sapu, dia menangis kesakitan.

Oleh kerana kelaparan sebab dah pukul 4 petang baru nak makan tengah hari, kami pun makanlah. Kjee perhatikan Nadia makan dalam kesakitan. Sebaik sahaja habis makan, Unclepali berlari ke kedai berhampiran cari Ameltz Yoko Yoko dan Panadol.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan antar mak mertua dan kakak ipar balik ke Ulu Jempol, Pahang. Perjalanan 1½ jam. Sampai kampung pukul 6, Nadia masih mengerang kesakitan. Tak kebahpun walaupun dah telan panadol.

Kul 9.30 malam, kami berangkat pulang ke KL. Tak jadi tidur kat kampung sebab Nadia ni kalau sakit, lebih suka keselesaan biliknya. Sampai rumah kul 12 malam. Sampai jer Nadia terus kata nak tidur.

Pagi tadi dia bangun kul 7.30 sebab tak boleh tahan sakit. Terus Kjee bawak ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal di Setapak. Selepas x-ray, doktor sahkan ada fracture. Biarlah dia rehat sehari dua di spital. Nasib baik Kjee belikan dia insurans. Kalau tidak tak rasalah duduk spital pakar kan. Hehehe

Tapi Kjee terkilan. Kalau dia tak ikut balik kampung antar Tok dia mungkin dia tak jatuh. Tapi seandainya apa2 terjadi masa dia sorang2 kat rumah pun, susah jugak kan.

Terima kasih semua kengkawan di FB yang mendoakan dia cepat sembuh. Ini bukan pertama kali Nadia mengalami kemalangan seperti ini. Ketika usia 10 tahun dulu pun tangannya patah setelah berlaga dengan tiang di sekolah. Itulah kalau lasak sangat kan...

Apapun, syukurlah berlaku semalam dan tidak minggu lepas. Ahad lepas Nadia baru jer habis final exam sem 3. Kalau tidak...bertongkatlah dia ke Universiti.

14 comments:

  1. hope nadia will be recover soon kak gee..kak gee pun kena jaga kesihatan gak macam nadia cakap tu...rasanya tak lewat nak ucapkan selamat hari ibu buat kak gee gak...

    ReplyDelete
  2. terkejut maklong baca..
    semuga nadia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. cian nadia.. naseb bek ada mak yang perihatin cam kakjee ni kan.. hope nadia cepat sembuh yerk :)

    ReplyDelete
  4. Semoga Nadia cepat sembuh.Dan wat Kak Jee pun jaga kesihatan gak.Terharu bila baca n3 Kak Jee ni.Unclepali terlalu prihatin n syg sangat kat Nadia.Unclepali take care Nadia betul2 walau bukan anak kandung dia.Unclepali ada tanggungjawap tuk keluarga Kak Jee.Tabik kepada Unclepali!!!Bertuah tuk Kak Jee n Nadia punya suami n papa cam Unclepali....

    ReplyDelete
  5. Moga Nadia cepat sembuh ya kak Jee..insyaAllah xda apa2 tuh..take care!

    ReplyDelete
  6. semoga nadia cepat sembuh dan semoga keluarga kak Jee dikurniakan kesejahteraan & kesihatan yg baik...amin.

    ReplyDelete
  7. cian nadia...moga cepat sembuh yerk....

    ReplyDelete
  8. moga nadia cepat sembuh insyaallah..
    kak jee pun take care..

    ReplyDelete
  9. tangan berlaga dgn tiang?mak aii nadia...dasat
    apa pun semoga cepat sembuh ya!insyaallah...

    ReplyDelete
  10. Diana doakan semoga Nadia cepat sembuh... Jaga diri yer..

    ReplyDelete
  11. Insha Allah moga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  12. Semoga Nadia cepat sembuh. ;)

    ReplyDelete
  13. semuga nadia cepat sembuh.....take care jangan makan benda berangin...nor

    ReplyDelete