Resipi ni Kjee simpan dalam kepala jer masa menonton Chef Sunny Anderson dalam rancangan masakan Food Network channel 706 Astro sedikit masa lalu. Bread & Butter pudding memang kegemaran Nadia dari kecik lagi tapi ada syarat. Dia tak nak kjee bubuh kismis atau black currant.
Pantang nenek moyang tengah makan tergigit kismis atau black currant, katanya. Yang Kjee ni suka pulak tapi demi anak, sanggup ler tak bubuh. Hmmm sanggup ker anak berkorban apa saja untuk kita nanti kan?
Tapi kali ni Kjee tak buat resipi biase. Kali ni bubuh serbuk kayu manis ikut resipi yanag Kjee tengok. Kjee kisar sendiri kayu manis sebab rasanya lebih sedap kalau baru dibuat daripada beli serbuk yg dah siap.
Eh mulalah nak melalut lagi...anyway, selamat mencuba resipi baru ni.
BAHAN2NYA:
(bahan A)
5 keping roti gardenia (kjee guna roti wholemeal Gardenia. Guna roti yg sudah berusia dua hari atau lebih)
¼ ketul butter (dibiarkan pada suhu bilik)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (kjee kisar kering) (kalau tak suka tak yah bubuh)
1 sudu besar gula castor
(bahan B)
5 biji telor
2 ½ cawan susu segar (fresh milk. kjee guna low fat milk)
½ cawan gula castor (kalau suka manis, boleh tambah)
1 sudu besar vanilla
CARA MEMBUATNYA:
Panaskan oven. sediakan baking tray atau dulang alluminium. Roti dipotong dua. Campurkan butter, serbuk kayu manis dan gula (bahan A) sampai rata. Kemudian sapukan pada roti yang telah dipotong dua tadi. Sapu macam biaseler. Pastu susun atas tray dan bakar selama 15 minit. Sampai garing jer bukan hangus tau. Masa tengah bakar roti tu, pecahkan lima biji telor. Masukkan ke dalam bowl bersama susu segar dan gula. Kalau suka manis, tambah lagi gula. Kacau (whisk) sampai rata bukan kembang yer. Masukkan vanilla dan tepikan. Bila roti dah cukup garing, keluarkan dan susun dalam tin empat segi 7" x 7" setelah disapu marjerin dan tepung sekeliling dalam tin. Susun ikut suka. Pastu, ambil tapis dan tapis bahan B ke dalam tin berisi roti tadi. Biarkan selama 20 minit iaitu atau sehingga bahan B serap ke dalam roti bakar tadi. Kemudian taburlah serbuk kayu manis lagi ke atas permukaan roti/telor tadi, kalau suka. Pastu bakar selama 50 minit atau sehingga dirasakan sudah cukup masak. Tekan sikit permukaan roti setelah 50 minit memasak. Kalau masih ada rasa lembab, teruskan bakar lagi sampai puas hati. Cubalah.
0 comments:
Post a Comment