Sunday, May 15, 2011

335. Kalau Hazama Menang...

Hazama dulu2. Thnxs Budiey for foto
 Kalau Hazama menang, apa? Well, pada Kjee kalau dia jadi juara AF9, termakbul lah impian Fauziah Ahmad Daud untuk melihat Akademi Fanatasi melabuhkan tirainya dengan penuh maruah! Sedikit pun tidak akan tercalar imej AF kerana Hazama memang bakat tulen!

Tetapi Hazama tidak seharusnya terlalu selesa dengan pencapaian dan juga pujian yang diterimanya dari Ogy, Hattan dan Faizal Tahir semalam.  Sebenarnya, Hazama hanya berada dalam zon yang cukup selesa tetapi bola itu bulat, walaupun sudah berada di kakinya. Budak2 sekarang bukannya boleh percaya sangat. Terlalu tak konsisten!

Ala kalau nak ikutkan, bukan Hazama sorang. Jaguh badminton Malaysia seperti Rashid Sidek ataupun Hafiz Hashim pun bukan boleh pakai sangat. Sekejap okay, sekejap tak okay. Kjee gunakan nama Rashid dan Hafiz sahaja sebagai perbandingan sebab Kjee tak kenal nama ahli sukan lain. Harap Maaf..hehehe.

sekarang. foto: alisyasophia.blogspot
Selain itu, sama jugaklah dengan Nabil. Berminggu2 kita tunggu apa yang bakal dipersembahkan. Tapi Jumaat lepas, hampeh. Oppps lupa lak yang entry ni citer pasal Hazama.

Hazama ni memang seorang anak seni yang cukup berbakat. Kenapa baru sekarang dia muncul kembali? Bak kata Hattan semalam, patut dah lama kau jadi juara AF. Sebab semuanya kerana suratan takdir, qada' dan qadar. Melalaklah kau hebat manapun, tapi kalau belum tiba masanya Allah swt nak bagi kau rezeki, takkan kesampaian punya!!

Tapi padan muka panel pemilihan AF. Selama ni kalau pilih calon pelajar nak yang ada rupa...pakej konon! Muka mesti lawa, suara belakang kira sebab tenaga pengajar ada magic touch. Can simply touch and turn the fella into gold! Poooraaaaah!

Kjee berani kutuk mereka yang menerajui AF kerana ini musim terakhir. So sebelum beredar, kita bagi dia orang kaw kaw supaya they don't make the same mistake next time.

Eh korang marah ke Kjee cakap omputih? Korang mesti faham, kalau kita nak titik, lebih sedap disampaikan dalam bahasa omputih.Pada Kjee kureng berkesan kalau dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kan sepatutnya cukup berhemah dan sopan!

Sebab itulah semalam Kjee kesian tengok Faizal dan Fauziah (eh Ogy pun ada adik lelaki nama Faizal tau) macam tergeliat lidah nak cari bahasa atau perkataan yang sesuai setelah ada orang hentam suruh dia orang cakap sepenuhnya bahasa Malaysia.

Nak tergelak Kjee rendition jadi rendisi. Aduh mana ada perkataan rendisi dik Faizal oi dalam kamus Dewan. Rendition maknanya penyampaian. Apapun, kecelaruan anda berdua semalam cukup menghiburkan.

Ogy bersama peminat setianya Fendi Aman dari Spore
Cuma Kjee tengok Hattan kureng sikit mood dia. Korang nak tahu kenapa? Khabarnya, ada pihak yang mahu Hattan mohon maaf atas keterlanjurannya memberi komen minggu lepas. Dia kata suara salah seorang pelajar AF hanya layak untuk nyanyi di Gempak Desa. Maka orang yang dibelakang Gempak Desa hot tahap gaban. Mahu Hattan mohon maaf sebab dia dakwa Gempak Desa sebuah rancangan yang cukup hot dan berjaya jual banyak parabola Astro!

Ya ke berjaya? Kjee pun first time dengar nama gempak Desa. So tak tahulah Kjee samada Hattan nak mintak maaf ke tidak. Ala, tak payahlah besar2kan perkara ni. Industri ni kecik jer. Lainlah kalau industri hiburan di Amerika kan?

Berbalik kepada Hazama setelah Kjee melalut berbatu2 jauhnya. Wajah is not everything. Korang ingat P Ramlee tu handsome ke masa muda dulu? Pipi dia penuh bekas jerawat macam batu giling. Jerawat batu beb. Tapi bakat mengatasi segalanya.

Pastu nak celah sikit, si Aiman yang jadi protege Rahim Maarof, handsome giler. Kjee yakin ramai anak dara yang ketar lutut tengok muka dia. Tapi kenapa dia kecundang? Lu pikirlah sendiri.

Hattan - foto ehsan google
Kjee harap Hazama terus berusaha dan hati2 sebab Fina is also a tough fight walaupun ada ketika Kjee terasa Fina diberi key terlalu tinggi.

The moral of my entry, dengan adanya Hazama dan Fina, Insya Allah AF9 akan melabuhkan tirainya penuh maruah!!!! Dan orang akan ghairah cerita pasal Hazama dan AF9 sampai lupakan imej AF yang telah tercalar sebelum ini! Lu orang ada setuju? Yehhhh I like!!!!

5 comments:

  1. yess i like statement ni kak jee..hik3

    ReplyDelete
  2. kak jie pandai meluahkan apa yg tersirat saya hanya sokong semua statment di atas , dn sy tk tengok sgt pun AF nih tp saya baca sbb nk tahu :)

    ReplyDelete
  3. ye lah pada aku kali ini mesti hazama boleh menang sbb dia boleh nyanyi dan berbakat harap harap kali ini rezeki menyebelahi dia kan.

    ReplyDelete
  4. SETUJUUUUU!!! :D :D :D
    I followwww....

    ReplyDelete