gambar ehsan Unclepali |
Dulu kalau Hari Kanak2, Kjee dapat makan aiskrim, dapat biskut, dapat party pack dan dapat pergi ke Stadium Merdeka sebab nak tengok budak yang dapat pingat Hang Tuah. Dan kalau sekolah menengah dapat tengok wayang free!
Hey apa daaa kena mengena cerita ni. Sorry cikgu. Kjee memang suka merapu dari zaman2 sekolah dulu. Lain yang cikgu suruh buat, lain yang Kjee buat. Hehehe selalu dapat 'upah' dari cikgu kena petik duri kat padang sekolah.
Walaupun masa sekolah dulu, Kjee memang antara pelajar yang boleh harap bising jer, sekolah tak pandai, tapi Kjee kenang jasa guru Kjee sampai ke hari ini.
Tak perasan Kjee samada guru2 Kjee di Sekolah Menengah Perempuan Air Panas Setapak masih ada tapi yang pasti, guru Bahasa Inggeris, Miss G Kumar masih sihat dan sering Kjee temui. Apabila bertemu dengan beliau, Kjee akan cium tangannya. Love you Miss Kumar.
Dan Miss Kumar dengan bangganya akan kata Kjee salah seorang anak murid dia yang paling berjaya. Apa tidaknya. Kjee dapat A1 untuk English ketika peperiksaan MCE (Malaysian Certificate Of Education) dulu, dibawah asuhannya. Ingat senang ke? Kalau SPM tu, ala kacang jer kan. Dan dia lebih bangga Kjee jadi wartawan sebuah akhbar bahasa Inggeris daripada mak bapak Kjee sendiri!
Kertas peperiksaan zaman Kjee dihantar ke England untuk diperiksa! Omputih yang periksa tau! So kalau dapat A1 kira dasyatlah kan! Kertas Bahasa Malaysia pun dapat A1. Yang lain jangan korang berani nak tanya!!
Kjee tak tahu kenapa budak2 sekarang baik yang pompuan mahupun lelaki sanggup sampai nak bertekak dan pukul bantai cikgu mereka. Selain ibu, cikgu adalah orang luar yang paling mulia di sisi kita. Dia yang berhempas pulas mendidik kita tau sampai kita jadi manusia berjaya di segi akademik.
So kalau korang nak buat apa2 kat cikgu, fikir 1,000 kali. Ah tak payahlah nak susah2 fikir!!! Jangan buat jer kan? Tanpa mereka, siapalah kita!!!
SUDI KIRANYA CIKGU/TEACHER BAWAK BALIK OLE2 NI DAN GANTUNG DALAM RUMAH ANDA . TERIMA KASIH.
teringat arwah bapa mertua aku berpesan jangan ada cucunya yang menjadi cikgu, sbbnya dia berkata begitu adalah kerana dia kata guru guru sekarang tidak di hargai dan ibubapa sekarang juga tidak seperti dulu, dulu cikgu boleh pukul anak anak murid jika mereka membuat kesalahan tetapi sekarang apa apa pun guru juga yang salah.
ReplyDeletetapi tu lah ditakdirkan anak hj burhan sangat meminati bidang perguruan dansedang dalam jurusan TESL diUITM Shah Alam. apa boleh buat terpaksa lah melanggar amanat arwah datuknya.
Walaupun kerjaya cikgu itu tidak dihargai atau disanjung malah dikeji tapi itu tidak melemahkan saya yang menjadi cikgu ni ...insyaallah ada ganjarannya walaupun bukan didunia...Selamat Hari Guru ...
ReplyDelete