Monday, May 16, 2011

342. Tak lama lagi orang rumah SY Is4 bukan Is3!

Amy 24 tahun akan jadi 'Is 4' Salih! - ehsan Jomsss.blogspot


Is3 Salih - ehsan Utusan Online



Siapa artis paling popular dan meletup dewasa ini?  Siapa lagi kalau bukan artis versatile Salih Yaacob. Hari2 cerita dia keluar paper. Lagu Puteri Remaja yang dipopularkan oleh Jasni, didendangkan semula oleh Salih, pun setiap hari berkumandang di Radio.

Lagu tu macam ada makna pulak dalam hidup Salih kali ini sebab gadis yang bakal dinikahinya itu berusia 24 tahun. Muder nyerr!!! Sama usia dengan anak sulung Salih ker? Ooppssss

Selama ini kalau orang tanya Salih berapa isterinya dia akan kata sambil tunjuk jari "Is 3". Tak lama lagi kena tunjuk empat jari dan kata "Is 4!" Hehehe.

Jika izinkan Allah, Salih akan menikah lagi selepas Raya ni, katanya dalam satu temuramah dalam paper. Setakat ini Salih dah kahwin empat kali. Perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian. Kalau tak silap Kjee dengan orang kampungnya di Kuala Selangor.

Dulu Kjee memanglah rapat dengan Salih sebelum dia jadi artis lagi. Masa dia jadi penyanyi dalam Orkestra Tentera Darat. Abang Kjee (Ahmad Fauzee) selalu buat dinner show guna penari dan penyanyi serta band OTD. Maka itulah Kjee kenal rapat dengan Salih sekali gus seringkali interview dia masa Kjee kerja Berita Harian.

Salih memang seorang yang cukup lucu. Sebab itulah Kjee kata si Johan anak sedaranya yang menganggotai kumpulan JOZAN, saling tak tumpah perangai Salih masa muda. Cara ketawa serta lawak Johan yang sempoi mengingatkan Kjee kepada Salih.

Apapun, ini kali kedua Salih menempa nama dalam bidang seni. Dia pernah top menerusi filem2nya di zaman AR Badul dan juga album2 kelakarnya. Kemudian Salih senyap. Bintang dia pudar sekejap. Rasa Kjee dia senyap dalam 10 tahun. Lepas itu dia bangkit balik menerusi banyak acara yang dia menjadi hos termasuk rancangan TV yang dihoskan dengan Ogy Ahmad Daud.

Bintang dia mulai gemerlapan semula apabila dia masuk Sinar FM hingga sekarang. Kjee rasa Salih akan bertahan lama lagi sekiranya dia masih mengekalkan cara berlawak yang tak over. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan Salih adalah pelawak Nombor Satu Negara sekarang!

keluarga besarnya - ehsan HMetro
Kisah peribadi Salih mengamit banyak perhatian. Tetapi bukan cerita songsang. Jalan dia betul. "Saya mahu  bernikah lagi kerana itulah jalan yang telah ditetapkan Allah SWT buat saya. Saya banyak memohon petunjuk. Dan inilah petunjuk yang saya dapat."

Rezekinya yang mencurah akhir2 ini dijuruskan sebaik2nya kepada 3 isterinya. Khabarnya semua mendapat pembahagian kemewahan yang adil mengikut status mereka. Isteri pertama, kata Salih yang banyak berkorban dan membenarkan Salih pasang lebih dari satu, sudah pastinya selama ini mendapat imbuhan yang lebih.

Seronok Kjee dengar Salih nak buat persandingan bersama2 empat isterinya nanti. Kalau Kjee tak silap, tiga isterinyanya itu tidak merasai naik pelamin bersama Salleh. Dia hanya bersanding dengan isteri pertama yang telah diceraikan dulu.

Maklumlah masa kahwin dengan yang kedua (sekarang isteri pertama), Salih masih ada isteri pertama, manalah nak buat majlis persandingan kan? Kahwin pun mungkin sorok2. Begitu juga dengan yang kedua dan ketiga. Walapun kahwin secara terang2an tapi taklah sampai ke tahap nak bersanding.

Mungkin oleh kerana yang keempat ni special sikit ( dan Insya Allah yang last) maka Salih mesti ada rancangan nak bersanding. Dan kalau dia buat bersanding, mesti akan timbul macam2 cerita. So untuk berlaku adil kepada 3 isterinya sebelum ini yang tak rasa naik pelamin, jom naik beramai2. Kan Salih dah janji segala2nya mesti dibahagi sama rata kan?

Tapi part ini yang paling Kjee suka. Ramai lelaki se ia sekata apabila Salih Yaacob cukupkan kuota kahwin empat mengikut Islam. Mereka beramai2 kata "I Follow!!"

Apa2pun, kita doakan agar Salih dan keluarganya menemui apa yang mereka cari selama ini. Insya Allah.

11 comments:

  1. Saya baru tahu kak gee.Rupanya Johan tu anak sedara SY. :)

    ReplyDelete
  2. ya betul. wajah dia orang kan dekat2 sama jugak.

    ReplyDelete
  3. saya pon baru tahu k.jee... gelak die memg sama hehheee

    ReplyDelete
  4. semoga perkahwinan yg berlandaskan jalan yg lurus ni akan kekal abadi

    ReplyDelete
  5. betul tu...tengok johan tu..mesti teringat SY kan kak...kelakar orangnya...

    ReplyDelete
  6. saya tumpang gembira dengar cerita2 poligami yg bahagia mcm ni. biasa dengar cerita negatif je..sampai muak dengar.

    ReplyDelete
  7. Suka dengar orang yang nak mendirikan masjid kerana mencari redha Allah...besar pahala isteri2 saleh tu...

    ReplyDelete
  8. kalau si SY kawin ibu tunggal atau wanita terlajak usia tapi belum belum temu jodoh .. saya lagi RESPECT. Baru nampak keikhlasan BERNIKAH kerana ALLAH ... Ni kawin wanita muda baya anak gadis sendiri .. ermmm macam ' suka pucuk muda' jer lah pulak.

    ReplyDelete
  9. Kjee mmg tunggu komen terbaru ni. kalau kahwin balu, janda atau andartu barulah ikut sunnah nabi kan? hehehe

    ReplyDelete
  10. betoi kak jee ... ramai nak kawin lebih dari satu .. ikut sunnah nabi tapi mereka lupa nak ' tengok' .. atau ' kaji' nabi kawin pompuan yang macam mana ??? Yang baya anak sendiri ? Yang gadis cun melecun ??? Kalau betul mampu dan betul nak ikut sunnah nabi .. nak nikah kerana Allah .. maka seeloknya cari le yang berstatus ibu tunggal,susah .. pelacur ke ... hahhh .. bila di tanya naper nikah orang macam tu .. baru bertepatan di jawab SAYA NIKAH KERANA ALLAH SWt .. sAYA nak SELAMATKAN mereka dot dot dot ... Saya yakin ramai orang di luar sana akan respect abiss LELAKI yang macam ni !!!!
    Seperkara lagi yang nampak sangat tak kenanya ialah .. napa SY boleh berjumpa dengan gadis tersebut macam couple muda-muda .. tidakkah HARAM namanya tu ... wanita tu bukan isteri atau muhrimnya. Jadi .. macam TAK ISLAMIK lah pula kannnnn ... bab NIKAH KERANA ALLAH swt memang sound very Islamic ... tapi bab berdua bertemu mata .. bersenda gurau .. siap masuk paper berbagai ... ISLAMIC ke ???

    ReplyDelete