Ini ketika buat kali pertama. Berserabut halia. hehehe |
Dah dua kali Kjee buat resipi ni. Hari ni baru teringat nak masukkan kat sini. Tak kisahlah kan? Tapi Kjee rekemen resipi ni memang sedap dan anak2 pasti suka sebab ia tidak pedas. Cuma sekarang ni harga ayam tengah melambung tinggi. So kalau nak buat, kena tunggu harga ayam turun dulu. Hehehe.
Kjee dapat resipi ni kalau tak silap dalam akhbar The Star lama dulu. Tapi taklah pulak salin masa tu. Main ingat2 jer tapi alhamdullilah menjadi.
BAHAN2NYA
4 set kepak ayam (dipotong ikut sendi)
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
3 sudu besar madu
2 sudu besar kicap cair maggi
1 sudu kecik sos ikan/sotong
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar tepung jagung
seikit daun kari
CARA MEMBUATNYA
Kepak ayam dicuci dan dipotong dua ikut sendinya dan bubuh dalam satu mangkuk atau besen plastik kecik.
Kemudian masukkan ke dalam bekas (plastic) yang ada penutup. Jika guna plastik zip lock lagi elok. Perap lebih daripada 5 jam atau seelok eloknya satu malam di dalam peti ais. Kalau malas nak perap lama2, dua jam pun boleh tapi rasanya kureng sikit.
Selepas perap, goreng kepak ayam tadi dalam minyak yang sedikit (shallow frying) seketika sahaja dan balik2kan. Ala2 setengah masak gitu. Baki air ayam yang diperap tu, jangan dibuang.
Tumis daun kari guna minyak gorengan ayam tadi. Kalau banyak sangat minyak nyer, keluarkan sikit. Kemudian masukkan air perapan ayam tadi dan kacau. Pastu masukkan kepak ayam dan sedikit air kira2 setengah cawan. Kemudian masaklah guna api sederhana sehingga kuahnya agak kering. Lembab2 jer. Rasalah. Kalau tak cukup masin, tambahlah fish sos. itu jer. Kalau terlalu banyak kuah, masukkan satu sudu besar tepung jagung yang telah dilarutkan dalam sedikit air. Masukkan dalam masakan. Kemudian besarkan api dan golek2 sampai kuah pekat.
Selamat mencuba.
.
sedapnya.
ReplyDeletetengok gambar je..
Assalamualaikum K.Jee....amboiiihh menggodanya honey chicken wings diaaa....terus rasa lapar ni tauuu..dah la xmakan td..konon diet nasi..hahaha..
ReplyDeleteSedapnya kakjee...makan ratah gitu je ni lagi sedappppp....:)
ReplyDeletekena cuba juga resepi kak jee ni..
ReplyDeletesebab nampak sedap..