Tuesday, May 17, 2011

348. Selepas 4 hari, suami pula menyusul. Al Fatihah

Ini berita terbaru Kjee baca di mStar Online. Moga roh suami isteri ini ditempatkan disisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin

Allahyarham Datin Orchid Abdullah
PETALING JAYA: Suami kepada Allahyarham Datin Orchid Abdullah,64, Datuk Mokhtar Omar, 70, selamat dikebumikan pada pukul 12 tengah hari, Selasa di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Mokhtar menghembuskan nafas terakhir empat hari selepas isterinya meninggal dunia iaitu pada Jumaat lalu.
Menurut anak bongsunya, Nur Shafinaz Mokhtar,31, Mokhtar meninggal dunia pada pukul 6.10 pagi Selasa di Hospital Ampang dekat sini, akibat menderita komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jantung.
"Sebelum ini, bapa saya dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius,”
"Dan baru semalam (Isnin) dia dipindahkan ke wad biasa. Bagaimanapun, sudah kuasa Allah, dia akhirnya pergi jua tanpa meninggalkan sebarang pesan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa..
Terdahulu jenazah dimandikan di hospital Ampang sebelum dibawa ke Masjid Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.
Jenazah Allahyarham dikebumikan berhampiran kubur isterinya.
Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.

9 comments:

  1. Al Fatihah...takdirnya untuk pergi bersama...

    ReplyDelete
  2. sama mcm allahyarhamah mak dgn allahyarham pakcik panggilan pada bapak tiri,, selang 14 hari mak meninggal dunia,, pakcik pun ngikut sama,, mmg cinta sejati sehidup semati,,, setelah hidup bersama lebihkurang 35thun,,, al-fatihah utk mereka semua,,,,aminnn

    ReplyDelete
  3. drp dia kita dtg kpdnya kita kembali..

    tq kak G bgtau

    al fatihah

    ReplyDelete
  4. alfatihah...semoga kedua2 ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin..

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirajium, hidup mati bersama, itulah suratan takdir

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirajium. Alfatihah. Hidup mati bersama. Itulah suratan Takdir.. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..

    ReplyDelete
  7. al fatihah.....semuga anak2 reda dgn ketentuan allah....takziah dan tabah ..nor

    ReplyDelete
  8. Al fatihah...saya juga mengalami keadaan yg sama..bila mana mak pergi selepas 4 hari ayah menyusul pula...akmaryahaya

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah buat kedua-dua suami isteri.

    I don't really know why, but this news really really touched my heart hingga tanpa disedari, airmata kita terus mengalir. Mungkin deep inside, kita inginkan begini akhirnya hidup kita andai ditakdirkan hubby pergi dulu...... namun segalanya telah disuratkan di Loh Mahfuz, tiada siapa yang mengetahui...

    ReplyDelete