Thursday, May 19, 2011
Home »
rawatan alternatif ku
» 357. Daun Ubat Kaki Terseliuh/Patah?
357. Daun Ubat Kaki Terseliuh/Patah?
Baru2 ni Kjee jenguk satu blog...(aduh tak ingat yang mana), yang menceritakan pasal pokok bunga ini. Menurut pemilik blog itu, daun pokok ini kalau disalaikan dan dibalutkan pada mereka yang terseliuh, patah kaki dan sewaktu dengannya, Insya Allah akan segera sembuh.
Kebetulan minggu lalu Nadia dilanda musibah. Dia terjatuh dan kakinya (footnya) mengalami sedikit fracture (retak). Dua malam tidur kat hospital. Tapi dah seminggu berlalu, dia masih mengadu sakit dan kakinya lebam dan bengkak.
Sebaik sahaja terbaca blog Hamba Allah tu, Kjee pun bila keluar saja, menilau cari pokok bunga ni. Tup tup pagi tadi selepas breakfast, Unclepali drive lalu kawasan AU3 Keramat. Kjee ternampak banyak sangat pokok bunga ni tumbuh meliar tepi jalan. Apa lagi, Unclepali pun buat u-turun dan dia amiklah dekat 10 helai.
Sampai rumah, Kjee dah ada idea camner nak salai tanpa merosakkan daun tu. Kjee suruh Nadia letak atas ironing board, ditutup dengan kain batik dan tekapkan dengan seterika panas. Lepas tu Unclepali cepat2 balut kaki Nadia dengan daun tadi dan juga dibandage,.
Dah dekat 3 jam Unclepali bandage kaki Nadia. Nadia kata masih panas lagi daun tu. Kjee tidak tahulah nak kata apa. Mungkin daun itu 'menarik angin'. Sebab itu kawan kita yang menulis dalam blognya kata boleh susutkan bengkak, lebam dan sebagainya.
Terima kasih banyak2 kepada Tuan Punya Blog tu. Harap bagilah tahu blog mana supaya Kjee boleh tahu lebih terperinci mengenai daun ini. Manalah tahu akan beri manafaat kepada kengakwan lain.
Related Posts:
JEMPUTAN : RAWATAN ALTERNATIF - TRANSFER FACTOR Hari ini (29 Oktober 2011) kul 4 petang, Kjee akan berada di pejabat 4Life (Transfer Factor) untuk sama2 dengar ceramah mengenai cara2 meningkatkan sistem ketahanan diri sekali gus melawan penyakit seperti jantung, k… Read More
MINUMAN KESIHATAN RAWATAN ALTERNATIF Walaupun Kjee bukanlah sihat sangat, namun kalau ada terdengar berita kawan2 sakit, Kjee turut sama berkongsi kesedihan. Apatah lagi sejak akhir2 ini terlalu ramai kawan2 yang menderita penyakit kanser. Beet Root -… Read More
TINGKATKAN IMUNITI LAWAN SEMUA PENYAKIT. KORANG TAK NAK KER?Hari ini Kjee jumpa kawan lama Kjee, Hafifi Hafiz (Dato), dulu junior Kjee di Berita Harian. Jawatan terakhir beliau di sana sebagai Pengarang Eksekutif Harian Metro dan Metro Ahad. Terpaksa meninggalkan bidang kewartawanan k… Read More
384. Bomoh Patah Tulang dan Saka (sihir) Sejak Nadia terjatuh dan retak sikit pada tapak kakinya dua minggu lalu, Kjee tak terfikir pulak nak berubat cara tradisional. Setelah masuk wad dua hari, Kjee ingatkan okaylah. Tapi makin hari makin tak ada peruba… Read More
ARABIC GUM ATAU DAMAR ARAB UNTUK KESIHATAN Arabic Gum...campur dan sebarang minuman..mudah larut Isnin lepas, sahabat lama Kjee, Azman Razali, yang kini berada di Doha kerana bertugas sebagai Image Consultant untuk TV Al Jazeera, kembali bercuti. Dan baw… Read More
kjee daun sirihpun bagus jugak dengar khabar jika ada bengkak bengkak...iron jer daun daun sirihtu...
ReplyDeletewah ada lagi orang amalkan daun ini ingatkan dah tak ada.. kat umah saya mak masih tanam daun ini namanya daun pulai padi itu cakap mak la nama saintifiknya tak tau la lak kan ...mak sya guna memang untuk hilangkan bengkak selalunya diletakkan bersama param kemudian letak daun tesebut.. pasti baik.. dan cara salainya pulak letak minyak sedikit dan salaikan atas api...
ReplyDeleteKJ.ni pokok bunga yang selalu ada tepi jalan tu kan!..saya pun nak cubalah apply kat mak...sebab tangannya terseliuh gitu...thanks for sharing KJ.
ReplyDeletebtl tu kak je daun ni mmg mujarab mak sy slalu guna, klu tangan terseliuh dn membengkak, mak cairkan jadam pastu sapu pd tempat yg bengkak kemudian baru balut ngan daun tu.mase tgl kt kg dulu mak ade tanam daun ni. klu x silap mak panggil daun pulus padi.
ReplyDeletesurieya sweet
TQ sharing info Kak Gee..
ReplyDeleteAllah...tak tahu pulak pokok ni punya khasiat membei manfaat. InsyaAllah akan dipanjang2kan
ReplyDeletedaun yang orang kampung saya selalu guna tu namanya 'daun tembaga suasa' tapi lainlah rasanya dari daun ni, bunganya pun lain..tapi memang warna putih
ReplyDeletecaranya ambil daun tu, sapu dengan minyak kelapa dan layur atas api, baru balutkan pada tempat yg bengkak.. memang mujarab untuk bengkak seliuh
Assalam kjee.... maaf klau sy katakan pkk dalam gambar ni adalah pkk bunga "spider lily"... sebenarnya daun yg kjee maksud kan tu mak sy panggil daun "tembaga suasa" rupa daun mmg sama mcm daun yg kjee abk tu tapi ia lebih lebar dan panjang... pkk ni juga agak cerewet utk hidup dan susah jumpa hidup kt tepi2 jalan.
ReplyDeleteCara menyalainya adalah menyalur di atas api dpr gas seperti kita menyalur daun pisang nak buat kuih tu agak-agak layu sahaja... pastu di siat 2 dan di buang tulangnya.. di ramas dengan tapak tangan hungga berair barulah di balut di tempat yg terseliuh tu.
emm.. 1st time dengar kelebihan daun pokok tu.. tapi rasanya dah tak ramai yang tanam pokok bunga ni kan.
ReplyDeleteBagus info ni kak Jee.. Thanks sharring.. Naz selalu nampak pokok ni dkt dgn rumah naz.. akak kat rumah one of jiran kat sini..Punya banyak dia tanam kat tepi pagar dia...
ReplyDeleteterima kasih sume sahabat..lutut sy dh 8 bln xstable bila nk berjln akibat kemalangan thn lepas..sy mengalami kecederaan patah tangan kiri bahu tangan kanan terseliuh paha kaki kanan patah lutut kanan dan kiri ligament koyak..skrg sy masih tidak bekerja..(mc)terima kasih sume,,sy akan mencuba cr perubatan ini..
ReplyDeleteSelain daripada nama2 seperti disebut di atas, ada juga orang2 dahulu memanggil pokok ini sebagai pokok 'sundal malam', mungkin kerana bunganya mewangi hanya pada malam hari. Ada juga yang memanggilnya sebagai pokok 'bakong'. Walau apa pun namanya disebut orang, ianya memang berkhasiat untuk memyusutkan bengkak2 khususnya pada kaki atau tangan yang terseliuh atau patah
ReplyDelete