Kontroversi Buat Jailani Jadi Romantik' - Raja Azmi
KUALA LUMPUR: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman menjelaskan hubungan dia dengan suami, Jailani Sidek bertambah akrab selepas kontroversi membabitkannya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim.
Kata Raja Azmi, suaminya yang selama ini serius bertukar menjadi lelaki romantik sering mengambil berat serta kerap kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kata-kata sayang.
“Saya rasa ada hikmahnya apabila melalui kes (tuduhan berkhalwat) ini kerana suami saya selalu ambil berat dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya setiap hari.
“Kadangkala saya rasa geli hati dan aneh apabila suami kerap menghantar SMS I love you dan I miss you,” kata penerbit filem … Dalam Botol ini.
Katanya lagi, insiden tersebut bukan sahaja mengeratkan lagi hubungannya dalam rumah tangga malah Raja Azmi menganggap ia sebagai balasan untuk membersihkan kesilapan silamnya.
“Saya rasa mungkin Allah mahu memberikan balasan atas setiap kesilapan yang saya lakukan sebelum ini.
“Saya akui saya banyak melakukan dosa kepada Allah dan berharap ujian ini mampu mengurangkan dosa lalu,” katanya dalam nada tenang.
Pada Khamis, Raja Azmi menitiskan air mata gara-gara pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) menanggungkan keputusan pada 20 Jun depan bagi mengetahui sama ada dia benar-benar berkhalwat atau tidak dengan Roslin.
Dia agak kecewa apabila dimaklumkan, pegawai yang mengendalikan kes berkenaan bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jawi di sini untuk mengetahui keputusan itu..
Raja Azmi hadir bersama suaminya yang bertindak sebagai saksi dan Roslin bimbang jika keputusan itu masih tertangguh, ia akan menimbulkan banyak keaiban melibatkan ramai pihak.
Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.
Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.
alahai raja azmi dah balas nak tahu kisah ko tu
ReplyDelete