Saturday, May 21, 2011

367. Al Fatihah buat Seniwati Mahyon Ismail


allahyarham Mahyon Ismail - ehsan google



Jenazah diiringi Faizal, tiba di rumah allahyarham

Fairuz , anak kedua
Fairuz dan Aspalela Abdullah

Dato Yusof Haslam dan Din Wahab

Bulan ini sahaja industri seni tanahair telah kehilangan penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, wartawan dan juga pelakon Aimi Jarr dan kini seniwati Mahyun Ismail.

Rosyam Noor (tengah). Paling kiri, isterinya
Arawah Mahyun Ismail 69 tahun menghembuskan nafasnya yang akhir di Hospital Ampang Puteri tengah hari 21 Mei, 2011 disisi anak2nya Faizal, Dilla dan Fairuz. Beliau yang lebih disenangi sebagai Mak Mahyun adalah isteri kepada arwah Hussein Abu Hassan.

Kjee yang kenal rapat dengan anak keduanya Fairuz, diberitahu ibunya sempat berlakon buat kali terakhirnya dengan produksi Dato Yusof Haslam kelmarin. Jam 8 malam tadi beliau yang mengidap kencing manis mengadu sesak nafas dan dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri.

A Galak & Din Wahab
"Mak tak sakit apa Kjee. Fairuz macam tak percaya dia dah tak ada," kata Fairuz menangis memeluk Kjee.

Walaupun meninggal kira2 jam 12 tengah hari, jenazahnya hanya tiba di rumahnya di Jalan Setia, Gombak Setia pada kira2 jam 4.45 petang. Kjee berada di sana sejak jam 3.30 petang dan artis pertama yang Kjee temui ialah Sophia Ibrahim yang juga anak saudara kepada allahyarham Hussein Abu Hassan. Sophia Ibrahim datang dengan suaminya.



Apabila jenazah tiba, ramai artis tanahair mula membanjiri rumah allahyarham. Mereka termasuk Dato Yusof Haslam, Rosyam Noor, Aspalela Abdullah, Sapura, Din Wahab, A Galak, Fairuz Loy, Faizal Chal Ahmad, Papa Rawi serta Roy Azman.

Ketika Kjee meninggalkan rumah allahyarham pada jam 5.30 petang kerana terpaksa menjemput Nadia yang berada di Corus Hotel, hujan mula turun. Ketika itu jenazah Allahyarham belum lagi dimandikan.

Mudah2an keluarga Allahyarham bersabar menerima ujian paling besar Allah swt. Insya Allah.
Jenazah akan dikebumikan di sisi pusara allahyarham suaminya Hussein Abu Hassan di Tanah perkuburan Taman ibu Kota, Setapak.

Jom kita ramai2 sedekahkan AlFatihah. Semoga roh Allahyarham Mahyun Ismail tenang disana dan ditempatkan di sisi orang2 yang dikasihNya. Insya Allah.
Al Fatihah.


Kjee bersama wartawan veteran Fauziah Raof dan suami Omar Manan

7 comments:

  1. Salam Takziah buat keluarga arwah... Harap mereka semua bersabar dengan pemergian org tersayang, sesungguhnya Allah lebih menyayangi..huhuu... Didoakan juga semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmatNya...amiiinnn

    ReplyDelete
  2. takziah untuk keluarga Allahyarhammah
    Al-fateha

    ReplyDelete
  3. Kjee... anie share kat blog ye...

    ReplyDelete
  4. Innalillah...baru dapatt berita..

    ReplyDelete
  5. Innalillahi wa inna illaihi raaji'un. Al Fatihah buat Allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Takziah buat keluarga Allahyarhamah.

    ReplyDelete
  6. innalillah...alfatihah...kp

    ReplyDelete