Sunday, May 22, 2011

369. Nasi Kandar Kudu Sejak zaman 60-an


Ada terliur ka?


lauk dia semua kari tapi
TERLUPA pulak nak tanya tadi bila restoren Nasi Kandar Kudu, di Jalan Tuanku Abdul Rahman ini dibuka. Kjee celik2 jer dah ada. Mungkin awal 60-an atau hujung 50-an. Arwah datuk Kjee selalu bawak pergi makan nasi ayam seberang jalan situ. Dan sejak kecik lagi arwah bapak pernah ajak Kjee makan nasi kandar Kudu.


Apabila dah tua, secara automatik kalau nak makan nasi kandar mesti ke Kudu walaupun banyak kedai nasi kandar bukak di KL seperti Yassin, Pelita, BrahimShah dan juga Kayu. Tapi kerana tekak dah terbiasa dengan nasi kandar Kudu, maka ia menjadi first choice kami.

Tapi di Keramat ada nasi kandar Suberi, generasi ketiga mamak Penang. Rasanya memang sedap. Tapi kalau lambat, lauk habis. Nasi kandar Suberi terletak seberang jalan dari DAWAMA, kilang Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ni hah cerita balik pasal Kudu. Selalunya kalau kami pergi, memang susah nak dapat tempat duduk. Beratur punyalah panjang macam nak masuk Hard Rock Cafe! Tadi pun sama tapi Unclepali nampak meja di kaki lima kedai. Kat situlah kami landing.
Ni hah siap ada tandatangan P Ramlee

Banyak dah cerita keluar kat paper
Bangganya Kudu bagitau orang P Ramlee selalu datang situ dulu2
Restoren ini adalah favourite port allahyarham P Ramlee. Dulu jalan belakang dari restoren inilah terletaknya Pawagam P Ramlee. Setiap hari P Ramlee makan di situ. Maklumlah anak Pulau Pinang kalau boleh hari2 mau pekena kari dan nasi kandar.

Makanan favourite beliau ialah ikan goreng, lauk daging lembu dan juga telor masin. Pernah dulu kami makan situ dan P Ramlee masuk bungkus bawak balik. Masa kecik2 mana tahu excited tengok P Ramlee. Rasa takut adalah sampai nak nyorok bawah meja!!

Restoren ini sekarang diambilalih oleh anak2 perempuan kembar pemiliknya, Kudu bin Abdul. Rasa masih sama macam Kjee makan kecik2 dulu.

Pilihan Nadia
Biasanya kalau ke Kudu Kjee makan ayam masak Negro tapi tapi, terliur pulak tengok ayam goreng panas2 baru keluar dari kuali. Selain itu, satu lagi kemestian kami bertiga ialah telor ikan, bendi rebus dan juga cili hijau yang dikunyah macam ulam.

Kalau korang tengok pinggan Kjee tadi mesti tak lalu makan sebab Kjee ni, kalau makan nasi kandar tak campur semua kuah tak sah. Kjee akan bagitau mamak tu..."kasi banjir ya." Dia mesti faham punya.

Okay hari ni ada menu air baru. Sirap bandung ala Johor. Dia orang buat sirap bandung guna ice cream soda dan dibubuh selasih. Itu Nadia yang order. Kjee ni minum air manis2 ni kureng sikit. Cuma try satu sedut jer tadi.

Lunch kami hari ni, Nadia belanja. Kena RM32. Harga kena bubuh kat sini kalau tidak ada orang yang sindir tanya Kjee ada share atau makan free sebab baik punya promo!!!
Kalau tak banjir tak sah. hehehe

Sirap Bandung Special Kudu

8 comments:

  1. Hish lapor perut kita Kjee oi....
    Sirap bandung tu mesti best punya kan...

    ReplyDelete
  2. mamaFami: sirap bandung ala johor bukannya susah nak buat. just pour sirap dalam bekas, bubuh ice cream soda dan ais yang dah dihancur2kan. Pastu tutup bekas dan goncang sampai berbuih. siap!

    ReplyDelete
  3. eh lupa satu item. kena bubuh jugak susu cair banyak2. pastu goncang sampai berbuih.

    ReplyDelete
  4. mas pun peminat nasi kandar...
    terliurnya tengok....

    ReplyDelete
  5. kalau dah lama dibuka...resepi mesti turun temurun...rasa mesti kaw kaw bestnye...hish...terliur saya...

    ReplyDelete
  6. AsSalam... saya suka ikut blog kak gee ni.. slalu jd silent reader je.. td dah terluir tgk nasi kandar ni.. nak ke area jln tar sana, jauh lak... so, minta hsbnd blikan original kayu nasi kandar je..

    ReplyDelete
  7. Kjee, kita fail tang boh soda tu... selalu je 'berkepala'. Boring betul...

    ReplyDelete
  8. tempat ni kesukaan sb tapi kalau ada anak anak dia tak makan kat sini, sbb anak anak aku tak berapa nak minat nasi kandar. ooo orang johor memang buat sirap bandung bubuh ice sream soda, itulah minuman kegemaran bila berbuka puasa.

    ReplyDelete