Monday, May 23, 2011

372. Pasar Favourite Kjee - Sri Ternak Selayang



Walaupun dekat rumah Kjee ada dua pasaraya besar - Carrefour dan Giant, namun Kjee tetap suka ke pasaraya Sri Ternak kat Selayang. Dulu masa meniaga, Kjee suka ke NSK Selayang. Tapi sejak NSK terbakar dan dibuat baru, dah jadi berkali2 ganda besar. Tak larat pulak Kjee nak round.

So Kjee pergi je lah ke Sri Ternak sebab kawasan dia tak lah luas sangat. Dan barang2 dia pun berpatutan lah. Maklum tempat ini kan untuk orang yang meniaga. Kalau beli banyak2 lagi murah. Ah tak kisahlah asal aku happy.

Tapi Kjee paling suka sekali beli ikan kat Sri Ternak sebab ada banyak pilihan. Tadi sebab seronok sangat pelbagai jenis ikan, lupa lak nak amik gambar. Lagipun tangan Kjee dah busuk asyik pegang ikan.

Nanti busuk pulak handfon mahal aku. Hehehe gurau, handfon murah. Handfon Sony Ericsson sebenarnya memang power amik gambar. Tengoklah..lawa2 gambar kan? Lagi lawa daripada kamera Nadia dan Unclepali yang berkali ganda mahalnya.

Kat Sri Ternak korang boleh pilihlah sehelai2. Tak macam ada supermarket yang barang2 dia dah siap pack. Kjee nampak ada satu nyonya tu sampai duduk mencangkung pilih kacang buncis. Hmmm kalau Kjee, tak payahlah. Kalau tengok elok beli, tak elok tak payahlah beli kan?


Hari ni Kjee beli ayam (setelah lama boikot). Chicken wings jer sebab nak masak negro (ntah bila), cencaru, pari, kembung kecik (fav Unclepali), ikan bulu ayam, siakap dan kerapu. Banyaknya ikan? Ohh sebab Kjee kan sibuk nak buat skrip. So kalau sibuk, Unclepali goreng jer lah ikan. Dia memang pandai bab goreng ikan.

Pastu Kjee borong susu HL. Tempat lain harganya sampai RM5.90 satu kotak. Kat sini RM5.19 saja. Marigold Peel Fresh kotak besar baru RM4.50.Borong jugak.

Hari ni sayur dia tak handsome sangat so Kjee beli lobak putih jer. Sayur hijau nanti suruh Unclepali beli kat mini market dekat rumah tiap2 hari. Lagipun tak boleh simpan lama kan? Tadi cendawan Shitake yang fresh murah. RM3.99 sepeket. Kjee beli dua peket.

Pastu Kjee nampak keladi. Ingatkan keladi Cina. Balik rumah keladi bukan Cina. Aduh bengang sebab tu terus buat pengat yang tak sedap.

Lain beli apa lagi? Oh ya Kjee beli Thai Sweet Water Lily Mangoes. Hanya RM5.40 sekilo. Murah giler dan manis. Bolehlah buat pulut mangga esok lusa. Sampai rumah tadi dah pulun sebiji besar dengan Nadia. Tadi terus perut memulas. Apa tidaknya, lepas tu minum susu HL Strawberry. Padan muka.

Itu jer lah. Memang suka ke Sri Ternak. Seminggu sekali mesti pergi nak replenish stok dapur. Kekadang dekat dua minggu baru pergi sebab tak masak, asyik makan kat luar.

Sri Ternak kat Selayang berhampiran Pasar Borong lama yang sekarang dah jadi Pasar Harian. (Ini promo free tau. Kjee tak de share dengan hypermarket ni)

8 comments:

  1. bila kak jee sebut pasal keladi. aduhhaiiii dah lama x makan..tap saya lagi suke rebus jer ke pastu cicah ngan sambal tumis @ kelapa parut..sedap tau kak jee...tap klu husband dia request suke goreng jer...

    ReplyDelete
  2. kak jee..
    anak dan menantu maklong kerja kat sinilah..
    tapi dia ni tak ramah langsung.. kadang2 hantar dan jemput anak.. tapi jarang membeli disini..
    sssyyhhh..!! maklong lebih suka NSK.. teringin terserempak dengan kak jee.. hehehe

    gambar gerai depan sri ternak yg tutupnya warna oren tulah.. tempat maklong kerja dulu..

    ReplyDelete
  3. masa duk selayang memang sri ternak dan NSK lah pilihan membeli barangan harian dan dapur

    ReplyDelete
  4. Believe it or not, I don't like to go to markets!!!! :D

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...sya selalu silent follower blog k.jee..sbnrnya sya nak menjemput k.jee sekeluarga ke kenduri arwah datuk & nenek sya..Allahyarham Hussain & Allahyarhamah Fatimah..arwah atuk cikgu kat sekolah peringgit, Melaka. Makcik sya, Cik Yot @ Zaleha Hussain mtk no tel K.jee setelah sya bgtau sya follow blog k.jee :) klu ada apa2 blh email sya di qasehmama@yahoo.com.my ..harap k.jee dpt ctc sya utk memanjangkan silaturrahim ini ya

    ReplyDelete
  6. lau sy sri ternak nie mls nk p kjee..susah nk park pulak ramai sgt org antarabangsa kite yg berniaga haram kt c2...lau sy p NSK je lh parking byk..ye lh org muda nk round 1 nsk tu x pe lh ..hhhiiii..

    ReplyDelete
  7. aku tak pernqh ke sri ternak, tapi dulu ada sekali je pergi NSK lepastu SB dah malas nak pergi, reringin juga nak ke sri ternak sbb selalu baca kau tulis pasalnya, nanti kalau sb ada mood nak ajak lah.

    ReplyDelete
  8. ikan kembong kecik fav unclepali tu bukan ke nama glamournya "pelaling" , aku pon sker ikan tu kalo digoreng sajer

    ReplyDelete