Era-Salma dapat markah kesian. foto ehsan blog.mfahdlan.com |
foto ehsan mats3n.blogspot.com |
foto ehsan mStar |
Sejak dua atau tiga minggu lepas, Kjee dah ramalkan Sharifah Aini dan Mentornya Shiha dan Erra serta Mentornya Salma, akan masuk final. Tapi tuah Iqa tiada siapa dapat ramal. Dia bukan sahaja dapat masuk final tetapi mengumpul markah tertinggi!!
Tahniah Iqa dan Edry. Berbaloilah Edry habiskan masa dan duit melabur untuk persembahan Iqa gunakan teknik CGI. Bukan senang dan murah untuk melakukannya tetapi Edry dan adik beradiknya ada studio canggih. So no problem lah.
Apapun, malam ini kita tidak dapat tahu apa yang bakal dikatakan oleh juri profesyenal. Tak tahu kenapa tetapi rasa macam tak seronok pulak. Bab juri profesyenal komen yang seronok kita lihat. At least kita tahu kehebatan mereka dari aspek profesyenal. Masa ada tapi dihabiskan dengan komen meleret2 dari Nas Ahmad dan Ally Iskandar.
Kjee rasa malam ini milik Shiha. Betullah tu dia mendapat undian tertinggi sebab dua2 lagu yang dibawanya cukup bagus untuk membawa dia ke final. Kjee tak sempat tonton lagu pertama Salma. Hanya dengar suaranya jer sebab tengah sibuk kat dapur. Tapi bagi lagu keduanya, Kjee memang puji.
Iqa pada Kjee biasa biasa jer. Lagu Awan Yang Terpilu mungkin memberinya lebih markah daripada lagu keduanya. Walaupun biase biase, namun mungkin ada kelebihan pada persembahannya menyebabkan dia terpilih dengan markah tertinggi iaitu 129. Salma mendapat 113 manakala Shihah 119.
Dan untuk Afdlin Shauki, kesian awak. Dulu masa mencari protege, awak nak 'mencari clone P Ramlee'. Sayangnya, clone Saloma pun awak gagal bentuk. Opppsss.
Kita tengok minggu depan siapa yang menang. Siapa bawak balik kereta, siapa bawak balik skuter. Dan sapa tumpang kereta ataupun skuter. Hehehe
mentor pun sama bagus dengan Af dulu Af9 sejak ada yang tersingkir bertambah bagus. Oh ye...ikan bulu ayam tu first time saya dengar ...mak saya panggil ikan nie anak bilis.
ReplyDeletesalam.. saya peminat blog kak jee.. hari-hari buka dan baca. tak bosan langsung. saya ada betulkan 2 ejaan yang saya perasaan kak jee selalu guna. profesyenal dan restoren. mungkin kak jee suka-suka untuk eja macam tu. saya tak pasti. kalau kak jee tersilap ejaan yang betul adalah "profesional" dan "restoran".. saya suka blog kak jee sebab rasa macam baca majalah atau suratkhabar..!! harap maaf kalau menyinggung perasaan.
ReplyDeletepeminat blog kak jee.
wassalam
ya ker? kjee bukannya pakar bahasa. tulis ikut keselesaan sendiri. kenapa tak tegur why I tulis perkataan "pastu', 'camner'...itu lebih haru. hehehe. anyway welcome to the world of blogging.terima kasih kerana sudi singgah blog yang sentiasa merapu ni.
ReplyDeletetak sangka dan terkejut iqa dpt markah tertinggi..
ReplyDeletecm pelik lak..kalo salma selama ni menang setiap minggu..tak dpt gi finalkan..nasib tempat tuk ke final ditambah..lepas la jgk salma..tp iqa seorang yg berusaha dan harap dia lagi baik final nanti..
ReplyDeletedtg melawat kak jee hari ni..
ReplyDeleteFrust juga dgn Salma tu. Tapi Iqa tu bertuah sbb dia dapat Edry yang mmg kita dan sedia tahu kemampuan KRU tu..persembahan Iqa biasa jer
ReplyDeletesemalam entah mimpi apa aku dengan sb tengok sampai habis mentor ni. aku tengok kesian juga kat erra sbb dia dah macam confident salma boleh ke final tapi apa nak buat semalam salma nyanyi tak sedap, shiha pulak semalam lagu dia dua dua sedap dan dia nyanyi pun sedap juga, edry pulak dah rezeki dia sbb sebenarnya protege dia pun ok ok je bukan best sangat pun. afdlin balik kampunglah gamaknya.
ReplyDelete