ada yang muka cam ni minus the tanduk |
Isu ini cukup sensitif. Silap haribulan, tersalah tulis boleh kena saman. Tetapi kalau takut orang pertikai, kenapa berani buat? Entry Kjee kali ini mengenai artis yang guna botox konon untuk buat muka mereka lebih lawa. Yang tua nak nampak muda dan yang muda nak nampak lagi lawa.
Tak payahlah disebut nama2 artis yang terbabit. Ramai yang dah tahu. Bukan Kjee takut kena saman tetapi mereka sekarang sudah tidak ada peluang nak gostan. Muka dah jadi macam robot transformers! So kalau kutuk macam manapun, muka dia orang tak boleh balik seperti asal!
Camni pun ada. hehehe |
Bawaklah bertaubat. Kecantikan adalah kurniaan Allah SWT. Mengubahnya bererti kita tidak redha dengan pemberianNya! Kalau dah tua, buat cara tua. Bukannya awak tak pernah lalui zaman muda, zaman bergetah, zaman dahi licin!
Tidak salah kita kita hendak menghias wajah ataupun bodi kita. Tetapi janganlah sampai orang lain kehairanan melihat hidung tiba2 jadi macam Minah Salleh. Kalau perfect macam Minah Salleh tak per lah kan? Ini dah jadi muka macam robot transformers!
Wajah boleh dijadikan cantik menggunakan mekap sahaja. Sebab itu anak2 gadis tidak digalakkan mekap sakan sebelum kahwin. Takut apabila dimekapkan masa jadi pengantin, sudah hilang seri. Sebenarnya bukan hilang seri tapi kalau hari2 dah makep berlebihan, bila dah jadi pengantin, tak de lagi nampak kelainannya.
Kris Dayanti yang dikatakan pelopor makeover yang menggunakan Botox di Indonesia, mengakui tidak semua artis boleh memilih kaedah botox. Mungkin penyanyi sahaja, dakwa KD. Pelakon tidak boleh kerana mereka perlukan ekspresi muka ketika berlakon.
Itu Kjee setuju. Kawan baik Kjee, seorang pengarah drama, pernah mengadu pada Kjee mengenai beberapa pelakon wanita popular tanahair yang menggunakan Botox hingga sukar hendak menunjukkan riak wajah yang sepatutnya mengikut skrip.
"Entah apa dia buat sampai tegang sangat muka dia, Kjee. Suruh menangis pun susah. Ketawa atau senyum pun tak natural. Macam dibuat2!"
Beberapa tahun lalu, ada seoranga artis veteran yang pernah berlakon drama Opah puluhan tahun lalu, singgah kedai Kjee. Kjee langsung tak kenal muka dia. Dia menegur Kjee dan tanya kenapa Kjee tak kenal dia lagi. Mak oiii macam mana nak kenal. Muka dah jadi lain!
Macam mana kalau muka dalam kad pengenalan atau pasport lain dari wajah yang telah 'dibotoxkan?' Tak kena timbul banyak masalah nanti?
semua gambar ehsan cik google |
Dia orang yang buat Botox tu tak sedar ke muka dia orang dah jadi pelik. Atau rumah mereka tak der cermin ker?
Harap2 mereka yang ada simpan niat nak buat makeover kepada wajah agar fikir banyak2 kali. Syukurlah dengan wajah asli pemberian Allah SWT. Buat makeover atau plastik surgery hanya sekiranya terjadi kemalangan dan mendapat kecacatan kekal.
Artis2 yang dah sediakala lawa tu, janganlah nak 'burukkan' muka anda dengan botox. Simpanlah duit atau kalau dah rasa terlebih sangat banyaknya duit tu, dermalah kepada mereka yang memerlukan! Lebih cantik wajah itu apabila awak tersenyum melihat kegirangan mereka yang susah, ketawa penuh kegembiraan apabila mendapat bantuan.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui, Memahami dan Maha Pengampun!
berdekah2 saya ketawa baca entry kjee ni...saya setuju sangat2 tu
ReplyDeletesgt benar kakjee. mengubah ciptaan Allah tanpa sbb syarie tu dah lah haram..tp bila tgk muka mereka, hilang lawa timbul seram! Biarlah proses penuaan secara natural mengambil tempatnya. Ramai yg kekal manis bila usia bertambah..mcm kak jee maintain manis..bahkan lagi manis hehehehe!
ReplyDeletebest Kak Jee.... penuh humor tapi fact... syabas kak jee...
ReplyDeletethanks kerana berkongsi...mcm2 yg pelik2 berlaku skkrg ni... mgkin bg dia rasa cantik bila berkeadaan begitu walhal bg org lain lgsg tak cantik...
ReplyDeletesetuju sgt dgn pendapat kakJee, saya pon perasan ramai diantara artis2 tanahair kita kini sudah kelihatan berbeza sehingga kita tertanya2 betul ke itu si pelakon itu, kena tengok betul2 barulah perasan dan sah wajah si pelakon itu sudah berubah, maka tahulah kita yg dia sudah merubahkan wajah..tapi yg peliknya wajah itu bukan bertambah cantik tapi sebaliknya jelik...
ReplyDeleteMemang betul 100% bab nie..membimbangkan bukan sekadar artis malah menular di kalangan surirumah. Apapun kita kena bersyukur dengan kurnian Allah dengan keadaan mengikut usia. Saya suka dengan artis yang jujur dalam mencari rezeki bukan glamour saja.
ReplyDeletehhehe....ha'ah la....betul3....mcm transformer....hidung dia mancung bukan start dari batang hidung tapi dari dahi....sumpah kelakar!bukan la nak mengejek....tp nak ejek pon xpe kot sbb tu manusia yg gatal2 ubah....bukan kejadian asal dari maha pencipta...
ReplyDeleteadoi jee kalau yang tua buat botox sbb nak tegangkan mukan tapi kalu umur baru 20tahun dah berbotox tu apa kejadahnya.
ReplyDeleteSB cerita kat aku anak RJ yang baru berumur 20tahun tu si K...f.... mulut nya dah macam fake sbb dah berubah, dia datang office SB dengan emaknya. SB pandang mak dia pulak lagi lah teruk. SBcakap dengan aku dia takut tenguk muka dua beranak tu.
Mereka yang merubah wajah ni sebenarnya bergantung harap pada paras rupa untuk mencari rezeki. Bila muka dah berkedut maka rezeki pun tipis. Mereka lupa .. yang memberi rezeki adalah Allah swt. Keduanya kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sudah berusia. Nak awet muda atau tampak muda ada caranya. Its a long process bukan boleh dibuat cara short cut. Setakat nak tegang wajah, nak wajah yang mulus ... disiplin dan amalan pemakanan yang sihat amatlah penting. Bukan dimulakan tika usia dah mencecah 30an sebaliknya tika remaja lagi. Sebab tu .. wajah biduanita Sarimah contohnya masih jelita sampai sekarang walaupun dah berusia.
ReplyDeleteYe kita kena redha pada setiap pemberian Allah kerana Allah tahu ape yang terbaik untuk kita.
ReplyDeleteKak Aishah
www.forextigapuluh.com
Dah ramai sgt tgk artis skrng nie ikut slogan Malaysia menuju transformasi.. Hehehe.. Ikut budaya barat la katakan.. Nak ikut teknologi dorng tu kena buat kat sana la.. nak harapkan teknologi kita mmg buruk la nampak.. dorng nie terlalu obses dengan wajah artis barat bila ditransformasikan nampak maintain muda jer.. Kena dengan harga mmg buat superb la.. tp buat masa nie xder lagi artis kita yg buat makeover leh dibanggakan, kena kutuk lagie ada!! Bila ditanya taknak ngaku, konon suntik vitamin jer.. dah Islam kata haram tu jangan la buat kan.. sekadar nak kongsi pendapat jer.. Bukan nak mengumpat.. Renung-renungkan lah..
ReplyDelete