Monday, May 23, 2011

374. Putri Salat a.k.a. Seri Muka



Akhirnya, kuih yang sangat Kjee suka dari kecik lagi berjaya Kjee buat. Inilah kali kedua Kjee buat. Kali pertama, kira2 10 tahun lalu tapi gagal! Akhirnya, Cik Tong juga untung. Tapi kali ini marvelous. Unclepali kata sedap sangat. Tapi next time Kjee nak kurangkan sikit tepung. Kjee suka bahagian atas dia lembut sikit.

Resipi ini Kjee amik dari blog Story of Mama milik Noor Safone. Klik sini . Noor amik resipi ini dari YatieMemories.blogspot. Tapi orang malas macam Kjee ni buat sikit pengubahsuaian. Pulut bahagian bawah Kjee tanak dalam rice cooker, bukan kukus. Noor pun buat jugak modifikasi. Tapi Kjee lebih ikut resipi asal oleh Yatie Memories. Thanks Yatie.

Dan banyak Kjee makan kuih Seri Muka seperti ini. Dan ini adalah antara resipi yang cukup sedap. Kjee bagi 80/100. Nak potong pun senang. Cuma ada rasa tepung terlebih sikit. So lain kali kalau buat, Kjee nak kurangkan tepung Kastad atau ditiadakan terus. Mungkin Kjee akan ganti dengan 1 sudu besar tepung jagung. Tengoklah nanti, kalau rajin lagi buat. Tapi rasanya rajin sebab suka sangat.

Jom kita intai resipinya

Bahagian Bawah:

2 cawan beras pulut (tak perlu rendam)
santan cair (setengah inci menutupi beras pulut)
secubit garam

Masukkan dalam periuk eletrik dan tunggu hingga masak. Bila sudah masak, lapik loyang empat segi 7"x7" dengan plastik. Mampatkan pulut dalam loyang. Tepikan seketika. Siapkan kukusan. Penutupnya Kjee balut dengan kain untuk elak airnya menitis.

Bahagian Atas

2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan gula pasir
¼ cawan tepun kastad
1 biji telor
secubit garam

Santan, jus pandan, telor (dipukul sedikit) dimasukkan ke dalam besen dan diimasukkan juga gula. Whisk perlahan. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Masukkan dalam periuk kecik dan kacau atas api dapur yang sederhana hingga naik wap. Pastu tuangkan kedalam loyang yang telah dibubuh pulut. Kukus selama ½ jam. Selepas itu, jangan tutup api dan terus kukus tanpa tudung selama 10 minit untuk keringkan bahagian atasnya.

Sejukkan betul2 baru dipotong. Kjee guna spatula untuk potong.. Kjee gunakan kaler pandan asli bukan pewarna.


11 comments:

  1. kak jee

    saya pun suka kuih ni dan pernah buat tp tak jadi hahahaha...nak terailah guna resipi kak jee ni

    ReplyDelete
  2. kak jee..
    lebihkan telur.. takyah kurangkan tepung pun takpe kot.. kebiasaan resepi puteri salat ni.. guna telur yang banyak..

    ~ nana ~

    ReplyDelete
  3. kak jee..

    lebihkan telur.. kebiasaanya kuih puteri salat ni menggunakan telur yang banyak utk bahagian kepalanya..

    tepung kastad tu dah ok.. unless kak jee tak suka rasa/bau tepung kastad tu..

    ~ nana ~

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kakjee - cantik serimuka, love the green clor :-)

    ReplyDelete
  5. cantiknya kuih seri muka kak jee.. berseri2 je..
    manantu maklong yang pregnen 7 bulan teringin nak makan seri muka.. tapi maklong tak buat2 pun..
    nampak resepi kak jee ni.. harap2 bersemangatlah maklong nak membuatnya..
    thanks kak jee share resepi..

    ReplyDelete
  6. Oh dh jadi ya puteri salat kakjee...nampak sedap,warna pandan asli lagi...noor tak letak telur sbb rasanya bubuh telur bhg atas tu lembik sikit la..tak tau la sbb telur ke sbb lain,apa2 pun terimakasih pada Yatie kan Kakjee.

    ReplyDelete
  7. di Kedah, kue ni di panggil PULUT SEKAYA. Adik saya pandai buat tapi saya pandai makan saja. Apapun bahagian atas saya tak minat kerana ia manis. Saya makan pulutnya sahaja. Bahagian atas saya ketepikan dan tinggal bekas-bekas je ... orang tua-tua gemar kue ni. sama macam kue tepung talam. Biasa kue ni sedap dan enak sangat kalau orang tua- tua buat sebab dia tak ada ' short cut ' ... memang ikut stepnya dan petuanya. Sebab tu rasanya pun ada ummph.

    ReplyDelete
  8. Seri muka, salah satu makanan kegemaran saya ;)

    ReplyDelete
  9. memang marveles kueh seri muka ni.. anggota keluarga saya pun suka jugak...

    ReplyDelete
  10. nampak pun dah sedap...belum makan lagi...ni nak kena try buat sendiri ni.

    ReplyDelete
  11. aku kalau buat seri muka selalunya aku letak tepung kastad je tak bubuh langsung tepung gandum sbb aku suka lembut kat atasnya.

    ReplyDelete