Thursday, May 26, 2011
Home »
rawatan alternatif ku
» 384. Bomoh Patah Tulang dan Saka (sihir)
384. Bomoh Patah Tulang dan Saka (sihir)
Sejak Nadia terjatuh dan retak sikit pada tapak kakinya dua minggu lalu, Kjee tak terfikir pulak nak berubat cara tradisional. Setelah masuk wad dua hari, Kjee ingatkan okaylah.
Tapi makin hari makin tak ada perubahan. Sekejap2 terdengar Nadia menggerang kesakitan. Jadi malam tadi Kjee nekad nak pergi cari satu tukang urut yang pernah Kjee pergi 15 tahun lalu di Kajang. Rumahnya Kjee ingat2 lupa. Tapi nak usaha jugaklah cari.
Masa dalam perjalanan balik rumah dari Chow Kit malam tadi, Kjee teringat lak pasal cerita Bomoh Patah Tulang di Kpg Datuk Keramat. Khabarnya, beliau waris Haji Idris, bomoh pakar patah tulang di Beranang. Aduh Kpg Datuk Keramat bukannya kecik. Last2 timbul lah akal nak tanya frens kat Facebook. Masa tu dah pukul 11 malam.
Sejam Kjee tunggu depan PC, tak der response. Tetiba lebih kurang pukul 12, ada pulak seorang fren bernama Eyka yang beritahu dia pernah pergi ke pakcik yang Kjee cari itu. Rumahnya berhampiran Pasar Keramat. Alhamdullilah. Rezekilah tu tapi Eyka tak berapa pasti kawasan mana sebab dah lama dah dia pergi.
Apapun, terima kasih banyak2 Eyka. Pagi tadi Kjee dan Unclepali serta Nadia menyusuri jalan dekat mesjid Keramat. Unclepali tanya orang kat situ dan mereka pun tunjuklah jalan. Nak kata dekat dengan tempat yang Eyka sebut tu tidaklah. Tapi kalau orang tak biasa kawasan Keramat memang susah nak cari.
Sila lihat gambar alamat rumah Haji Baharuddin. Kalau dari KL, masuk kiri dari Esso, kat Keramat luar, jalan terus sampai ke penghujung jalan yang berdepan dengan kondo. Hah rumah Haji ni sebelah kanan jalan.
Haji Baharuddin berusia 84 tahun. Cara dia berubat memang lain daripada yang Kjee pernah tengok selama ini. Korang kalau nak tahu, pergilah sendiri.
Beliau menghabiskan masa kira2 setengah jam dengan setiap pesakit. Kjee sampai tertidurlah menunggu. Oleh kerana Nadia pesakit terakhir tengah hari tadi, Kjee dapatlah berbual sikit dengan pakcik yang nampak uzur tapi masih okay.
Waktu dia bukak kliniknya, setiap hari kecuali hari Ahad. Masanya ada tertera pada gambar yang Kjee postkan kat sini.
Kalau nak jumpa beliau, jangan sapu minyak pada tempat yang patah. Itu jer pantang larang beliau. Selamat berikhtiar.
kak jee..thk d info...saya pun mmg tgh cari bomoh patah sbb hb saya main rugby smpi rusuk dia retak...dulu kat tepen ada bomoh patah tp dh tak chat org tu...insyaallah sy akan pg...thanks kak jee..brp pengerasnye kak jee??
ReplyDeletesalam aliah. Ikhlas saja.
ReplyDeletekak jee .. mak sy sakit lutut. Tengok gambar x way .. kepala lutut macam dah lari .. mak masih berjalan tapi guna tongkat dan memang tak stable kalau berdiri tanpa tongkat. Pak cik bomoh ni boleh berubat tak kes macam ni ??? yaya
ReplyDeletealamat dan nombor fon dah ada, sesiapa yang nak tahu pak haji ni boleh ubat sakit apa, call lah dia sendiri ya. kjee pun first time pergi semalam. so tak tahu apa benda.
ReplyDeleteKJee... terima kasih for above pic n info.. hopefully kaki anak kjee da sehat.. tak sangka khidmat atok masuk inet.. hehehe...
ReplyDeleteikhlas,
cucu tok din
saya dah pergi tempat tu, alhamdullillah sakit dah kurang. Yg x tahan kosnya, agak tinggi jugak - saya berubat dgn anaknya. Oseas graduate in IT.
ReplyDeletemawar 66. alamak dia letak harga ke? kjee tak tahu pulak. first time pergi masa tu. hj tu sendiri yang urut. dia tak cakap pun ada harga? oppssss
ReplyDeleteuntuk 2 kali rawatan ada la dlm rm300.
ReplyDeleteada client dari johor, rawatan saka - i think a few ringgit jugak anak dia charge.... kalau org senang x apa, kalau yg susah mcm kakak dtg dari langat 2, mcm mana lak
ReplyDeletekalau x kisah ttg harga, its okay to there asalkan sihat. kalau pergi hospital swasta kita sanggup byr, pakar begini tradisional pun kategori pakar juga, hanya dia x ada bgn tinggi untuk rawatan.
ReplyDeletehah?!!! biar betul. masa dia urut nadia hari tu, kjee bagi rm50 je. aduiii...
ReplyDeleteas salam..kalau siapa2 nk cb boleh ke bndr baru bangi,isyaALLAH boleh sembuh dgn izn ALLAH TAALA.nie nmbr nset nya..pak razak 0193981461..
ReplyDeletesalam kak jee..insyaallah sy nk bwk hubby sy dlm 2-3 hari ni..tp masalhnya lututnya bkn stakat patah,ada retak skali..anyway,thanks 4 the info..
ReplyDeletekak jee dah buat rawatan dgn dia brapa kali? leps rawatan tu berapa hari dah ok?
ReplyDeleteigt nk try gak, sbb ankle sy ni da 2minggu xbaik2 lagi ni.. nk main sport pun susah kalau ankle xbaik lagi
www.urutpatah.blogspot.com. bayaran rm 50. 00 je
ReplyDeletetmpat ni jgn pgi ..memg mkn duit..sy dtang 2 ari rawat pnyakit shir rm1000..balik mcm tu jg tk de lngsung prnbahan.
ReplyDeleteSesiapa ada alamat x?
ReplyDelete