Friday, May 27, 2011

387. Secret Recipe Nafi Guna Tepung Puratos

Ramai dah kelamkabut sekarang dengan pengumuman bahan2 yang tidak halal di pasaran. Mahunya tak panik. Setiap rumah memerlukan tepung dan penyediaan makanan. Selama ini kita ingatkan bahan tak halal selalu babitkan daging ataupun minyak sahaja.

Apapun, diharapkan pihak berkuasa terutama sekali Jabatan Agama Islam lebih peka dalam membuat pengumuman mengenai bahan2 yang diklasifikasikan sebagai tidak halal. Cepat2 buat pengumuman sekiranya sudah disahkan ianya tidak halal.

Kjee copy paste berita terbaru ini dari mStar Online.

Secret Recipe Tidak Guna Tepung Keluaran Puratos
PETALING JAYA: Secret Recipe menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan Puratos Malaysia Sdn. Bhd. sehingga ramuan kek keluaran syarikat itu dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Sebaliknya khabar angin itu timbul ekoran syarikat tersebut menggunakan perkataan umum 'secret recipe' pada produk mereka.
Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hebahan dalam beberapa blog yang mendakwa mereka menggunakan dua bahan ramuan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.
"Kami tidak menempah dan menggunakan bahan ramuan yang dikeluarkan syarikat itu. Dua jenis produk yang dikenal pasti itu menggunakan perkataan 'secret recipe' secara kebetulan," katanya.
Menurut Wan Zawani, kek keluaran Secret Recipe dihasilkan menggunakan bahan ramuan halal dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pada Isnin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Sementara itu, laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Zawani berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.
"Semua ramuan yang diimport juga mempunyai persijilan halal luar negara yang mendapat perakuan halal daripada Jakim," katanya.
Zawani berkata, jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Secret Recipe di talian 03-78034891.

Related Posts:

  • 318. Dari isteri PM ke ibu PM Tun Rahah selalu solat tahajud doakan kejayaan anak (dipetik dari AGENDADAILY.COM) Tun Rahah Mohd Noah, ibu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata anak sulungnya itu adalah anak yang taat dan sentiasa mend… Read More
  • 240. KD dengan bangganya mengaku....KJEE COPY PASTE DARI KOSMO ON LINE  Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulanDaripada SAHARUDIN MUSTHAFA sahar_musthafa@yahoo.com KRIS Dayanti dan Raul pada majlis pernikahan mereka di Jakarta pada 20 Mac lalu. JAKARTA – Peny… Read More
  • 289. Cara hentikan pengaliran keluar tenaga pakar Malaysia?Rencana ini ditulis oleh adik bongsu Kjee, Prof Dr M. Fazilah Abdul Samad, Dekan Fakulti Bisnes dan Accountancy, Universiti Malaya dalam akhbar The Star mengenai pengaliran keluar tenaga pakar kita. Ramai graduan Malaysia yan… Read More
  • Follow-Up Lagi Pasal Gambit  Tak habis2 lagi pasal artis sorang ni lah. Kjee copy paste untuk tatapan semua dari mStar Online.Seniman Tegur Gambit, Jangan Malukan Negara Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Harun Salim BachikPETALING JAY… Read More
  • 276. Siti Sarah/Man Sepah Bakal dapat babyTak tahu kenapa Kjee suka sangat baca berita ini di Mstar pagi ini. Kjee memang tak pernah kenal secara dekat dengan Sarah mahupun suaminya. Tapi kalau Raisuddin Hamzah tu memanglan akrab. Malah pernah berlakon dibawah arahan… Read More

1 comment: