Finalis pertama AF9. Ehsan Google |
Okay kita mula dengan immunity buat salah seorang daripada pelajarnya. Kjee yakin immunity akan memihak kepada Fina sebab kedudukannya dalam senarai, ibarat YoYo. Kejab nombor 4 kejap no 5 kejab tak de langsung dalam senarai tercorot.
Mustahil immunity akan diberikan kepada Hazama kerana sudah pasti Hazama akan menempa tiket untuk ke final tanpa bantuan immunity. Jika dilihat pada bakat, maaf jika Kjee keterlaluan dengan mengatakan bahawa hanya Hazama dan Fina sahaja bakat yang boleh dibanggakan antara 5 pelajar yang masih ada. Yang lain hanya masih berada disitu kerana nasib.
Fina mendapat markah paling sedikit kerana pengundi tidak menyukainya. Itulah sebenarnya nasib yang menimpa ramai pelajar AF sebelum ini. Kehadiran mereka tidak disenangi. Sebab itulah bakat seperti Rosma dan juga Aizat tersingkir dulu walaupun mereka cukup hebat.
Lena - Tercorot tapi nasib baik. Ehsan Google |
Oleh kerana ada dua orang yang diundi masuk iaitu Hazama dan Fina, pengundi terpaksa memilih antara sorang. Mereka tidak mahu gadaikan nasib Hazama sebab dia memang potensi Juara. Jadi, Fina menjadi pilihan mereka untuk dikeluarkan.
Selain itu, hah ini juga mungkin salah satu sebab Fina harus dikeluarkan. Ramai beranggapan Fina mungkin boleh bangkit dan memberi saingan hebat kepada Hazama. Tidak ada pelajar lain yang dikatakan berupaya menolak Hazama daripada menjadi Juara.
Jadi, itulah sebab musabab kenapa dan mengapa Fina terpaksa dijadikan mangsa. Dan Kjee yakin tenaga pengajar sudah dapat membaca percaturan ini. Justru, mereka membantu Fina untuk ke Final. Malah, Fina sudahpun ke Final sekarang.
Okay. Macamana pulak Kjee boleh ramal Lena tidak akan dikeluarkan walaupun dia mendapat undian tercorot? Kjee berpendapat minggu ini tiada penyingkiran sebab takkanlah konsert minggu depan hendak dipaparkan tiga orang pelajar sahaja? Nak disingkirkan satu pelajar pun rasa macam janggal sangat. Kemungkinan besar final AF tahun ini, tiga atau empat peserta akan menjadi calonnya. Satu sudah diberikan kepada Fina. Tinggal lagi dua ataupun tiga.
Tetapi kalau empat pelajar masuk Final, Kjee rasa ia juga kurang praktikal kerana setiap pelajar akan menyanyi dua buah lagu. Jadi kesemuanya kalau ada empat peserta akhir, akan menjadikan 8 lagu kesemuanya. Tak ke panjang jangka masanya. Bimbang over run pulak jika dimasukkan banyak sangat gimik. Maklumlah ini adalah musim terakhir AF.
So yang paling ideal hanya 3 peserta supaya penonton baik yang kat Stadium (kalau buat dalam stadium) atau di rumah tak bosan. Lagipun, penonton nak tengok pelajar yang bagus sahaja. Tak perlu bawa ramai2. Yang bagus hanya dua orang sahaja.
Itulah cara Kjee menilai. Kalau silap, nak buat camner. Tapi, Kjee yakin Final kali ini walaupun ada tiga finalis, tetapi kita akan menyaksikan dua pelajar sahaja yang berentap untuk jadi Juara. Kjee dah tahu siapa dan Kjee pasti korang pun dah tahu kan?
i setuju....dan i follow u
ReplyDeleteBetul k.jee, w/pun sy x follow AF sgt tp dh boleh agak siapa yg dpt imuniti.
ReplyDeletesalam k jee. Lyza sokong pendapat k jee.. ramai yg ramalkan hazama layak dpt imuniti tu..lepas tgk AF mlm td..baru dpt agak nape astro bagi imuniti pd fina..kesian kt dia..selalu dpt yg tercorot..wpon dia berbakat..syg betul klu dia tersingkir.
ReplyDeleteKjee tak folow diari AF setiap hari. Kononnya Fina tidak disukai pengundi kerana perangainya yang tergedik2. betul ke? sebab itulah dia gagal mendapat sokong sms. yang mengundi sebahagian besarnya budak2 perempuan, so faham2 jer lah.
ReplyDelete