Monday, May 30, 2011
Home »
program tv
» 399. Mentor Lain Buru Pakej, Erra Buru Juara!
399. Mentor Lain Buru Pakej, Erra Buru Juara!
Itulah yang sebenarnya ayat paling tepat digunakan untuk mengulas mengenai kejayaan Erra Fazira dalam Mentor 5. Mentor lain ketika audition sibuk cari pakej untuk dijadikan protege tapi Erra lebih menjuruskan pencariannya kepada seseorang yang memiliki bakat!
Wajah dan penampilan boleh dibentuk kemudian hari. Apa gunanya kalau ada rupa tapi 'tak ada suara'! Mentor bukanlah pentas mencari wajah cantik! Dan percaturan Erra nyata sekali paling bijak.
Salma kurang memiliki ciri2 yang dicari orang lain untuk menjadi penyanyi. Di hari pertama dia muncul, dia seolah2 dijadikan bahan lawak kerana tiada pakej. Malah Menntornya juga dipertikaikan orang. Layakkah Erra mahu didik seorang protege.
Tetapi malam tadi, semua anggapan orang meleset. Walaupun di dua minggu terakhir, Salma seakan akan hilang taringnya dan begitu mudah dipintas oleh peserta lain, namun yang penting dia bangkit. Semangatnya kuat untuk menjadi pemilik wang RM100,000 serta kereta yang menjadi pertaruhan.
Kjee tak tahulah samada ada yang lemah semangat apabila melihat jumlah undi yang diberikan oleh juri awam. Jauh di sudut hati Kjee selepas menonton tiga persembahan Salma, Kjee yakin dia akan muncul Juara. Tidak diketahui apakah sebenarnya yang dicari oleh 20 juri awam yang dikatakan bijaksana. Nyata sekali sewaktu menekan butang untuk mengundi, mereka terpengaruh dengan pakej yang dipamerkan oleh Shiha dan Iqa.
Walaupun kurang di segi penampilan dan wajah, Salma memiliki vokal yang mantap. Memang tidak silap Kjee menulis dalam entry sebelum ini yang Salma layak berkongsi pentas dengan Jaq. Dan malam ini, Kjee bangga apabila saranan Kjee itu digunakan dalam lagu duet bersama selebriti. Klik sini untuk entry Kjee yang bertarikh 24 April, lebih sebulan sebelum final.
Justru apabila Salma pada awalnya gagal dipilih sebagai dua peserta akhir yang mendapat himpunan markah tertinggi minggu lepas, Kjee cukup terkilan dan kecewa. Dalam hati, Kjee berdoa agar TV3 mengubah keputusan dan menarik Salma sebagai calon ketiga. Tak sampai beberapa minit selepas itu Ally Iskandar membuat pengumuman yang membuat bukan sahaja Erra dan Salma terkejut tetapi ramai penonton termasuk Kjee.
Memang tidak dinafikan kemasukan semula Salma tidak 'direstui' Mentor dan Protege yang terpilih. Ini adalah kerana Salma adalah calon yang paling digeruni. Dan seandainya Salma tidak menjadi finalis, maka peluang terbuka begitu luas untuk Shiha ataupun Iqa menjadi juara.
Namun kalau sudah tertulis dan juga ditakdirkan Salma menjadi Juara, walau apa pun terjadi, rasanya tidak ada kuasa yang boleh mengenepikan ketetentuan itu.
Nyata sekali dua lagu Salma iaitu Listen dan Cinta adalah winning entrynya. Lagu yang dicipta khas buatnya nyata sekali sukar untuk dijiwainya. Maklumlah bukan senang untuk menjiwai sebuah lagu yang sukar seperti itu dalam masa seminggu. Tetapi kalau sudah dapat memikat Juri Profesyenal dengan dua dari tiga lagu, itu sudah dianggap cukup baik!
Kjee tabik spring kepada Jaq kerana tidak 'cuba bunuh' Salma apabila berduet dalam lagu Cinta. Jaq tahu Salma bukan calang2 calon justru tidak perlu bagi Jaq 'merebut limelight' dari Salma. Ini tidak berlaku kepada Shiha dan juga Iqa. Black dan Faizal Tahir bagaikan tidak memberi peluang kepada Shiha dan Iqa, lantas menenggelamkan mereka!
Dipendekkan cerita, setiap protege memiliki vokal mantap tetapi hanya Salma yang bertuah memiliki soul atau jiwa. Untuk memiliki soul atau jiwa bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari tetapi ia lahir dari bakat semulajadi kurniaan Allah SWT.
Tahniah Erra. Anda telah membuktikan yang anda boleh menjadi seorang guru yang hebat walaupun Anda tidak dibariskan dalam senarai penyanyi yang hebat bakatnya! Seperkara lagi, kemunculan Erra dan Salma dinanti2kan kerana penampilan mereka yang berlainan dan cukup menarik setiap minggu!
Tahniah juga kepada Dato Sharifah Aini dan Edry Halim kerana berjaya membawa protege Shiha dan Iqa hingga ke final.
(GAMBAR2 EHSAN GOOGLE)
mas dan suami pun teka salma akak memang sebab vokalnya memang sangat mantapp....
ReplyDeletetahniah pada Erra dan Salma...
Sokong snagat salma
ReplyDeletek jee...tak sempat tengok la,,ada kat tonton.com tak..pls nk tgok salma je..mmg minat kat dia dr mula g.
ReplyDeleteKak Jee
ReplyDeleteYer masa Juri Awam bagi markah tu serius mmg frust. Mmg mengharap Salma juara dan saya ada juga undi salma walaupun sekali hehehehe.
Gandingan Jac & Salma mmg mantap. Dan macam dalam n3 kak jee , Jac mmg bertimbang rasa sbb tak "caras" Salma. Bila Ally announce Jac teman duet Salma risau juga pada mulanya. Kesian juga pada Shiha dan Iqa bila teman duet dia orang " caras" dia orang.
Tapi mmg dah rezeki Salma..bila diumumkan markah Iqa yes menjerit kami anak beranak untuk Salma. Mmg dia layak untuk menang...Tahniah
Kak jee...sapa kata Salma tak cantik tu mmg teruk lah..sbb bagi saya Salma cantik dengan cara dia yang tersendiri...ehh bukan abang rambut ketak tu ker yang mula isu cantik tak cantik ni?
as salam kjee...setuju ngan pendapat kjee.Masa semi final pusingan ke 2 atau lbh tepat lg minggu
ReplyDeleteterakhir utk mengetahui siapa bakal ke Final, Salma x mndapat tempat...sedih sngt.Tapi bila Ally
mengumumkan keputusan TV3...syukur sngt2.Dr mula mentor sampai habis memang sokong Salma.
mmg sokong salma & erra dari awal hingga akhir.
ReplyDeletekak jee..
ReplyDeletesemi final hari tu frust sangat tengok Salma hampir terkeluar..sekarang tengok amik ko..juara lagi..
dari mula2 mentor5 bermula agak dah dia akan jadi juara.Suara dia memang lain dari yg lain.Suara shiha dan iqa biasa2 je..cam selalu dah dengar,boring jer dengar..(mengundi gak untuk salma..hehehe)
sungguhpun erra tak sebegitu cemerlang dalam bidang nyanyian tapi dia bijak memilih kilauan intan dalam seribu berlian. Tahniah era dan salma!
ReplyDeleteminat salma sejak first time dia bertarung di pentas mentor.
smg salma bijak mengatur arah perjalanannya sbg anak seni nanti..
Saya memang tak tengok mentor,tapi mlm tadi tgh cari channel,tekantv3, ingatkan Juliza Adlizan nyanyi upanya anak murid dia...Saya selalu perasan anak2 didik Juliza semua nyanyi ikut style dia,sampaikan sebutan pun sama, kjee perasan tak?
ReplyDeletesetuju sgt salma mng...die mmg t'sgt berbakat.... insyaAllah kalau kena cara yg betul die bley pergi jauh bak kata azmeer bley ke persada antarabangsa....moga2 salma terus bersinar bakatnya...bertemu dgn komposer yg betul & kite sbg peminat teruskan sokong kerjaya die..
ReplyDelete