ehsan cik ggogle |
Mulai Rabu, tarif elektrik yang kita gunakan akan dinaikkan. Kononnya, sebanyak 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan.
Sebaik sahaja dengar berita itu di Buletin Utama tadi, Kjee pun selaklah bil elektrik Kjee bulan lepas. Kjee nak tahu 300kWj tu banyak mana? Amboi Kjee guna bulan lepas 745 kWj dengan nilai RM242.13!
Kalau dihitung oleh orang yang tak pernah pas matematik macam Kjee ni, 300kWj bersamaan dengan lebih kurang RM100 sebulan.Maknanya, yang tidak akan terjejas dengan kenaikan ialah mereka yang kurang kemampuan. Kalau kurang kemampuan maknanya orang yang rumah dia mungkin hanya ada TV, satu peti ais kecik, mesin basuh dan lampu kalimantan dalam setiap bilik.
Aduh perit jugak nak fikirkan apa yang harus Kjee lakukan supaya tidak terbeban dengan kenaikan itu. Nak buat demonstrasi desak Kerajaan tarik balik, masalah pulak. Kalau keputusan dah dibuat, tiada apa yang boleh kita bising lagi.
Jadi, kita sebagai pengguna yang tidak mahu dibebankan, Kjee sedang fikir apa yang menjadi keutamaan dalam rumah Kjee yang membabitkan lektrik.
Yang pertama, Kjee tidak akan kompromi dengan pengunaan lektrik untuk PC. Oh tidak!! Aku tak rela hidup tanpa computer. Begitu juga dengan Unclepali dan Nadia. Ok...bab itu, dikecualikan. PC boleh digunakan seperti biasa! Opis kami yang menempatkan komputer ada dua fan dan 1 lampu kalimantan. Masa guna komputer (lima kesemuanya) lampu mesti on dan dua kipas dipasang.
Kedua..Kjee tak tahan panas. Bukan Kjee jer tapi kami bertiga termasuk anak2 kucing yang tidur bersama kami setiap malam. Bilik utama dan bilik Nadia guna pendingin hawa. Hah itu tak boleh dielak sebab bilik kami tiada air ventilation dan tersangatlah panas. Even kipas angin pun tak boleh sejukkan bilik. Ok pas. Aircond masih boleh pakai. Sterika hanya guna dua kali sebulan. So kira okay. Kalau nak jimat, mungkin apa yang boleh Kjee lakukan, apabila bangun kul 3 atau 4 pagi nak ke toilet, tutup aircond dan pasang kipas siling. Masa itu bilik pun dah sejuk sikit kan? Good idea. Pandai aku! Heheheh
Ok kita ke ruang tamu dulu. Ada satu kipas siling dan satu box fan dan satu tv 40 inci dan mesin exercise Nadia. Semuanya guna karan. Mesin exercise tu hanya digunakan Nadia sekali sekala sejak kaki dia patah. So okay. Kemudian TV...well kalau TV dah ada takkan tak boleh tengok kot. Kalau tengah tengok TV takkan tak boleh pasang fan kot. So..bahagian ruang tamu, tiada apa yang boleh dijimatkan kecuali mesin exercise Nadia.
Okay kita ke dapur pulak. Kat dapur ada dua oven karan, satu microwave, breadmaker, peti ais tiga pintu, blender, rice cooker, thermos air panas (on 24 jam sehari), food processor dan washing machine. Kecuali peti ais dan thermos air panas, yang lain digunakan ikut keperluan. Washing machine sekarang digunakan 3 kali seminggu. Hah mungkin boleh cuci kain dua kali je seminggu.
Oven? Hah ini bab yang tak boleh dijangka. Buat kuih (baking) ikut angin. Oven gas Zanussi yang ada, tidak digemari Nadia sebab dia tak reti nak kontrol kepanasannya. Kjee nak panggil orang datang repair sebab guna oven gas lebih menjimatkan. Kjee rasa karan dapur banyak ditumpukan kepada oven sebab banyak baking. So kemungkinan besar selagi oven gas tidak diperbaiki, taklah buat kuih lagi! Huhuhu
Nasib baik water heater dalam bilik air dah rosak. So nak jimat letrik tak payah repair ataupun beli baru. Oh ya alat letrik yang kerap jugak digunakan ialah vacum cleaner. Dua hari sekali. Tapi unclepali kata karannya tak banyak. So kira okaylah.
Okay dari 1 Jun, Kjee harap dapat kerjasama penghuni rumah ini untuk sama2 jimat letrik. Bil bulan lepas RM242.13. Kjee akan update entry macam ni bulan depan. Kita tengok samada Kjee telah berjaya kurangkan pengunaan bil letrik. Unclepali tengah bereksperimen dengan satu kaedah penjimatan letrik. Kalau berjaya eksperimen itu, Kjee kongsi ngan korang ya.
So korang semua harus, buat checklist cam Kjee jugak. Buat mesyuarat tergempar bersama seisi anggota rumah. Cari jalan macam mana boleh jimatkan tenaga letrik.Seandainya dalam masa terdekat ini Kerajaan kesian kat kita dan kekalkan kembali tarif letrik ke tahap sediakala, at least kita dah ada jalan untuk berjimat!
Tapi tengok apa yang dicatatkan diatas, macam tak ada apa yang Kjee boleh jimatkan kan? Tak per kita tungguuuuuu bil bulan depan.
Alamak...saya pun kena fikirkan macam mana mau jimat letrik..huhuhuhuhu
ReplyDeleteSo far sekarang ni,tak pernah la bil sampai angka ke RM50...
sebab,kami sekeluarga suka menonton dalam gelap.Buka lampu bila perlu.hehehee :P
cuma saya je yang agak susah hati sebab saya pakai lappy.WAJIB on9..Kalau tidak,rasa hidup tak lengkap!!!
mak aiii bagusnya kak jee buat check list mcm ni..mesti ada sedikit penjimatan berlaku bln depan kalau mcm ni gayanya check list.
ReplyDeletebil letrik rumah saya masih bawah rm30 sbln...esok2 dah nak tarif tak la naik berapa sbln.
peringatan yang baik tu.. terima kasih kak jee..
ReplyDeletemaklong memang kena tanggung bil api tiap2 bulan.. rasa tersentak jugaklah dengan pengumuman malam tadi.. fenin2..
sekarang bil maklong rm165.. bulan depan berapalah agaknya ye.. tv 2 dah jadi 3.. kecik jadi besar.. kipas takleh kira dengan sebelah tangan.. hmmm.. tunggu jelah..
nak tunggu juga cara2 kak jee jimat elektrik..
Kak jee,cara nk kurangkn bil elektrik menurut pak sedara saya yg keje chargeman ckp unplug sume kettle,washing machine,oven,microwave.even switch off pun letrik still on n kalau kilat still terkena sambarnya.tv,pc sumela mg kena unplug tp mana de rajin.hihi paling rajin peralatan dpurla biasanya tv pc biar on je.hikhik.
ReplyDeleteCamana nak kurang KakJee sekarang musim panas...atleast satu aircon kena bagi jalan jika tidak duk dalam rumah time tengahari boleh berpeluh. Hihi jika nak berjimat terpaksalah pakai baju seksi kat rumah baru tak berpeluh. Apapun kenaikan ini memang membebankan serta harga barangan akan turut terjejas seperti kuih raya....
ReplyDeleteassalamualaikum kakjee - pandai-pandai la kita berjimat cermat dan hidup secara bersederhana. tak perlu tunggu tariff itu dan ini naik :-)
ReplyDeleteBagus KJ member nasihat dan peringatan seperti ini. Kebanyakkan kita tak berapa nak kisah pasal penjimatan tenaga elektrik ni. Terutamanya mereka yang tak keluar duit untuk bayar bil. Langung tak terasa bil bulan ni kurang kerrr lebih dari bulan lepas. Bila tak bayar dan tak terasa beban kos yang meningkat,maka kesedaran untuk berjimat tak ada. Ramai dari kita dah terbiasa dengan keselesaaan. Panas je .. on kipas atau air con. Tudung atau baju kedut sikit .. terus on seterika, pusing ke maxima sebab nak cepat panas .. lepas tu tutup suis. Kejab lagi orang lain pula .. kain Nampak kedut sikit, on seterika .. iron kain sehelai. Pengetahuan tentang penggunaan alatan elektrik dengan cara yang menjimatkan langsung tak diambil peduli. Berapa ramai dari kita yang cabut plug bila tutup suis ?? Berapa dari kita yang peka tentang penggunaan air con yang menjimatkan ? Ramai dari kita kalau pasang lampu di rumah …macam nak raya. Di ruang atau sudut tak ber orang pun, lampu dan kipas terpasang. Selalu juga TV nonton orang .. bukannya orang nonton tv. Elok benar kos penggunaan elektrik di naikkan. Selepas ni, pasti ramai mengeluh . Tapi biasaalah … sekejab je nak rasa terbeban pun. Selepas tu .. alah bias tegal biasalahh. Luih
ReplyDeleteas salam kjee...pening kepala sebentar mlm tadi bila tengok buletin utama tv3.Tarif elektrik naik lagi.Nak cuba buat yg terbaik la.
ReplyDeleteaiseh! nak jimat mcm mn lagi yer sbb sblm ni pun dah habis jimat...huhuhu...
ReplyDeletesaya pakai mentol yg energy saving utk semua lampu kat rumah kecuali lampu toilet, pakai kalimantang biasa je.. mmg mahal mentol tu.. tapi Alhamdulillah penggunaan elektrik dapat dijimatkan :)
ReplyDeleteaslmkum k jee.. saya pun nak ikut mcm k jee jugak.. kene mula bkira n bjimat...
ReplyDeletecamner la nak jimat letrik ni.. cuaca panas nak ekon sepanjang malam, pc 24/7 on, fridge n suma alat perlu gunakan letrik... bil bulan ni 152++, tengok bulan depan camne kan?
ReplyDeletehehehe good k.jee, you just like my mother, dia wt perhitungan n kiraan utk ktaorg 1rmh xmembazir letrik lg..
ReplyDeleteRumah saya byk guna lampu jimat tenaga Philip..mmg jimat! Lagi satu, kalau tengok tv time mcm ngantuk..saya on mode 'sleep'. cth: 15min, slps 15min tv tu off sendiri. Jimat!
ReplyDeleteKak Jee, rasanya 300kwj tu mcm yang saya kira ni ke, minta kak jee semak
ReplyDeletehttp://senangeja.blogspot.com/2013/12/kadar-tarif-elektrik-dinaikkan.html