Tuesday, May 31, 2011

403. Mi Rebus Badali aka Hj Wahid Johor


Dah lama teringin nak makan Mi Rebus Badali atau orang panggil Mi Rebus Haji Wahid yang popular kat Johor Baru. Hari ini barulah kawan baik Kjee, Sharifah Rosidah yang tentunya asal dari sana, call Kjee suruh datang ke rumahnya di Teluk Panglima Garang dekat Banting.

Kul 12 tengah hari, kami anak beranak pun keluar menuju ke rumah Shidah. Masa Unclepali top up minyak kat Petronas MRR2, Shida cemas call Kjee suruh cepat sebab suami dia ajak dia ke Ipoh, ada meeting. Unclepali pun pecutlah. Nasib baik tak kena tahan polis.

Tak sampai sejam, kami sudah sampai di rumah Shidah. Dan sampai jer terus makan. Shidah bukan main bising lagi sebab katanya tak sempat nak set up meja lawa2 sebab nak cepat. Ala apa hal lak. Bukannya tamu VIP kan?

Kjee makan sampai dua mangkuk! Tak pernah Kjee makan sebanyak itu sebab sedap. Bila nak balik siap dibekalkan lagi Mi Rebus cukup untuk makan 5 orang. Aduh Shidah. Pastu turut tersedia dekat 40 biji kelapa yang dikait budak2 dia semalam. Orang ada kebun lah. Rezeki jangan ditolak. Semua Unclepali hangkut masuk boot termasuk dua pokok cili api yang telah disemai suaminya yang Kjee panggil SB.

Nasib baiklah buah durian yang sedang bergayut2 di empat batang pokok depan rumahnya masih belum gugur. Kalau tidak, itupun Kjee rembat! Hehehe.

Ok jom kita tengok resipi Shida.

MI REBUS BADALI

BAHAN2NYA:
½ kg Daging tetel lembu (direbus hingga lembut)
10 biji bawang merah *
5  ulas bawang putih *
1 peket kecik taucu *
1 sudu kerisik *
2 biji keledek (direbus dan kisar)
3 batang serai dititik
2" lengkuas dititik
½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
cili kering (ikut kepedasan sendiri. Direbus dan dikisar)

Panaskan periuk. Tumis semua bahan yang bertanda * hingga wangi. Campakkan juga serai dan lengkuas. Kemudian masukkan tetel dan air rebusannya sekali. Apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan biarkan mendidih lagi dengan api perlahan. Rasa garam dan bubuh sedikit pak aji, kalau suka. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk. Cili kering kisar ditumis asing dan masukkan ke dalam periuk bersama minyaknya.



Untuk hiasannya, diperlukan telor rebus, daun sup, bawang goreng, cili hijau dan merah, tauhu digoreng dan dipotong dadu serta lima kasturi. Celur mi dan juga taugeh. Bubuh dan mangkuk taugeh dan mi kemudian hias dengan bahan2 hiasan dan curahkan kuah. Kalau suka boleh juga dimakan dengan kicap.

Terima kasih Shida kerana bagi resipi. Insya Allah lain kali aku tak kacau kau lagi suruh masak.








18 comments:

  1. as salam....waaaaaaaaa sedapnya kjee!!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak gee...yummmy

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa kjee...rasa nak slurp..slurp jer... geramm jer tgk...

    ReplyDelete
  4. ada mase nanti nak cubalah kjee.... teringin la pulak...

    ReplyDelete
  5. wahhhhh...memang nampak sangat sedappp la mee tu...

    ReplyDelete
  6. kak jee tak tanya ke mcm mana nak buat keropok dia tu....??? hihi keropok dia tu yg mahal tu kak jee yg buatkan klu makan mmg tak cukup sepinggan...
    ita selalu gi makan boleh kata seminggu sekali mesti pekena mee rebus Hj Wahid ni... mmg terkenal kat JB dah berzaman dah kak Jee dari ita kecik2 lagi dari zaman ayah dia sampai dah turun ke anak2 dia dah..
    adoii... kak jee buat ita terliur aje...

    ReplyDelete
  7. Salam Ita. Mengikut Shida, keropok atau Pendaram hanya perlu tepung, telor, air, garam dan sedikit aji. Bancuh semua sampai cair. pastu goreng dalam minyak yang banyak. Seingat Kjee dia kata tepung itu dicurah pada tepi kuali yang panas . pastu bila dah keras sikit, ditolak masuk ke dalam minyak yang banyak.

    ReplyDelete
  8. sedapnya...
    buleh belajar wat sendiri ni.. kak jee..tetel tu apa? hehehehe..

    ReplyDelete
  9. wahhh...sedap nyerrr...mee rebus my peberet...

    ReplyDelete
  10. jee kau pun dah terer bagi resepi pendaram tu, betul lah tu cara buatnya. sayang kita tak sempat berbual lama lah.

    ReplyDelete
  11. Kjee terliur saya tgk masakan akak ni....kan bagus klu akak ni jiran saya....

    ReplyDelete
  12. Adoooi,sedapnya,mesti cuba masak mesti sedap

    ReplyDelete
  13. Memang sedap lah Kak Jee. Saya sudah cuba but tiga kali bulan lepas, kerana anak menantu suka makan. Terima kasih kerana resepi ini. ;)

    ReplyDelete
  14. Sedapnya Mee rebus Kjee ni nanti I nak cuba.

    ReplyDelete
  15. mi rebus ni dah lama poplar. saya merasai resipi asal dari generasi awal hj. wahid.

    ReplyDelete
  16. Sedap...jazakillah

    ReplyDelete