Tuesday, May 31, 2011
404. Pulut Panggang Versi Kjee
Seumur hidup Kjee tak pernah buat pulut panggang ataupun tengok orang buat. Yang Kjee tahu hanya beli. Tapi hari ni, sebenarnya dah banyak hari, Kjee betul2 teruja nak buat sendiri. Kjee buat versi Kjee. Korang yang pakar mesti ketawakan Kjee tapi ade aku kesah? Hehehe.
Anyway, oleh kerana Kjee tak ada masa nak buat serunding kelapa tadi, Kjee pun keluarkan serunding ikan yang Kjee beli kat Pasar Payang, Kuala Terengganu dulu. Teringat masa makan kat sana, dia orang buat guna serunding ikan. So Kjee pun gunalah apa yang ada.
Cakap lebih senang daripada buat rupa2nya. Terkial2 Kjee dengan bantuan Unclepali tadi. Maklumlah pulut kan melekit. Bila hampir separuh jalan baru Kjee discover tekniknya. Senang rupanya.
Okay oleh kerana Kjee guna serunding ikan, Kjee bagi jugaklah resipi serunding kelapa yang guna udang kering. Jom kita intai resipinya.
SERUNDING KELAPA UDANG KERING
Bahan2nya:
1 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
1 sudu besar udang kering (dicuci dan toskan kering)
1 labu bawang besar
1 biji cili merah (kalau nak pedas tambah lagi)
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
sedikit garam
sedikit gula
Caranya:
Tumbuk bawang bersama cili merah hingga halus. Kemudian masukkan udang kering dan tumbuk lagi tapi kasar2 sahaja. Bubuh garam, gula dan serbuk kunyit ke dalam lesung dan gaul2 sampai sebati. Rasa. Lepas tu, keluarkan dan gaul bersama kelapa parut. Mauskkan juga daun kunyit yang telah dimayang halus. Letakkan bahan2 tadi ke dalam kuali dan goreng guna api pelahan sampai masak. Jangan terlalu kering. Sejukkan.
Untuk pulutnya, seperti baisa dicuci pulut dan ditanak dalam periuk nasi elektrik. Air paras satu inci atas pulut, bubuh sedikit garam dan tekan button cook. Cook sampai masak. Sejukkan.
Daun pisang dibersihkan dan dilayurkan diatas api. Kemudian diletakkan daun selebar tapak tangan atas meja. Ambil kira2 1 atau dua sudu pulut, kepalkan dan letak diatas daun. Ambil daun lain dan leperkan pulut tadi. Pastu bubuh 1 sudu inti diatasnya dan gulung. Hujungnya Kjee guna stapler. Bolehlah guna lidi kelapa yang telah ditajamkan.
Bakar guna api arang. Seperti biasa, Kjee malas dan guna grill pan bakar atas gas.
Lain kali buat Kjee nak try bubuh inti sambal tumis ikan bilis atau udang kering yang dimasak sampai kering. Hmmm cerita pun dah kecur!
Terliur tengok Pulut Panggang kjee..tadi pun dah terliur tengok entry pasal mee rebus. Kalau bukak blog k.jee ni, buat saya rasa 'geram' tau!
ReplyDeletesedapnya.. lama xmkn ni..;)
ReplyDeletepulut panggang terengganu memang sedap, kita orang panggil pulut lepa....sedappp
ReplyDeleteuwaaaa..cantiknya pulut panggang KJee...terliur je tngk....tak kelip2 menenung ni...rasa nak Ngapppp jek..
ReplyDeletekak jee.. saya pun buat pulut panggang inti serunding ikan.. serunding buat sendiri kak jee.. 1st time buat.. hehehe..
ReplyDeleteteruja sangat2 buat sebab ni favourite husband.. kat jb semua inti serunding kelapa..
tapi saya bakar guna oven.. hehehe
~ nana ~
as salam kjee, klu kat kedah kami panggil pulut udang.tentulah intinya mesti ada udang kan?...klu nak mkn sendiri tu..kebanyakannya suka letak udang basah, tp klu yg dok jual kat kedai tu bnyk yg letak udang kering jerr.
ReplyDeletepakai stapler...x aci...hehehe
ReplyDelete