Tuesday, May 31, 2011
Home »
kisah2 close to my heart
» 405. Entry Terakhir di Bulan Mei
405. Entry Terakhir di Bulan Mei
Janganlah terkejut. Bukannya Kjee dah give up nak menulis. Hanya terkedu sekejap apabila perasan yang ini entry Kjee ke 114 dalam bulan Mei. Banyaknye, kata Nadia. Kalau dikumpulkan boleh jadi satu buku yang ada 114 cerita! Itu baru satu bulan kan?
Kjee mula buka blog ini pada 26 Janauari 2011. Selama 6 hari dalam bulan Januari, Kjee telah masukkan 24 entry. Kemudian bulan Februari meningkat 84 entry. Kemudian pada bulan Mac turun ke 79 dan April berjaya buat 100 entries.
Kjee baru perasan pada bulan Mac, fikiran Kjee terganggu sebab projek skrip datang menimpa2. Mana nak kejar deadline skrip. Masa tu rasa2 nak cuti menulis dalam blog selama setahun!! Tapi cakap jer senang. Bila tengah2 serabut buat skrip dan beku idea, bukak blog dan layan blog pulak.
Jangan ingat Kjee ni penulis dan wartawan senang ya nak menulis. Kekadang ada idea banyak dan kekadang buntu. Kosong...elek..bo liao! Masa itulah baru Kjee sedar wah dulu ingatkan senanglah nak isi blog ni. Kacang jer. Rupanya tidak.
Kalau nak setakat copy paste (kekadang Kjee buat jugak tapi untuk news penting dari akhbar online) atau linkkan blog orang lain semata2 nak naikkan page views kita, memang tak de hal. Tapi itu, pada Kjee, kerja menipu namanya. Lama kelamaan, pengikut kita akan tahu taktik kita dan malas lagi nak follow.
Buat apa pun, kita mesti ada passion...ada rasa kasih dan minat untuk melakukannya. Sama macam memasak. Kalau kita tak suka memasak, kita tak boleh paksa diri kita.
Sebelum masukkan satu2 entry, Kjee fikir dulu buruk baiknya. Tak boleh hentam saja. Kjee bukannya budak muda yang tulis sesuka hati. Walaupun ada kalanya tulisan Kjee macam orang meroyan tapi Kjee selalu seimbangkan dengan pro dan kontra supaya yang membacanya dapat membuat pertimbangan sendiri.
Kita mestilah commited dengan apa yang kita tulis kalau kita mahu diri kita dihormati. Jangan tulis ikut sedap hati. Kena lah bagi alasan2 yang munasabah. Itu yang Kjee belajar masa jadi wartawan dulu.
Ada yang tanya bagaimana Kjee berjaya mendapat page views yang tinggi walaupun tak sampai 5 bulan membuka blog ini. Well, dulu kan selepas menjadi wartawan Kjee turut jadi Pengurus Pemasaran. So sikit lebih kurang, Kjee tahulah macam mana nak 'market product' Kjee ini.
Kjee tak tahulah samada Kjee masih mampu menulis lebih banyak entry lagi untuk 7 bulan yang berbaki di tahun 2011 ini. Kjee ada banyak perancangan sebelum hujung tahun melabuhkan tirai. Harap2 sempatlah Kjee lakukannya. Lima bulan sudah berlalu...Kjee belum nampak lagi cahaya di hujung terowong....
as salam....n3 yg paling terkesan d hati saya
ReplyDeleteRespectlah Kjee... baru 5 bulan berblog, entry dah banyak cenggini. Kita yang dah bertahun-tahun ada blog, entries kita, lebih sikiiiiittttt je dari Kjee tau. Inipun dah lama tak update especially on recipes sebab dah lama tak berexperiment. Sibuk ntah apa-apa je.... Anyway Kjee, teruskan berkarya... i follow...
ReplyDeleteTHNX MamaFaMi. Dah namanya penulis bukannya tukang masak kan? Anyway very happy to know you're one of my regular readers. xoxo
ReplyDeletepisau yang diasah setiap hari pasti sangat tajam dan berkilat. senang nak menghiris apapun...anologi sereleven situasi semasa...faham ke?...kp
ReplyDeleteSalam kak jee.. Saya pun 1 of the followers... Keep up ur work. Actually kalu saya nak tau apa2 berita mutakhir, saya akan ke rumah akak ni... Semoga akak sentiasa sihat & dilimpahi idea utk bern3.. X mcm saya.. Luv u kak jee...
ReplyDeletemesti boleh la kak jee.. a journalist isn't complete without writing...cehhh... kalau tak ada idea..takkan leh sampai 400 entries dah ni...kan...kan..hehehe. Good luck to you dear sis
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Jie,
ReplyDeleteTak pa itu tandanya kak Jie sentiasa ada di hati...sbb kalau tengok entri sama je rasa susah hati pula...tapi bila tiap kali buka blog tengok ada entri baru rasa happy sbb suka baca celoteh kak jie..
wow... bnyknyer... sy ingatkan akak dh mule lame... sy ni yg baru nak belajar buat blog hihihihihi.... apepun teruskan lah tulis blog ni sy suke bace jd inspirasi... utk menulis jgk....
ReplyDelete