Wednesday, June 1, 2011

Puasa, Tarif Elektrik dan TUDM


 Makan tidur, makan tidur, kita semua dah mula hirup udara separuh tahun 2011. Cepatnya. Lepas tu, kalau panjang umur hujung Julai kita menyambut Ramadhan dan seterusnya Aidilfitri.

So start dari sekarang, siapkanlah diri. Yang nak 'cuci diri' untuk menghadapi bulan Ramadhan segeralah berbuat demikian. Yang tertinggal puasa, dah ganti ke? Alhamdullilah Kjee puasa genap tahun lepas. Mudah2an diberi Allah swt kekuatan untuk menempuhnya tanpa masalah kesihatan tahun ini. Tapi Kjee ada dua hari puasa niat yang belum disempurnakan. Harus disempurnakan sebelum Ramadhan, Insya Allah.

Apa aktiviti hari ini? Tiada apa2. hari ini Kjee dan Unclepali tinggal berdua sahaja sebab Nadia jadi Fasilitator untuk satu acara anjuran Uni dia. Pagi tadi dah hantar dia ke kampusnya. Sekarang dah sampai agaknya dia ke kem di Banting.

Hari ini tarif letrik mula naik sebanyak 7 peratus. Hanya mereka yang bil bulanan tidak lebih dari RM77 atau 300kWj dikecualikan daripada kenaikan. Sementara mereka yang menerima bil tidak lebih RM20, tak payah bayar sampai hujung tahun ini. Yang lain seperti Kjee, siap kau. Tapi TNB semalam bagi saranan kalau nak jimat karan, padamkan semua swis karan yang tidak digunakan.

Agaknya itulah yang menyebabkah karan di rumah Kjee melambung naik. Tak tengok tv tapi swisnya buka bukan 24 jam tapi sepanjang tahun! Bukan apa, senang kalau nak tengok TV. Tekan remote jer. Hanya kalau balik kampung atau bercuti, barulah swis TV itu dipadamkan. Begitu juga dengan swis washing machine. Walaupun tak diguna tapi on jer 24 jam. Tapi sejak semalam, Kjee dah bijak sikit. habis semua swis yang menyala 24 jam, Kjee padamkan.

 Selain itu, Unclepali juga dah beli alat yang dikatakan dapat jimat letrik sebanyak 25%. Berkesan ke tidak, Wallahualam. Harganya beratus. kalau tak berkesan, aku bakor kilang tu nanti. Alamak, buatnya malam ni kilang tu terbakar, mampus aku dicari polis besok, hehehe. Itulah cakap tak tahu nak tapis. Sesiapa yang berminat nak beli alat tu, tunggu Kjee jadi bahan uji kaji dulu ya.

Apa lagi nak merapu hah? Oh ya kalau tak silap hari ini Hari Tentera Udara. Selamat menyambutnya kepada semua warga TUDM. Bila tiba hari TUDM, Kjee ada satu kisah kelakar masa jadi wartawan NST berpuluh tahun lalu. Ini kali pertama Kjee dedahkan kisah ni. Kira eksklusif habislah.

Kjee ditugaskan buat supplement sempena Hari TUDM. Supplement adalah rencana khas berbayar untuk menyambut sesuatu perayaan atau acara tertentu. Kami wartawan diberi peluang cari duit sampingan. Bayar ikut inci, rencana yang keluar di akhbar.

Malam itu, habis kerja, Kjee pun duduklah di library NST, cari bahan untuk buat supplement tu. Sepatutnya bahan diperolehi dengan pergi interview mereka di TUDM. Tapi dek kerana kesuntukkan masa, Kjee pun ke library dan 'ciplak' lah rencana mengenai TUDM daripada fail2 TUDM.

Maka Kjee pun tulislah rencana lebih kurang satu muka surat penuh kat NST. NST dulu bukannya tabloid macam sekarang. Kira beratus ringgit jugaklah satu muka surat penuh tu Kjee boleh dapat. Rencana dalam bahasa Inggeris. Eh kalau NST mestilah bahasa Inggeris kan?

Kemudian pada Hari TUDM, supplement itu pun disiarkan. Kjee selamba saja tengok. Pandai aku ciplak dan copy paste, kata Kjee dalam hati. Bukan Kjee jer yang buat kerja macam ini. Orang lain pun sama so Kjee kiranya macam ikut jer lah apa orang lain buat.

Lepas makan tengah hari, Kjee dikunjungi dua pegawai TUDM dari Mindef. Pegawai dari bahagian Perhubungan Awam. Kjee kenal mereka so agak mesralah bersapa. Pegawai itu tanya Kjee mana Kjee dapat bahan buat rencana itu? Siapa yang bagi info. Kjee mula pucat. Kjee kata adalah. Nak mengaku mana dapat, takut pulak. Actually lebih malu dari takut!!

Kjee tenung wajah mereka. Isyhh silap apa pulak. Aku copy dan pusing2 jer ayat sana sini dari fail library. Rupa2nya, salah satu daripada pesawat yang Kjee tulis sudah lama tidak digunakan oleh TUDM. Dia orang dah jual sebagai besi buruk!

Punyalah mengeletar lutut. Kjee bagitau dapat dari fail. Dia orang tanya fail apa. Kjee jawab fail lama. Tapi mereka tidak marah. Salah seorang daripadanya menghulurkan dokumen baru untuk ditulis. Happynya Kjee. Dapat bahan baru dan bila disiarkan, dapat lagi bayaran lain untuk rencana baru. Nasib baik editor tak tahu. Kahkahkah.

Itulah pengalaman paling manis jadi wartawan. Lepas tu serik sampai mati, takkan buat macam tu lagi. Hehehe.

Selamat Hari Tentera Udara!

8 comments:

  1. kak jee..
    maklong dah beli alat yang untuk jimat letrik tu..
    tapi mungkin lain jenama ke.. maklong beli rm250.. kat NSK.. kat selayang mall pun ada jual.. lain pulak pengeluarnya..
    kesannya tak seperti yang di gembar gemburkan dek jurujual alat tu.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Kjee dah cuba sebulan. Bil letrik turun 50% tapi Kjee masih tak nak percaya. nak tunggu sebulan lagi sebab bulan lepas gate kunci tapi bil terselit di gate. yg herannya, pembaca meter tu siap catitkan jumlah kegunaan letrik kat bil. camner dia nampak. pakai cermin mata zoom kot. hehehe

    ReplyDelete
  3. lawak betoi lerr .. citer KJ ni. Saya berdekah-dekah gelak sampai ngalir air mata. Gitulah debarnya perasaan bila kita buat kerja tangkap muat. Bila yang di tangkap muat tu tetiba ' terlebih muat ' .. hahhh baru le senak perut di buatnya. Ia satu pengalaman ' mendebarkan' yang akan kita kenang sepanjang hayat. Tentang alat penjimatan letrik tu .. sure ratusan rm harganya kan. Biasanya alat-alat sebegitu .. harganya mendebarkan ' perasaan' .. mengongcang poket juga. Paling mendebarkan bila keberkesanannya belum pasti. Saya nantikan uji kaji KJ .... hehe . luih.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih la kjee yerrr....betul2 x tahu dan maybe juga tak ambik tahu kut.Rupa2nya suiz peralatan elektrik kita kena off kan.Di rumah suiz mesin basuh & tv lah yg selalu x off.Klu suiz tv tu....tv je off..suiznya tidak.Mcm tu la juga mesin basuhnya.Terima kasih la banyak2.Adoiii.

    ReplyDelete
  5. Kjee saya dh beli alat jimat letrik tu tp..hampeh..mmg betul spt kata m.long x spt yg d gembar gemburkan..bil elektrik rmah saya bulan lepas rm300 lebih ...klau Kjee dpt jimat sehingga 50% saya nk tahu jenama ape yg Kjee gunakan n beli d mana...shida sidek

    ReplyDelete
  6. Kjee saya dah beli alat jimat elektrik tp..hampeh ..x spt yg d gembar gemburkan olih jurujual spt kata m.long..bulan lepas je bil saya mencecah rm300 lebih..kalau Kjee dpt mnjimatkan sehingga 50%..saya nk tahu ape jenama yg Kjee gunakan n beli d mana..nk tau sangat2...tima kasih ..shida sidek..

    ReplyDelete
  7. shida: tunggu bil baru sampai tiga minggu lagi. ari tu bil Kjee jatuh 50% sebab gate berkunci tapi meter reader tu siap catitkan jumlah dalam bil. mungkin mata dia tajam dan boleh nampak meter dari gate. apapun, tunggu 3 minggu lagi. kalau masih serendah bil lepas, Kjee bagitau brand apa yang kjee beli. Kali pertama Kjee beli, harganya lebih kurang RM210. pastu Kjee terkejut bil naik RM50 dari biasa. So Unclepali call dan complain. Dia datang bawak alat baru yang mahal sikit - about RM260. Lepas itu yang bil turun hampir 50%. Unclepali kata kalau ada sesiapa yang rasa kurang puas hati, alat tu sebenarnya money back guarantee. Masa dia datang, Kjee buat copy bil Kjee yang melambung selepas guna alat dia. Dia ambil bil itu bawak jumpa kilang alat tu. So kalau korang rasa tak puas hati, pergi balik kepada kedai berkenaan.

    ReplyDelete
  8. kjee mane nak jimat nya bulan ni hingga lepas raya nor kena guna 2 oven terus menerus bulan rejab dah hampir nak puasa sambil2 kurangkan berat badan tambah sikit2 pahala tapi cara2 nak jimat letrik ni ....penin3...nor

    ReplyDelete