Wednesday, June 1, 2011

Alat penjimat Elektrik Is Money back Guarantee?



Kjee memang susah nak percaya alat2 penjimat elektrik ini. Sebab? Masa meniaga dulu ada orang TNB datang kedai Kjee. Kjee tanya dia pasal alat penjimat elektrik. Boleh ke guna sebab bil Kjee di kedai cukup tinggi. Maklumlah kadar elektrik kedai tak sama macam rumah.

Nak tahu dia jawab apa? Dia kata kalau benar2 berkesan, semua orang TNB guna! So Kjee pun maleh lah nak layan benda2 ini lagi.

Tetapi dua bulan lalu, anak sedara Unclepali sendiri guna dan didapati memang turun bil bulanannya kira2 25%.  Mak Mertua Kjee kat kampung pun belilah satu dan kata amat berkesan!.

Bila Unclepali dengar, dia cerita pada Kjee. Of course Kjee mesti dapatkan satu. Bil bulanan kami kekadang mencecah RM300! Kalau boleh jimat 25% at least boleh guna buat bayar bil lain kan?

Anak sedara Unclepali kata dia beli di Tesco Jalan Kuching. Kami pun ke sana tapi hampeh. Ntah kedai mana ntah. Tak jumpa. Kjee mengaruk kat Unclepali suruh cari jugak. Akhirnya tak tahan Kjee bising, Unclepali surf internet dan jumpa satu kedai milik orang Melayu.

Budak tu datang rumah esoknya dan pasang. Dia tanya nak yang mahal ke murah. Yang murah RM210 dan yang mahal dari RM260. Kami pilih yang murah dulu. Dia tanya macam2 soalan tentang penggunaan barangan elektrik kat rumah. Katanya, kalau yang murah tu tak berkesan, call dia dan dia akan bawak yang mahal.

Selama sebulan, Kjee buat macam biasa tentang pengunaan barangan elektrik dalam rumah. Tup tup dapat bil, Kjee ketar lutut. Bukannya turun 25% tapi naik kira-kira 15%. Apa lagi, budak ni nak kena. So Unclepali call dia. Dia pasang yang baru, yang mahal sikit tanpa caj tapi kalau bil bulan depan turun baru bayar baki harga alat tu. Kalau tak turun jugak, dapat balik duit!!

Bulan lepas, walaupun gate berkunci, Kjee dapati bil kami kira-kira seratus lebih ringgit jer berbanding dengan RM290 bulan sebelumnya! Bil sebenar tidak ada pada Kjee ketika ini. Nadia simpan tapi dia hanya balik rumah esok so tak dapat bagi jumlah sebenar. Masa dapat bil tu, Kjee cek betul2 apakah itu bil anggaran. Kalau anggaran akan tercatat situ tapi bukan anggaran. Bil mengikut kiraan sebenar. Tererlah budak meter reader tu baca meter dari jarak jauh kira-kira 20 meter dari gate.

Tapi Kjee tak bagitau lagi penjual alat itu sebab Kjee nak tunggu dulu bil bulan ini. Kalau masih rendah, then betullah alat itu bagus. Kalau tidak, I want my money back sebab dia kata Money Back guarantee.

So korang tunggu dulu ya. Tadi Kjee baca info kat kotak alat itu. Kjee risau juga keadah yang digunakan. Manalah tahu kalau kita sebenarnya 'mencuri karan'. Nak jimat dah dapat dosa kan?

Rupa-rupanya, pengaliran elektrik selalu 'bocor'. Kalau kita guna alat itu, ia akan menstabilkan pengaliran elektrik, lantas menjimatkan kita. Wallahualam. Apa2pun tunggu dua atau tiga minggu lagi sampai bil baru tiba.

6 comments:

  1. k jee, kalo betul berkesan nanti letak nama kedai or website leh? nak jugaklah kak. bil umah saya pun cecah 300 tiap bulan.

    ReplyDelete
  2. betul tu akak, umah saya pun ada satu alat penjimatan elektrik tu, tapi en. abah beli kat kedai SINGER, umah saya pasang 3 bijik aircond tiap mlm, bill selalunya rm100 dan kebawah. memang berkesan sgt

    ReplyDelete
  3. Kak Jee,rasanya mmg org TNB leh baca meter walau gate kunci coz kat umah saya depa pakai teropong baca no kat meter tu.hr tu ada skali depa dtg guna teropong kat umah saya,saya kata nampak ke?pas ye kata kami cuma baca no yg kat meter n then automatik bil kuo.sebab tu lah depa leh baca...

    ReplyDelete
  4. Sesuai pakai alat ini bagi yg menggunakan watt lebih atau rm 100 bil bulanan keatas. Saya pnah belajar buat alat ini. Saya tau teorinya. Lebiih baik belajar sebelum membeli. Takot.ditipu.

    ReplyDelete
  5. Apa nama alat tu kak? Intan terasa gak nak cuba..

    ReplyDelete