Friday, June 3, 2011

Seri Muka Lagi. Tak Serik Serik.!

Tak cantik rupanya sebab potong masih suam



Dikukus tanpa penutup di akhir mengukus supaya airnya kering


Kjee takkan boring buat kuih ini over and over. Kuih kesukaan dulu, kini dan selamanya, Insya Allah. Ini kali ketiga Kjee buat dalam masa tiga minggu kot. Dan rasa2nya resipi yang Kjee dah pusing sana pusing sini, kornar sana kornar sini, yang Kjee buat hari ini yang muktamad. Tiada lagi talian hayat!

plastik dilebihkan supaya bila sejuk senang nak angkat dari loyang


Kjee rasa tak malulah kalau nak bawak resipi ni ke tepi mahupun ke tengah! Dua juri rasa Kjee di rumah Kjee pun dah bagi keputusan penjurian mereka. Nadia bagi markah penuh. Unclepali angguk tiga kali dan tunjuk dua ibu jari!

Terima kasih kepada Yatie dari blog yatiememories yang membangkitkan semangat bagi Kjee nak buat kuih ini. Kalaulah arwah mak masih hidup, mesti dia menangis tengok anak dia buat kuih ini lagi elok rupanya daripada dia buat. Tapi, bab rasanya, memang Kjee dapat sebiji yang arwah mak buat dulu!

Okay kita tengok resipinya. Kjee terpaksa catatkan resipi ini semula sebab ada dua atau tiga perubahan yang Kjee buat pada resipi asal Yatie yang Kjee yang ubah dua kali. Amboi lain kali sesiapa nak post resipi kat blog mereka kena bubuh copyright control tau. Hehehe

Kita tengok bahan2nya.

BAHAN2
Bahagian Bawah
Jangan tekan mampan sangat nanti bahagian bawah keras
2 cawan beras pulut
air
garam

CARA:
Cuci beras pulut dan masukkan dalam rice cooker. Bubuh air lebih kurang 1 inci diatas permukaan beras pulut dan masukkan secubit garam. Kjee guna air biasa bukan santan cair sebab Kjee merasakan bahagian atas sudah cukup manis dan lemak. Tak payahlah tambah lagi kolestrol. Hehehe.

Ini cawan sukatan yang standard. Ada juga plastik
Tanak sehingga masak, Sejukkan. Alas loyang 7x7 inci dengan plastik. Lebihkan sedikit plastik (tgk gambar) supaya senang diangkat kelar dari loyang setelah sejuk. Kjee guna plastik HD atau plastik tahan panas. Plastik sama yang kita dapat apabila beli sup panas spt tomyam di gerai2.

Setelah dialaskan dengan plastik (Kjee letak beberapa titik minyak pada loyang supaya plastik tidak lari ketika proses letakkan pulut).  Ceduk pulut ke dalam loyang dan tekapkan. jangan terlalu padat, nanti bahagian bawah jadi keras. Tepikan seketika.

tunggu sejuk betul2 baru potong. Lebih elok masuk fridge dulu
Panaskan periuk kukusan. Kjee guna kain untuk menutup penutup loyang supaya air tidak menitis. Boleh juga guna alluminium foil dan tutup keseluruhan loyang.


BAHAN2:
Bahagian Atas

2 cawan santan pekat (Kjee parut dan perah sendiri)
1 cawan jus pandan (Kjee potong kecik2 kira2 10 helai dan blend guna 1 cawan air dan perah)
3 biji telor (grade B)
¾ cawan gula 
½ cawan tepung kastad
½ cawan tepung jagung
½ cawan tepung ubi (Ubi kayu)
secubit garam

CARA:
Bubuh santan dalam bekas atau besen. Masukkan gula, kacau dengan whisk sampai gula larut. Kemudian masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi. Masukkan pula jus daun pandan, kacau bagi betul2 rata semua bahan2 tadi.

Kemudian masukkan tiga jenis tepung yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit hingga habis semua tepung. Kemudian masukkan secubit garam.

Tapiskan bahan2 ini dalam periuk kecik dan masak atas api sederhana besar guna whisk sehingga bancuhan tadi menjadi agak pekat sedikit. Tutup api.

Cepat2 tuangkan bancuhan ini kedalam loyang yang telah dibubuh pulut. Kukus selama 25 minit hingga ½ jam. Kemudian angkat penutupnya dan biarkan ia dikukus tanpa penutup selama 10 minit untuk keringkan permukaan kuih.

Kemudian sejukkan. Kuih ini hanya akan cantik dipotong kalau betul2 sejuk. Gunakan pisau plastik untuk memotong. Kjee guna spatula jer.

Kjee syorkan buat dua adunan kalau keluarga besar. Bolehlah guna loyang 10x10. Satu adunan ni celah gigi jer. Penat jugak buatnya tau. Kalau tak habis makan, boleh simpan dalam fridge. Kjee pernah simpan sampai 3 hari. Masih elok dan lembut bahagian pulutnya.

Sedap sangat

9 comments:

  1. rajin betullah Kakjee buat serimuka..nampak lemak berkrim pulak tu,amik resepi ya...

    ReplyDelete
  2. wahhh tgk pun dah tau sedap ni kak...memang tak jemu mkn kuih melayu ni saya pun suka juga..:)

    ReplyDelete
  3. x bleh jadi nih..! deena nak buat la kjee.. (^_*)

    ReplyDelete
  4. Aah..buruk xpe..janji mkn best..suke sgt kueh ni~~ nyumm

    ReplyDelete
  5. kalau mak buat dia tambah sedikit halia, kulit kayu manis n seulas bawang merah. blend bersama pandan n cara buat mukanya sama je dengan ara jee

    ReplyDelete
  6. ooo...ini baru betul. saya tekan semahu-mahu hati pulu tu kasi padat. letak dlm peti ais, usah kata 3 hari ... sehari pun keras cam batu .

    byk jenis tepung.. i shud try. mmg sangat2 suka seri muka. Maktok sy dulu kan, dia letak sikit serbuk kayu manis.

    ReplyDelete
  7. mmg nampak sangattt sedapppp!!!!

    ReplyDelete
  8. Tq Kak Jee resepinya....udah cuba memang cantik n sedap seri mukanya

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Tq Kak Gee dah buat resepi Seri Muka ni. Memang sedap. Lima Bintang anak bagi. Lagi sedap klu masok fridge...

    ReplyDelete