Resipi ini jugak Kjee selalu makan tapi bukan Kjee yang buat tapi orang buat. Since dah lama orang tak buat bagi Kjee makan so tadi Kjee pun cubalah buatlah sendiri. Kalau tengah puasa, otak selalu memang kreatif nak makan macam2. Dah dua hari Kjee puasa dan dua hari Kjee duduk kat dapur godek itu godek ini.
Unclepali dan Nadia dah seram. Nadia dahlah demam. Mama ni Puasa tak reti nak duduk diam. Selalunya kalau berpuasa bukan dalam bulan Ramadhan, berbuka selalunya di luar. Kjee dengar Unclepali dan Nadia bisik, kenapalah rajin sangat Mama kali ini.
Tapi dia orang jangan cakap banyak sebab sikit pun Kjee tak mintak tolong dia orang. Semua Kjee buat sendiri dari parut kelapa, memasak, kemas dapur sampailah meja penuh dengan makanan. Tapi lepas berbuka, Kjee keletihan sampai tak lalu nak jamah makanan.
Apapun, hari ini Kjee enjoy sangat makan Fruit Cocktail Jelly yang Kjee buat tanpa resipi. Ewah dah jadi macam chef Micheal Smith..cooking without a recipe. Tapi, jangan marah...menjadi lak tu. Hehehe.
Ingatkan nak post entry esok tapi lepas tengok Adnan Sempit kat Astro tadi, Kjee nak tutup PC tetiba nampak kat wall ramai mintak resipinya. Kesian pulak. Esok Kjee kena bangun pagi2 antar Nadia pergi Uni. Very the sibuk 2moro. So pasal korang Kjee berkorban, sengkang mata edit gambar dan masukkan resipi ini.
Jom kita tengok resipi Fruit Cocktail Jelly with Custard Sauce versi Kjee.
BAHAN2NYA:
1 peket agar2 tali (lihat gambar)
5 sudu gula (tak nak bubuh pun boleh)
1½ litre air (anggaran satu botol besar coke)
½ susu cair (evaporated milk)
1 tin besar buah2an coktail (Kjee guna jenama dari Australia)
Jerang air dan masukkan agar2 dan gula. Rebus sampai semuanya larut. Kemudian tapis dalam bekas dan masukkan ½ tin susu cair. Kacau sampai sebati. Sediakan bekas atau acuan2 kecik. Kjee guna acuan plastik yang dia orang jual tapai. Senang tak payah nak potong. Susun satu sudu kecik buah dalam acuan kecik dan tuangkan agar2 hingga ke paras ¾ acuan. Kalau guna acuan besar, susun saja buah dan tuangkan agar2. Biarkan sejuk di luar seketika dan kemudian masukkan dalam fridge.
Kjee guna agar2 tali cap ini |
SOS KASTAD
3 cawan susu segar (Kjee guna susu HL) (cawan standard yang dibeli di kedai2 bakeri)
3 cawan susu cair (evaporated milk)
10 sudu besar gula pasir
6 sudu tepung kastad (Kjee guna Birds)
2 sudu kecik esen vanilla
CARA:
Campur semua bahan dalam periuk dan whisk hingga semuanya sebati. Jerangkan atas api sederhana dan gunakan whisk untuk terus kacau perlahan2 tanpa henti sehingga menjadi pekat. Padam api. Sejukkan. Simpan sos elok2 dalam peti ais. Boleh guna dua atau tiga hari.
Untuk hidang, letakkan agar2 dalam piring dan curahkan sos. Sedap dimakan kalau betul2 sejuk.
wow cara jee memasak mengalahkan chef terkemuka. boleh join siri top chef kat astro ni. bukan setakat jaguh kampung je...
ReplyDeletefav ita puding2 yg ada kuah ni.. mmg nampak sangat sedap! nanti boleh lah ita cuba..
ReplyDeletenampak sedap jer kjee minta skit bole ker
ReplyDeletesokong jom kjee masuk contest .....nor
ReplyDeletelama x mkn puding ni..sedapnya :)
ReplyDeletenak cube nanti...
ReplyDeleteterliuq la plaaak harus cuba nikak jee yum.yum....(^_^)v
ReplyDelete