Entry yang buat Kjee sentiasa menangis |
Dah dua hari kerja Kjee asyik mengodek entry2 dalam blog Kjee ni. Eh selalu godek kat dapur kan? Ah samalah. Dua2 dapur...satu dapur berasap dan satu lagi yang tak berasap.
Kjee buat apa kat blog? Tak nampak beza pun? Hah itulah korang tak perasan...Kjee dah susun balik semua label mengikut genrenya. Genre? Yang tak kenal perkataan tu, maknanya mengikut kategorinya. Kjee ni bila habis je tulis entry, main bantai ikut suka label mana nak letak dia. (Tengok dalam Kategori Apa Korang Suka)
Maka jadilah dia kategori carca marba. Hanya untuk resipi saja, ia masuk dalam satu label iaitu resipi. Orang lain buat, dipisah2kan. Ada label daging, ayam dan lain2.
Antara resipi yang diminati ramai |
Kjee mulanya maleh juga nak pisah2kan genre entry dalam blog. Tapi apabila nak cari balik satu satu entry tu, mulalah naik hangin. Dalam hati terfikir, kalau aku boleh hangin cari dalam blog sendiri, rasa2nya orang lain macam mana? Memang tak boleh harap search engine dalam blog. Dua kali kjee masukkan dan dua kali padam.
So Kjee call Deena dari Deena's blog. Deena yang tinggal di Langkawi ni, pakar rujuk Kjee. Dia terer pasal bende2 ni. Kjee sangkut jer, terus mesej dia mintak nyawa. Kira Deena ni talian hayat Kjee lah. Dia pun ajarlah Kjee nak buat camner. Dia suruh label.
Heee malunya. Kjee memang bingai benda2 camni. Tapi buat apa malu nak bertanya kan? Malu bertanya sesat jalan.
Nak mintak tolong dengan Unclepali tak berani sebab sejak seminggu dua ni, dia busy giler. Walaupun duduk sebelah menyebelah je kat opis kami di rumah ni, dia hanya angguk jer kepala bila Kjee tanya apa2. Setengah jam kemudian dia akan tanya..'Hah tadi you cakap apa?'. Sabar je lah. Nasib baik ada Deena. Thnx Deena.
So sekarang senanglah nak cari entry2 mengikut genre nya.Ya ke senang? Baru Kjee pening cari satu entry. Hehehe.
Tetapi dalam masa label melabel balik, terjumpalah entry2 lama yang buat Kjee meleh airmata. Entry ini ...ini...ini dan ada lagi lah. Ada jugak yang Kjee ketawa sorang diri macam yang ini atau yang serius macam ini. Apa entry pilihan korang?
Korang bacalah dari mula sampai entry terbaru. Banyak tu. Ada yang kata dia amik masa 5 hari nak khatam baca semua entry Kjee. Ciannya. Anyway, sayang kepada semua yang dah khatam.
Kjee... sedihnya baca entry pasal Hani Mohsin tu...
ReplyDeleteSebab memang minat dgn lakonan dia... tapi bila dpt berita dia meninggal rasa tak percaya...
Al-Fatihah untuk arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat...Ameen...
SMTI :)
ReplyDeleteblog yg hari2 saya singgah...
arr arr le kj .. elok di susun ikut genre. saya tak pasti dah khatam ke belum. tapi sejak jumpa blig KJ ni .. sehari entah berapa kali saya terjah masuk ... kekadang tak sempat kj anta posting baru pun. Dah jadi ketagih le kj oiiiii ... luih
ReplyDeletemmg ari2 smpai 2 3 x singah.dah khatam dah...
ReplyDeletebest best best...mmg blog k jee best..kl sedih or tension mai blog kjee..cari entry klaka sure ceria balik..tqvvm kjee..u r my sunshine, fantastic sunshine, u make me happy everyday..thats y u are special, thats y i love u, u r my sunshine everyday...lagu bdk bdk tadika...heeee..suzi fauzi
ReplyDeleteKorang punya komen pun buat kjee happy sangat. bayangkan selama dua tahun kjee tak boleh jalan...tapi apabila kenal korang di alam maya, terus timbul kekuatan dalaman..dan skrg dah boleh jalan. kira2 dah 70% okay! alahamdullilah syukur
ReplyDeletesalam, kak jee. 1st time kenal blog k. jee ni drpd entry arwah hani mohsin. mmg sy peminat arwah sejak sy di alam sekolah lg. sejak tu, sy jd follower k. jee. terima kasih byk sbb follow sy balik. =)
ReplyDeletedah 70% dah kjee boleh jln?wah...syukur alhamdulillah....baca blog kjee mmg best.nmpk jgk ada perubahan,dulu xde kalendar, jam ..palingbest skrg ni dh ada genre...sng nk cari resepi :)
ReplyDeletekalau x silap sy, kak jee yg jual nasi beriyani kat melawati nye food court tu kan.......
ReplyDeletealhamdulillah kak jee dah recover..
cerita pasal mohsin ni dah baca..mmg meleleh la air mata. masa tu belum lagi ada blog tapi nak melekat kat sini
ReplyDeletesukar nak gambarkan mcm mana perasaan ini bila baca kisah arwah hani mohsin,sbb, mmg minat betul dgn arwah.....sedih bangat....al-fatihah...
ReplyDelete