Bakar sekali dengan potato skins |
Kalau tak habis makan, Kjee simpan dan esoknya buat cold chicken sandwich. Tapi sejak akhir2 ni jarang berbaki. Ayam panggang dah jadi kecut atau ayam yang dia orang guna kecik? Tak berbaloi dengan harga.
So camner nak atasi masalah ini? Buatlah sendiri. Bukannya susah. Senang je rupanya. Nadia pun dah pandai buat.Dah dua atau 3 kali kai buat.
Kjee amik resipi ni dari CMG. Thnx. Sedap sangat.
Resipi ni sihat sangat sebab guna minyak zaiton. Tapi kalau tak de, minyak apapun ok lah yer. Kjee buat setengah ekor sebab ingatkan cukuplah untuk 3 beranak. Hampeh. Kene komplen dengan unclepali. Ok kita tengok menunya.
Ni masa first time buat |
½ ekor ayam
1½ sudu kecik rosemary kering (kalau dpt fresh mesti sedap)
2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu lebah
2 sudu besar minyak zaiton (minyak apapun boleh kot)
1 biji lemon
garam secukup rasa
CARA:
Bersihkan ayam dan lap dengan tisu towel hingga kering. Sagat kulit lemon (kuning jer. Jangan sampai putih nanti pahit) dan ketepikan. Perah air lemon ke dalam mangkuk. Tumbuk kasar lada hitam, ramas rosemary dan campur. pastu masukkan dalam mangkuk yang ada jus lemon tadi.
Campurkan minyak, madu dan garam. Lumurkan ke seluruh ayam yang telah dicucuk2 manja dengan garfu. Akhir sekali lumurkan dengan kulit lemon. Perapkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya dua jam. Kalau lebih lama lagi elok. Bungkus ayam yang telah diperap dalam alluminium foil kemas-kemas. Pastu bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selama sejam.
Selepas itu, keluarkan dari foil dan bakar lagi selama 10 minit supaya nampak garing. Kalau ayam itu besar dan berisi, tambahlah masa memasak sehingga puas hati. Makanlah dengan sos cili. hidangkan bersama baked potato skins. Resipi baked potato skin dah lama ada dalam blog ni. Selamat mencuba.
Kak Jee nak roesemary fresh?? nanti kita pos laju
ReplyDeleteTak boleh cucuk ayam tu garang2 yek??
ReplyDeletewahhh sedapnya tgk ayam panggang kak jee yag dok berposing tu...nieza pun suka gak mkn ayam panggang nak buat pun senang perap pastu bakar jer kan...tapi kalau ada ayam mas kat sini lagi ler senang boleh terus ngap jer...hehehe nk senang saja yer..:)
ReplyDelete