Thursday, June 9, 2011

Ayam Panggang +Sup Cendawan + Salad









Menu sihat ker Kjee sediakan untuk berbuka hari ini? Entahlah. Ayam dipanggang, sihat kot. Fresh Mushroom soup Kjee buat guna low fat milk dan sedikit heavy cream sementara Salad, kalau tidak diklasifikasikan sebagai makanan sihat, tak tahulah Kjee nak kata. Lagi satu, Kjee beli wholemeal pita. sihat jugak. Hehehe

Bahan2 buat Fresh Mushroom Soup
Apapun, ayam panggang tadi Kjee beli kat Ayam Mas. Dah lama tak beli so bila ke Ayam Mas Taman Melawati tadi Kjee terkejut tengok harganya. Kalau dulu (6 bulan lepas kot) harga seekor ayam panggang (whole bird), lebih kurang RM16-18, agaknya. Tapi sekarang half bird atau setengah ekor dah jadi RM16! Kalaulah ada masa tadi, pasti Kjee panggang sendiri kan?

Anyway, tak boleh komplen sebab Allah SWT dah setkan, inilah rezeki kami tiga beranak hari ini. Tetapi Kjee syukur semuanya sedap. Tak ada komplen. Walau bagaimanapun, Kjee terkilan sebab tamak sangat masa beli. Kjee beli sampai dua ekor sedangkan yang nak makan tiga orang jer.

 Akhirnya, daripada seekor itu hanya habis ¾ sahaja. Ada seekor lagi dalam kotak belum dibuka. Esok, Insya Allah Kjee puasa. Nadia pergi Uni. So itulah makan tengah hari Unclepali sorang2. Kalau ada lebih, Nadia balik bolehlah makan dengan pita yang masih banyak berbaki.

Oh ya menu berbuka tadi, ayam panggang, wholemeal pita, fresh mushroom soup dan salad. Oleh kerana soup sahaja yang Kjee buat, maka Kjee bagi resipi soup aje. Dan seperti biasa kerana malas nak salin balik, korang klik sini untuk resipinya. Kjee ada tambah ½ cawan heavy cream tadi sebab tetiba tengok fresh milk dah habis. Rasanya lebih sedap.

Tadi pergi Hero, Kjee jumpa macam2 jenis cendawan segar tapi kerana nak cepat suruh Unclepali ambil. Dia ambil cendawan oyster dan fresh shitake. Okaylah. Apapun, kalau buat fresh mushroom soup, cendawan apapun sedap.


2 comments:

  1. sedap nya kak jie , sy tk pernah pulak masak gini ..

    ReplyDelete
  2. Nice ..saya pun x pernah wat coz tekak melayu...klu makan cam ni sure x puas but anyway nak try gak coz it's healthy food ..

    ReplyDelete