Thursday, June 23, 2011

ALHAMDULLILAH...ADIKKU SELAMAT BERSEMADI

Nadia bersama sepupunya Amira (terlindung) mendengar imam menyampaikan talqin sejurus selepas pengkebumia
Hj Amir menyiram air mawar di pusara isterinya sambil diperhatikan anak bongsunya Aizran
 Lepas Zohor tadi, adik Kjee allahyarham Fazilah selamat disemadikan dengan disaksikan keluarga dah sahabat handai. Beliau pergi genap 1 tahun 8 hari pemergian allahyarham Abdul Samad, bapa kami. Pergi di usia 50 tahun setelah 4 tahun berperang dengan penyakit kanser.

Ramai sekali sahabat handai dan rakan taulan yang menziarahi jenazah. Hampir semua staff Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya hadir untuk mengucap selamat jalan kepada Dekan mereka, Prof Dr Fazilah. Kjee tidak terlepas pandang melihat seorang gadis comel yang menangis tidak henti2 hingga ke tanah perkuburan. Kjee mendekati gadis itu. Rupa2nya dia student Phd adik Kjee dari Negeri China dan beragama Islam.

Terima kasih kepada semua sahabat2 Kjee yang telah samada menyampaikan salam takziah atau pun sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham, walaupun hanya mengenali beliau menerusi catatan Kjee. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.

Dan moga2 kami yang kini tinggal tiga beradik - Ahmad Fauzee, Kjee dan Faridah - akan memastikan anak2 arwah - Aimran, Amira, Aizran dan Aifran, dapat terus menjalani hidup ini dengan penuh tabah. Insya Allah.

Dan syukur alhamdullilah di sebalik kesibukan Kjee bergegas ke rumah adik Kjee di Section 16 Petaling Jaya tengah malam tadi, Kjee sempat jugak berpuasa sunat Rejab hari ini tanpa diserang gastrik macam semalam. Insya Allah.

Pagi tadi, kira3 jam 4.30 pagi, Kjee dan Nadia bersahur di kedai mamak di Taman Melawati, balik rumah lelapkan mata seketika dan kembali ke Petaling Jaya.


ALFATIHAH,

24 comments:

  1. as salam..ALHAMDULILLAH selamat sudah.Semoga roh adik Kak Jee tenang disana..AL FATIHAH.AMIN.

    ReplyDelete
  2. Seday pulk sy rs kjee...takziah yer kak...moga arwah di tempatkn di kalangan org2 yg beriman n di sayangiNya...

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman..Tiap yg hidup akan merasai mati..Takziah utk Kjee sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah selamat semuanya & dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  5. takziah buat kakjee sekeluarga...Alfatihah..

    ReplyDelete
  6. K Jee, Takziah dari saya sekeluarga. Al Fatihah untuk arwah moga Allah tempatkan dia dikalangan mereka yang beriman aminn..
    Semoga Allah memberikan ketabahan yang besar untuk K Jee dan keluarga menghadapi kehilangan yang besar ini.

    ReplyDelete
  7. al-Fatihah..takziah buat kjee sekeluarga.Allah lebih menyanyangi nya

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  9. salam kak Jee..takziah dan al fatihah....moga rohnya dicucuri rahmat di sana...dan ditempatkan bersama dgn org org yg beriman...aminn...

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah ...ucapan takziah atas permergian Arwah semuga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin

    ReplyDelete
  11. Al Fatihah semuga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.Amin.
    Salam Takziah buat KakJee dan family

    ReplyDelete
  12. Al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat dan dtempatkan bersama org2 yg beriman.
    Takziah buat kjee sekeluarga..

    ReplyDelete
  13. Assalam kak jee,Alfatihah utk arwah adik akak,moga rohnya dicucuri rahmat n moga di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  14. Al-fatihah semoga roh arwah dicucuri rahmat ditempatkan dikalangan org2 yg dikasehiNya..
    takziah dari saya buat kak Jee dan seluruh keluarga..
    yg pergi tetap pergi.. kita juga akan menyusul nanti..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Kjee,

    Al-Fatihah,moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman.

    ReplyDelete
  16. Semoga arwah kembali dengan tenang disisi penciptanya.....alfatihah,akanku susuli kemudiannya....

    ReplyDelete
  17. Semoga arwah kembali dengan tenang disisi penciptanya.....alfatihah,akanku susuli kemudiannya....

    ReplyDelete
  18. Kak Jee, salam takziah dari Kak Lang. Semoga keluarga arwah dan kak jee tabah menghadapi dugaan Allah dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di jannah. Alfatihah.

    ReplyDelete
  19. Aslmkm Kak Gee.
    takziah dr sy..sy tau kak g kuat dan tabah orgnya..smoga roh arwah tenang di sana.Insyallah

    ReplyDelete
  20. Assalam kjee...Al-fatihah buat arwah moga rohnya di cucuri rahmat... takziah dr sy buat kjee sekeluarga.

    ReplyDelete
  21. takziah kjee...setelah lama arwah bertahan allah lebih menyayangi beliau...redhakan pemergiannya ....al fatihah..nor

    ReplyDelete
  22. Takziah Kak Jee.. semoga rohnya tenang disana... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  23. takziah kjee....sy doakan yg terbaik utk anak2 arwah di masa depan, aminn...

    ReplyDelete
  24. takziah buat kau sekeluarga jee, masa aku baca blog melalui hp tu terkejut aku, tapi aku tak boleh komen melalui hp kena tunggu guna laptop.

    sb pun terkejut sbb dia kata kau tak call dia langsung tapi aku cakap miungkin kau tengah sibuk dan tak sempat nak bagitahu.

    ReplyDelete