Yezza...berbaloilah Kjee emo sangat hari tu pasal stesyen TV berbayar yang bakhil ini. Baca sini. Tak sangka saranan Kjee agar jangan dibagi satu sahaja syarikat monopoli stesyen TV berbayar mendapat perhatian lagi dalam Parlimen. YB Wee Choo Keong (Bebas, Wangsa Maju), cakap sebijik macam yang Kjee luahkan dalam blog Kjee hari tu.
Seorang lagi YB dari Johor (sorry lupa nama) pulak kata macam ada sabotaj dari pihak TV berbayar. Menurut beliau, dulu2 sebelum ada ASTRO, kita boleh menonton semua channel TV dengan terang. Tetiba bila start je ada ASTRO, dah tak boleh dapat siaran TV free dengan terang. Kenapa?
Hah itulah bagusnya kita pilih orang yang boleh bawak isu2 macam ni di Parlimen. Isu yang boleh tolong orang miskin. Bukan isu asyik nak rebut PutraJaya jer!
Kjee yakin Kementerian yang diterajui Oleh Datuk Seri Rais Yatim akan bertindak selepas ini. Buktikan bahawa Kerajaan Malaysia mengutamakan rakyatnya. Kalau kita semua boikot ASTRO tapi tak dapat siaran TV free susah jugak.
So percepatkanlah buat banyak2 stesyen TV berbayar supaya rakyat ada pilihan! Zaman satu syarikat sahaja yang monopoli sudah berlalu. Contoh sudah ada. Sekarang kita dapat menikmati banyak faedah dari syarikat telefon (TELCO) yang menawarkan pelbagai promosi.
Lepas ni nak undi YB Wee supaya dia kekal lama dalam Parlimen!!
Tuesday, June 21, 2011
Home »
isu semasa
» ASTRO KENA HENTAM KIRI KANAN, DEPAN BELAKANG!!!
betul tu kak jee... astro melampau menaikkan harga tanpa service yg bagus...lagipun tak ada penjelasan munasabah untuk naikkan fees
ReplyDeleteWah bila lama tak masuk berbagai cerita miss... patut laa tu kjee bio astro yang cekek darah tu padan muka... kalu perlu kita boleh bersatu dan bersama para bloger boikot astro.... bior dia tahu langit tinggi ke rendah
ReplyDeleterasa mcm nak terminate je astro ni...
ReplyDeletebetul tu KJee.. memang kami sekeluarga dah lama bengang dengan astro.. bayar dah le mahal2.. movie plak tu dok asyik ulang tayang yg sama berpuluh kali. Malaysia selama ni beri manja sangat kot ngan astro ni.. kalau buat byk2 stesen tv berbayar cam kat Indonesia tu .. rakyat pun tak susah.. boleh buat pelbagai pilihan. biasa le kalau bila byk persaingan mesti masing2 berlumba2 nak tayang citer best2 dan berkualiti.. masa tu baru astro nak sibuk nak perbaiki diri sendiri kot..
ReplyDeletepas maharajalawak ni...akan terminate itu pakej mustika....apatah relevennya dah ada PRIMA ngan RIA sebok nak suh org langgan lg 1 yg serupa....
ReplyDeletebetoi2 kjee.la ni diPG dok berdentum2 tanda nak hujan,siaran astro dah x dapat..tu belum lagi hujan..bengang la
ReplyDelete