Thursday, June 16, 2011

ASTRO MACAM TUAN TANAH KEDAWUNG!

google punya ehsan
 Kita tak ada pilihan! Itulah ungkapan terbaik yang boleh Kjee katakan mengenai syarikat cable TV tunggal tanahair kita. Bagi betis nak peha. Sudahlah Kerajaan beri satu sahaja syarikat memonopoli stesyen cable negara ini, makin lama semakin tidak berhati perut.

Kjee tak ada sejarah syarikat ini tetapi seingat Kjee sejak ditubuhkan, sudah banyak kali yuran dinaikkan. Semuanya memihak kepada mereka. Kita lambat sikit bayar, tiada kompromi, terus dipotong. Tapi kalau silap di pihak mereka, kenapa kita yang terpaksa menanggungnya!!!

Yang paling ketara sekali ialah apabila hujan lebat. Tak payah hujan lebat di kawasan kita. Misalnya macam Kjee. Tinggal di Taman Melawati. Tak hujan tapi oleh kerana Setapak hujan lebat, Kjee turut jadi mangsa. Sampai bila? Sampai kucing bertanduk!!

Astro langsung tak minat nak tahu. Sebab apa? Mungkin sebab big bosses dia ada parabola special yang kalis hujan, kalis kilat dan kalis tsunami! Sebab itu mereka tidak ambil pot apa yang berlaku kepada orang lain. Tapi siap korang kalau lambat bayar. Dilatihnya orang dia suruh call dan sindir. Kjee pernah kena :" Guna tahu, tapi bayar tak tahu!!"

Sejak akhir2 ini, siaran Astro tidak kira channel mana dilambakkan dengan iklan. Setahu Kjee, kalau ada iklan, kenapa kita perlu bayar yuran? Kita bayar yuran untuk menikmati advertisement free viewing (menonton tanpa gangguan).

Tetapi apa dah jadi sekarang? Macam menonton tv percuma pulak!! TV percuma pun tak ada siaran ulang balik, go head gostan sampai kita naik mual!!

Tadi di Parlimen tidak pula disentuh pasal iklan. Ahli2 Yang Berhormat hanya menyentuh pasal yuran nak naik. Hari tu Kjee ada baca di wall Facebook, seorang fren tulis Astro bagi bonus lebih dari 10 bulan! Biar betul? Institusi kewangan pun tak bagi bonus banyak itu! Kalau bonus diberi banyak kepada setaf maknanya ada untung. Kalau untung kenapa kita yang jadi mangsa!

Mujurlah kawasan tempat Kjee tinggal sukar hendak mendapat service TV tanpa Astro. Kalau tidak, sudah lama Kjee berhenti melanggan. Sekarang pun bukannya kita orang tengok sangat TV. Dalam sehari tak sampai dua jam. Berbaloikah?

Apa yang boleh Kerajaan lakukan ialah mewujudkan pesaing2 kepada Astro. Jangan bagi satu syarikat monopoli semua. Kalau hanya satu syarikat, apa syarat dia letak, kita terpaksa akur.

Hey come on lah. Takkan itu pun nak kena ajar?!!! Dulu hanya ada satu atau dua syarikat telekomunikasi. Masa tu, bukan main mahal lagi kita nak guna handfon. Siap dengan bayar airtime selain daripada penggunaan call time. Ingat tak lagi? Melayu memang mudah lupa!

Kemudian, diwujudkan banyak rangkaian telco (telephone companies). Akibatnya, kita semua mendapat kemudahan menggunakan mobile phones dengan harga murah. Kekadang murahnya sampai tak masuk akal.

Kenapa Kerajaan tidak boleh melakukan yang sama kepada cable tv di tanahair kita? Kenapa mesti duduk bawah telunjuk satu syarikat sahaja. Renung2kanlah.

Janganlah ada Tuan Tanah Kedawung di zaman ini!!!

24 comments:

  1. bonus 10 bulan..... kalau tak silap pegawai2 syarikat astro siap pakai kereta BMW 5-series lagi......

    -Amin-

    ReplyDelete
  2. setaf taraf eksekutif mmg gaji mahal kat sana. belas belas ribu sebulan. even deejay radio dia orang!

    ReplyDelete
  3. Ooooo tu pasal lah..... tapi tak best nya mereka untung hasil menindas pengguna macam kita.... :(

    -Amin-

    ReplyDelete
  4. salam kak jee..morning, betul tu kak, kami pun akan ceraikan astro tak lama lagi, nasib baik kami tinggal di Johor ni dapat menikmat siaran tv s'pore ( 6 atau 7 macam tu) + stesen tv tempatan + indon nya, tapi indon nya ada masa terang, ada masa blurr....

    ReplyDelete
  5. bertuah lah CMG kalau tinggal Johor. Kjee di Taman Melawati tinggal tepi bukit. Kalau tak pasang Astro, tak dapat siaran TV. hmmm kekadang rasa cam duk dalam gua pulak kan?

    ReplyDelete
  6. ssh btl kehidupan skang, masing2 nk kejar untung tnpa fikir ssh senang org lain...klu siaran bagus xpela, memang puas hati..tu belum kira lagi dengan ulangan cerita yang beribu kali sampai dah basi...muak nk tengok..

    ReplyDelete
  7. setuju dengan akak. wujudkan lebih banyak pesaing. baru pengguna tidak ditindas.

    ReplyDelete
  8. salam kak jee..nasib rumah saya x ada astro ..tu pun berebut2 gak ngan anak2 time ada ceta best..huhuhu..

    ReplyDelete
  9. Kak Jee..dulu saya pun langgan astro..tapi bila pindah sana-sini belum la install balik. cadang mmg nak install tapi bila pk bab yuran tu rasa tak berbaloi. lebih baik pasang antenna remote control tu dapat tv1/tv2/tv3/ntv7/8tv & tv9 pun dah kira ok tu pun tak larat nak tgk dah.

    ReplyDelete
  10. SETUJU sanngat ngan Kak Jee... saya pon pernah dapat calll macm kak jee.. tapi ayat tak sama.. cuma cakap kasar giler.. mengalahkan org hutang beribu2... mcm kita ni taknak bayar.. cuma bayar lambat ada la masalah tu kenapa bayar lambat kan.. bukan saja nak bayar lambat... terlambat bayar je.. terus potonggg.. bila sambung tambah lagi RM20.. memg patut ler leh bagi bonus 10 bulan.. crite ulangan tak tahu nak kat ape lahhh... dulu masuk utk yg basic je tak sampai rm50.. kononnnnn.. sekarg bil bulan2 dah dekat seratus... kalu tak kerana susah dapt siaran tak kuasa nak masuk ASTRO nyee.. tak berbaloi.. kalu berbaloi takpe la jugak.. eh terpanjang ler pulak kak jee.. hihiii.. i'm sorryyy.. hehee

    ReplyDelete
  11. saya setuju ngan kak jee...
    sume benda sibuk nak naik harga...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  12. Salam kak jee.Satu tembakan yang tepat dan jitu dari kak jee.Memang terlampau mengambil kesempatan dari org ramai untuk mengayakan diri sendiri atau golongan yang tertentukan?Bayaran yang mahal semata-mata untuk menonton ulangtayang atau iklan.

    ReplyDelete
  13. Betul tu kakjee , saya memang sokong sebab kita dahlah bayar mahal dan kena tonton iklan jika begini baik kita layan tv1,2,3,9,7 FREE lagi.Perlu ada siangan baru servis bagus serta berkualiti dengan nilai yang di bayar berbaloi.

    ReplyDelete
  14. lagi tak berbaloi kalo kita suami isteri kerja so siang takde orang kat rumah.....balik dah senja or malam,boleh tgk sekejap je.....
    betul tu..kalo bayr lambat,terus je potong langsong taknak call tanya (mcm sistem personal loan bank/loan rumah)...bila nak pasang,kene charge lagi....tapi service mcm harammmm.......

    UNIFI dah start buat Hypp TV....tp siaran masih terhad...cuma dari segi gangguan hujan apa semua tu takde la...gambar pon clear...tp kene tunggu banyak skit option siarannya...

    ReplyDelete
  15. Kak Jee...
    saya pulak naik geram baca kisah si ASTRO nih...kenapa jadi mcm tu? Kena buat sesuatu, ni lah kalau dah memonopoli sesuatu tu...pengguna pula tiada pilihan...di Dungun dulu pun, servis selalu tak elok...aiseyyyy...

    ReplyDelete
  16. tu lah silapnya bila diberi kuasa monopoli.. rancangan hampeh! ulang2 (bukan hingga kenyang)hingga muntah!...pengguna patutnya guna kuasa: pakat boikot...

    ReplyDelete
  17. astro memang keji selalu bila hujan tak dapat siaran.

    ReplyDelete
  18. langgan unify kak gee...internet laju...dapat siaran hypptv...ujan tak terganggu pun siaran...cerita pun boleh tahan best...tapi tak sebanyak astro la...yuran pun murah

    ReplyDelete
  19. bab nak pulang refund bkurun kak kita menunggu tp bab potong2 or tambah caj cepat je derang tu

    ReplyDelete
  20. salam, kak jee. kami student2 slalu xdpt coverage TV kat area tertentu even di Shah Alam. pakai unifi, dpt gak tenet. lg jimat!

    ReplyDelete
  21. bg bonus smpi 10 bulan...OMG...
    patutlah depa berani offer farah fauzana smpi
    RM 1 juta...

    ReplyDelete
  22. Kgee,

    Kalau kt uk ada sky tv n virgin.masing2 berebut nk dpt customer.yg seronoknya bila kita call nk terminate,pihak virgin akn pujuk kita tukar offer yg lbh murah.channel oun best gak wpun pakej murah.seoatutnya kjaan benarkn pesaing utk astro supya dia cuak tukar plan.sjk blik dr uk,sya jd xteringin pasal astro smpi jiran heran tgk kami buleh hidup tnpa astro.yg kami buat isi masa lpg dgn online video nyer cete.pd yg both keje lg ksian byr bill utl bibik tgk.betapa ruginya korang!

    Fb fren kgee-tiap2 ari baca coretan kgee.sembur sikit geng astro yg suka ambik untung lbh

    ReplyDelete
  23. salam k.jee patutnyer negara kita yg dah 54 tahun merdeka ni semua tempat dah boleh dapat siaran tv tanpa guna astro x payah guna2 astro, patutnyer antena dah cukup. sy dlu dok rompin pahang pun mcm tu lau x pasg astro nmpk ulat jelah kat tv....sy ingatkn rompin je cam 2 rupanyer kat Tmn melawti pun x dapt juga ... ish3x dasyat tul ek siaran tv kita ni.sy sokong komen yg k.jee di atas memg best lah k.jee

    ReplyDelete