Monday, June 20, 2011

BERITA MEMUALKAN DI PAGI ISNIN!

Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat


MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam.
MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam. 
KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

SELEBIHNYA BACALAH DI METRO.

11 comments:

  1. apa la nak jadi ngan manusia sekarang ni ya K.Jee.
    salam pagi isnin K.Jee.semuga sihat dan gembira selalu ya.mak teh baru lagi disini,dtg sini via mamafami,belum khatam lagi membaca.seronok bila bertandang kesini,menghiburkan.you have a way with words.dulu2 tgk k.jee ditv n paper,tapi la ni dah boleh berhubung pulak,teruja sgt2.bye tata

    ReplyDelete
  2. masyaallah...ape jenis orang smpai macam ni?

    ReplyDelete
  3. - sungguh menghairankan ye...anak yg ditimang2 dr kecil sanggup dibuat begitu rupa...

    - mak nye pulak xkan buat x tahu jek...

    - kot sayang laki jgn le sampai bersubahat gitu...

    - nauzubillahiminzalik...

    ReplyDelete
  4. welcome to my world mak teh. sorry..entry hani mohsein made u cry. sampai hari ini kalau kjee baca pun, kjee menangis.

    ReplyDelete
  5. dunia sudah di akhir zaman ni macam2 benda2 pelik dah jadi tak pelik dah kan kak Jee...
    ringannya hukuman yg di jatuhkan ke atas si ayah yg ibarat haruan makan anak itu.. mana perginya si ibu? dan kenapa si anak boleh diam sehingga melahirkan tiga org anak hasil dari kerja terkutuk itu? Astaghafirullahalazim..

    ReplyDelete
  6. Nauzubillah...
    Takutnya. Tak terkata. Setimpalkah hukuman yang dikenakan?

    ReplyDelete
  7. apalah nak jadi manusia zaman sekarang sehingga hilang rasa kewarasan untuk berfikir yang mana anak sendiri dan bukan anak sendiri. Tidak cukupkan wanita lain diluar sana hingga anak sendiri dijadikan tempat untuk melempiaskan nafsu sampaikan melahirkan 3 orang anak?

    Nauzubillah.........

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. mohon kita dijauhkan dari benda2 seperti ini.. serabut kepala maklong membaca.. huhu..
    kesian nasib anak yang 3 orang tu.. berbapakan datuk sendiri.. ibunya yang juga kakaknya.. fenin2..

    ReplyDelete
  9. Nauzubillah....

    Apa la nak jadi....

    Dunia akhir zaman.... :(

    ReplyDelete
  10. alamak kak jie! dah komen berlambak2 baru perasan tgk APC tu.
    alaaa... boleh ke komen kat sini?
    tapi saya suka penulisan kak Jie. Jatuh ke hati :)

    Pengalaman dan resepi tu mahal! tak dapat kat kedai .. sekadar nak berkongsi. Harap kak jie tak kisah lah ye ;)

    ReplyDelete