INGATKAN drama, rupanya cerita betul. Tentu ramai terkejut dengan kisah pelakon baru, Nur Fathia Abdul Latiff yang mengamuk di lokasi ‘Stanza Cinta” sehingga membaling telefon bimbit kepada pengarah. Ini kerana dia bukan saja dilihat sebagai pelakon yang masih hijau, bahkan sangat bertentangan dengan wajahnya yang nampak lembut, tetapi cepat baran.
Malahan, jawapannya dalam menjelaskan kejadian baling telefon itu agak samar-samar saja bunyinya dan bercanggah pula.
Kata Fathia dia tidak ada niat langsung untuk mengamuk dengan sesiapa, apatah lagi Along adalah pengarah yang dihormati. Dan dia juga dilaporkan berkata, insiden itu berlaku spontan apabila telefon bimbitnya terlepas dari tangan dan tercampak k arah orang lain.
Saya susah nak membayangkan macam mana, tapi budak Fathia ni kata masa itu dia agak tertekan untuk bawa watak yang diberikan dalam drama yang juga dijayakan Aaron Aziz dan Jalaludiin Hassan..
Tapi eh, tunggu dulu, dalam pada itu, pelajar jurusan undang undang ni rupanya tak stabil emosi juga selepas terima panggilan peribadi yang buat dia nyaris-nyaris jadi hulk, lalu berlakulah kejadian membaling telefon.
Ohh, bukan ini babak dalam drama ke? No, no, ini cerita betul, budak pelakon baru yang belum setahun jagung ini memang dilaporkan mengamuk tapi nasib baiklah pengarah Along Kamaluddin itu maafkan dia. Iyelah, kalau saya jadi Along pun saya akan kata begitu, sebab saya mahukan dia habiskan kerja lakon, kalau tak kerja tak siap. Kalau tak siap, atau kalau pelakon dah tertekan sesangat, langsung tak datang shooting, habis, aniaya…sapa nak tanggung rugi?
Kejadian mengamuk di lokasi, bukanlah satu perkara biasa apatah lagi melibatkan pelakon-pelakon baru. Bahkan, pelakon lama sekalipun jarang sekali berlakuan begini, apatah lagi mengamuk dengan membaling telefon kepada orang lain!
Dan, lebih tidak sedap lagi si artis berwajah lembut ni kata kejadian itu bukan perkara besar pun. Alamak, kau sudah tunjuk angin satu badan, baling telefon pada orang dan kata itu bukan benda besar?
Maka, saya cadangkan selepas ini semua pelakon dan pekerja di lokasi kena pastikan ada insurans! Atau mungkin budak Fathia ni tak salah, manalah tahu, kot kot yang salah makanan yang disajikan di lokasi itu yang punya angkara. Manalah tahu. Sebab ada kalanya makanan juga merangsang emosi, manalah tahu!
Tapi apapun, kepada budak Fathia ni, tolonglah bawa banyak bersabar, kawal emosi, belajar beristighfar.Sebab, alahai, macam mana nanti apabila jadi peguam kalau emosi tak stabil itu tidak boleh dikawal?
Huru haralah mahkamah nanti. Kalau baling membaling ini dianggap benda kecil, susah nak bayangkan apa benda yang besar agaknya? Bayangkan kalau yang dibaling itu telefon bimbit tahun 80an yang sebesar anak lesung, melayang di kepala??? Adoi, pecah bersepai kepala!
Pada masa yang sama, dalam lama twitter beberapa hari lalu, Aaron Aziz telah mentwit tentang pelakon baru yang menyusahkan orang lain…melibatkan Datuk Jalaluddin Hassan juga. Aaron menghantar twiiter itu sebagai melepaskan rasa tidak puas hatinya, tapi tidak disebut siapa nama pelakon yang dimaksudkan.
Lalu, saya terfikir, apakah dua kejadian ini ada kaitannya? Manalah tahu, kan.
meluat aku baca jee, artis artis baru ni harapkan muka je lawa tapi perangai macam haramjadah, kan aku dah geram. kalau pakai baju tak tunjuk tetek, tak tunjuk perut dan segala yang boleh ditunjuk tak sah.
ReplyDeletesalam kak jee,hangin betul budak tu ya,tapi kalu pelakon berbakat macam kak OG Ahmad daud buat macam tu,agaknya kecoh 1 dunia,tapi kalau pelakon2 baru yang bakatnya habuk pun tarak,buat apa pun semua cantik kan???Apa pun cakap pasal telefon besar batu lesong tu .ros memang nak tergelak sebab dulu hubby pun ada 1,company bagi.memang macam batu lesung,berat kot..
ReplyDelete