Friday, June 17, 2011

CUCUR UDANG VERSI BONDA




Apabila merindu masakan arwah bonda, maka tetiba teringin nak masak apa yang beliau selalu hidangkan untuk Kjee dan adik2. Mak ni jenis sempoi. Apa aje depan mata dia main cekup dan buat. Tak kisah lah cukup bahan ke tidak. Kalau tekak dia dah rasa nak makan, dia akan buat.

Itulah sifat2 arwah mak yang Kjee warisi. Kjee masak tak ikut buku atau kata omputih follow by the book. Main hentam saja. Janji hasilnya boleh makan dan sedap. Tak perlu pening kepala fikir...'karang kalau aku masak tak
sedap sebab bahan tu atau ini, tak ada'.

Heran jugak Kjee. Walaupun bahan2 yang dibubuh arwah mak kekadang tak lengkap, tetapi setiap kali dia masak, mesti sedap. Itulah bezanya kalau kita masak dengan penuh iklhas dan kasih sayang,

suruh snowy halau lalat masa mama nak amik gambar cucuq. hehehe
Cucur udang ni Kjee buat empat hari lepas. Ntah kenapa gambarnya tak berapa lawa. Masa tu dah dekat nak buka puasa. So bila gambar tak lawa, macam tak ada mood aje nak tayang.

Tapi dek kerana sejak semalam sibuk dan tak ada masa nak masak apa2, bubuh sajalah entry ini. Bukanlah niat Kjee, asal ada saja. Tapi rasa2nya bolehlah masukkan entry Cucur Udang versi Bonda ni. Sosnya Kjee main taram je guna sos cili Thai Linghams yang pedas kaw kaw tu. Kalau arwah bonda dia tumbuk cili merah campur seulas bawang putih, bubuh cuka dan gula.

Maaflah. Untuk resipi ni tiada sukatan. Kjee lupa nak sukat. Main hentam saja. Tapi Kjee yakin korang tahu nak adjust kan.

CUCUR UDANG

tepung gandum
udang (dibuang kulit)
segenggam taugeh
10 helai daun kucai
1 biji telor
air
garam
secubit serbuk kunyit

CARA:

Bubuh tepung dalam besen. Buat lubang ditengah2 (make a well in centre). Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan dibubuh garam secukup rasa. Kacau guna whisk sambil masukkan air perlahan2 hingga kecairan sama macam hendak buat roti jala. Masukkan serbuk kunyit dan rasa garamnya. Kemudian masukkan taugeh dan kucai yang telah dipotong pendek2 kira2 ½ inci. Gaul sampai rata.

Udang dibuang kulit dan dicuci bersih dan toskan.

Panaskan kinyak dalam kuali sehingga panas. Kaup sesenduk bahan tepung tadi, bubuh 1 atau 2 ekor udang ditengah2 senduk dan masukkan dalam kuali. Susun udang itu biar duduk elok di tengah2. Gunakan api sederhana. Buat sampai habis. Kalau hendak cucur garing dan ranggup, api mesti sederhana. Seringkali dibalik2kan.

Makan dengan sos cili. Kalau nak buat sos sendiri, tumbuk dua atau tiga biji cili merah bersama satu ulas bawang putih. Masukkan dua sudu besar cuka dan 1 sudu besar gula. Bubuh jugak sedikit garam kalau suka. Gaul.


7 comments:

  1. lama dah ita tak makan cucur udang.. tengok kak jee buat ni meleleh2 aje air liur..
    ni kalau suami ita nampak mesti dia suruh ita buat.. dia pun suka cucur udang..

    betul kan kak jee.. mak ita pun kalau masak ikut rasa dia aje... bahan2 pun apa aje yg ada kat dapur tapi hasilnya mmg sangat sedap! itulah kelebihan mereka...

    ReplyDelete
  2. comelnya kucing kak jee..ni kalo anak saya jumpa ni mesti kena gomol.. :)Azlinda

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. k jee..kuih ni bkn ke btk dia mcm kapal angkasa tu..bulan puasa selalu de org jual..suzi fauzi

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum akak...
    wah nmpk sedap cucur udang tu akak... teringin plak nak makan..

    ReplyDelete
  6. kak g..cucur udang arwah mak kak g..sma mcm mak sya slalu buat...mmg sdp...mak sya pun org teluk intan (selekoh)....

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,
    sekali tengok mcm knal. 2x tengok mmang sah selalu tngok dlm TV.sbenenonya tngah saya tengah cari resepi keropok yg garing dlm pasembor mamak tu tapi tak jumpa.

    ReplyDelete