Kjee selalu makan lauk ni tapi tak percaya buat. Pelikkan, menu semudah ini? Tapi untuk berbuka puasa semalam, Kjee cubalah buat. Inilah lauk pilihan kami bertiga kalau pergi makan di gerai orang Kelantan yang jual Nasi Dagang dan sewaktu dengannya untuk bekfas.
Tapi heran bin ajaib. Kenapa hasil daging kunyit yang Kjee buat semalam tak sama rupanya dengan yang kami makan selama ini? Bezanya cuma pada rupa tapi rasa ngam pulak.
Mungkin Kjee jer rasa lain. Kjee tengok tangan Nadia dan Unclepali tak henti2 mencapai masa makan. Okaylah kot.
Kerana Kjee hari ni masih dalam mood bersedih dan berkabung, tak naklah bebel banyak2. Jom kita tengok resipinya.
BAHAN2NYA:
300 gms daging batang pinang (kalau daging lain rebus sampai lembut)
2 labu bawang besar (mayang bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu kunyit serbuk
2 biji cili merah (dihiris)
kacang panjang (potong kira-kira 1 inci)
garam secukup rasa
CARA:
Daging dihiris dan diperap bersama kunyit dan garam selama kira-kira setengah jam. Goreng daging seketika pastu tambahlah sedikit air dan masak hingga daging lembut. Kalalu daging dah direbus dan lembut, goreng hingga daging garing2 manja gitu. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan kacang hijau. Setelah kacang panjang setengah masak, padam api.
Itu cara Kjee buat. Selamat mencuba.
antara menu fav E-na ni...senang dan sedap di mkn!
ReplyDeletemenarik dan tertarik.... tapi sayang masih dalam pantang.... x boleh makan daging..... huhuhu
ReplyDeleteliza: dalam pantang tak boleh makan daging? isyhh x pernah dgr pun.
ReplyDeletekjee bkn pntang bersalin..... hehhee pantang sakit lain....
ReplyDeleteafiq suka daging atau ayam goreng kunyit. aku pun selalu masak ni.
ReplyDeletekak jee...kak jee letak minyak tak?kalu nak garing ncantik..pas air daging kering,tarok minyakskit..pastu baru masukkan bawang n semua2 bahan lain..tu la yang jadi sedap..style kelantancamtuhla...
ReplyDeletemula2 kjee goreng separuh masak, pastu terus bubuh air, keringkan air tu. minyaknya masih banyak.
ReplyDeletesalam kak jee
ReplyDeletejust nk share cara org klate buat lauk ni
daging dipotong,gaul garamkunyit,campak dlm kuali dan biarkan sampai airnya kering,pastu baru masukkan minyak..jngn banyak sangat,just cukup2 mcm buat telur mata kerbau tu jer(bkn deep fry),kacau seketika,pastu baru masukkan bwg,cili dan kacang..tu jer.daging kena yg lembut,baru sedap.klu org klate dia goreng daging lembut yg ada lemak tk hancur utk resepi nih...selamat mencuba semula..norma,kuantan(asal klate deh...ha..ha..)
terima kasih norma. lain kali cuba cara awak tu.
ReplyDeleteterima kasih semua. my hubby memang suka lauk ni tapi saya tak tau camne nak buat. nasib baik come across k.jee nye blog. It looks so simple n nice. Akan cuba secepat mungkin.
ReplyDelete