Sunday, June 19, 2011

DAGING MASAK KURMA



Ada banyak cara orang masak lauk Kurma. Kjee ada cara Kjee sendiri yang sudah bertahun Kjee buat. Rasanya macam masak Kurma so Kjee pun panggillah nama yang sama.

Cara masaknya sikit lebih kurang macam kari cuma guna rempah kurma dan Kjee bubuh yogurt. Orang dulu2 panggil tairu. Kjee guna natural yogurt jenama nestle. Senang citer.

Oleh kerana hari ni sibuk sangat dan Kjee dan cepat, jom kita tengok resipinya.

BAHAN2NYA:

½ kilo daging batang pinang (Kalau guna daging biasa rebus sampai lembut. Simpan air rebusan)
2 labu bawang besar ( 1 dibelah 4 jangan sampai putus)
3 ulas bawang putih
2 inci halia
4 sudu besar rempah kurma
½ cawan santan (Kjee guna susu rendah lemak)
3 sudu besar natural yogurt nestle
1 kayu manis
2 buah lawang
1 biji kentang (belah empat)
2 biji cili hijau dibelah jangan putus

CARA:

Bawang besar (sebiji), bawang putih dan halia ditumbuk hingga lumat. Daging dipotong ikut suka dan toskan. Kalau daging biasa, rebus sampai lembut.

Tumis bahan2 tumbuk bersama kayu manis dan bunga lawang sampai wangi. Masukkan rempah kurma, goreng seketika hingga wangi. Masukkan kira-kira setengah cawan air atau kalau direbus dagingnya, guna air rebusan itu. Kacau dan biarkan mendidih.

Kemudian masukkan daging dan kentang. Masak sampai daging kecut. Kemudian masukkan santan (susu rendah lemak) dan juga yogurt.

Kalau perlu ditambah lagi air untuk kuah yang secukupnya. Biarkan mendidih dan daging serta kentang empuk. Rasa garam dan jika mahu letak secubit aji. Biarkan mendidih dan campakkan ke dalam periuk 1 labu bawang besar yang telah dibelah empat. Jangan bagi putus. Sebelum padam api, masukkan dua biji cili hijau.

Itu jer. Kjee tak suka tomato so tak bubuh. kalau nak bubuh ikut suka. Kurma ayam juga boleh dibuat guna proses sama. Resipinya klik sini.

9 comments:

  1. Assalamualaikum akak..
    wah sedapnya daging masak kurma tu akak... nak ckit... ;)

    ReplyDelete
  2. En AHBY, suami saya orang Muar dan sgt suka makan kurma. Mesti try resipi akak ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Saya nak cuba ni untuk raya Kjee..Thanks ;)

    ReplyDelete
  4. terima kasik Kjee bagi resepi kurma daging.saya mesti cuba sebab sebelum saya masak kurma yang best sangat.

    ReplyDelete
  5. asal bawang besar tu belah 4 xleh putus?

    ReplyDelete
  6. boleh masak kat anak saya yng dh suka makan kurma,terimakasih ye for sharing

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak Jee..

    Semoga Kak Jee sentiasa berada dalam lindungan Allah swt.

    Nak tanya kak jee.. Kalau tak ada yogurt, nak ganti dengan apa ye?

    ReplyDelete
  8. Utk ganti yogurt Kjee guna susu cair yang telah diletak jus limau nipis.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih...diatas perkongsian resepi..
    Saya nak cuba..sbb keluarga suka kurma daging

    ReplyDelete