Tuesday, June 28, 2011

GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG



 Hari ini dalam sejarah! Inilah masakan gulai tempoyak Kjee yang pertama walaupun dah lebih 5 dekad dilahirkan ke dunia ini! Malu ke? Tak malulah. Buat apa nak malu. Baik terus terang jer yang Kjee memang tak pernah ataupun pandai masak gulai ini. Selalu makan je kat kedai.

Malah, Unclepali sanggup drive ke Temerloh sekiranya Kjee atau Nadia teringin makan gulai tempoyak ikan Patin. Dia tak makan ikan patin sebab dia kata hanyir. Unclepali sebenarnya tak makan ikan sungai. Ikan lain tak kisah.

Tadi Kjee telefon mak mertua di kampung ucap terima kasih bagi sebalang besar tempoyak. Actually dia yang telefon. Kjee ambik telefon dari Unclepali untuk sembang ngan Mak mertua. Dia kata kenapa tak masak guna ikan patin. Apabila Kjee beritahu anak bongsu lelaki tunggalnya tu tak makan ikan sungai, mak mertua Kjee ketawa berdekah2.

Ujian pertama Kjee masak gulai tempoyak ala Pahang lulus...dapat A+ kata Unclepali. Ewah. Kalau suami sendiri tak kata sedap, sapa lagi kan? Tapi korang jangan terkejut tengok ada bendi kat dalam pinggan gulai tu. Memang Kjee bubuh bendi walaupun sepatutnya bubuh timun tua. Ah kita yang buat dia!!

Alamak lupa lak. Nak ucapkan ribuan terima kasih kepada geng Kongsi Resipi yang ajar buat gulai tempoyak ala Pahang ni. Kjee memang tahu resipinya tetapi selama ini tak pernah buat hingga ke hari ini.

Tadi, oleh kerana pukul 2 tengah hari baru siap masak, Kjee pun tak buatlah lauk lain. Unclepali macam biasa goreng ikan kembung pelaling untuk dia dan kucing2nya.

Pastu Kjee bakar terung sebab Kjee intai malam tadi dalam fridge ada banyak terung kontot. Semalam pun Kjee beli lagi. Kjee bakar biasa jer. Belah dua panjang2. Bubuh minyak zaiton sikit atas kuali leper dan bakar atas gas. Unclepali lak tumbul cili api nak buat sambal mentah tempoyak.

Ahlamdulillah kenyang kami suami isteri makan tadi. Nadia balik petang ni mesti terus ke dapur sebab gulai tempoyak favorite dia. Jomlah kita intai resipi yang Kjee buat tadi.

BAHAN2:


 6 ekor ikan kembung
1½ senduk nasi tempoyak
cili api (ikut suka)
3 batang cili hidup (ikut suka)
sedikit kunyit hidup
bendi (optional)
2 asam keping (kalau tempoyak dah masam tak payah bubuh)
daun kunyit/daun kesom
2 batang serai

CARA:

Ikan disiang dan dibersihkan. Tumbuk cili api, cili merah dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk dan bubuhlah air ikut suka banyak mana nak kuahnya. Apabila mendidih, masukkan tempoyak dan kacau jangan bagi tempoyak bergentel. Apabila mendidih, masukkan daun kesom dan daun kunyit (dicarik2) serta ikan kembung. Masukkan juga bendi jika guna. Didihkan perlahan dan rasa. kalau cukup masam, tak perlu bubuh asam keping. Tadi gulai Kjee kurang masam so Kjee bubuh 2 keping asam keping dan juga garam. Tunggu sampai bendi empuk, padam api.





16 comments:

  1. AS SALAM...telioqnyaaaaaaaaaaaa, klu pregnant jenuh niii....rasa mcm dok dlm mulut dah pun ada

    ReplyDelete
  2. salam k.jee wa..a..a..h tengok je gulai tempoyak ikan kembong k.jee bikin perut ku jd bertambah lapar ni... emmm enak betul ya pemandangan menu itu,, huhuhu....

    ReplyDelete
  3. nak cubalah kak jie saya pun x makan ikan sungai samalah ngan suami kak jiee n tak tau lak leh buat pakai ikan biasa niee nanti saya nak cuba

    ReplyDelete
  4. dap er k.gee...tumpang semangkok

    ReplyDelete
  5. nape kjee suka buat orang terliurrrr....! adehhh (^_*)

    ReplyDelete
  6. Jee try masak gulai tempoyak cara perak pulak yee..gerenti xmenyesal dgn kesedapannya...

    ReplyDelete
  7. hehehe lima dekad kot kak jee
    lima abad rasanya ancient sgt plak
    anyway suka semua masakan kakjee
    untung anak dan hubby

    kc

    ReplyDelete
  8. heheha lima dekad...kalau abad dah jadi century kahkahkah

    ReplyDelete
  9. Hari tu dah tergoda dengan sayur campur, ni digoda pula dengan lauk tempoyak... aduhai sungguh menyiksakan...

    ReplyDelete
  10. Kak Jee...tak kisahla lima dekad ke ..berapa lama ke...tapi menu ni mnyelerakan sungguh...perut jadi lapo balik...walaupun dah makan...he he :)

    ReplyDelete
  11. kakjee...dh jadi lauk tempoyak tu...tergoda,esok nk buat la,ada stok tempoyak dlm fridge tu...

    ReplyDelete
  12. perghh...sedap tu kak jee...ni kalau nak diet mesti tak menjadi punya..bertambah2 nasik ni..belum makan lagi tempoyak kacau...boleh pengsan..

    ReplyDelete
  13. hahahahaha....sama la kita kak jee...sy pun x pernah masak2 mcm ni... sedapnya...
    menu buka pose hari ni, sy nk try resepi kak jee lah...hihihihi

    ReplyDelete
  14. memang best & terbaik :) antara hidangan peberet ni

    ReplyDelete