Sunday, June 26, 2011

JAGA SENSITIVITI BILA BERLAWAK

gambar ehsan mStar
 Kjee tidak berniat untuk menyentuh kemenangan kumpulan Sepah dalam rancangan Maharaja Lawak. Tetapi Kjee tujukan nasihat ini bukan sahaja kepada Sepah tetapi juga pelawak2 tanahair yang lain. Sekiranya hendak buat lawak, jagalah sensitiviti orang sekeling anda. Mungkin lawak itu tidak sesuai untuk semua peringkat usia dan sebagainya.

Ustazah Siti Nor Bahyah - ehsan google
Menjadi pelawak tidak memberikan anda lesen 'Agung' untuk berbuat apa yang anda suka. Nabil pernah dihentam apabila dia mempersendakan perempuan yang bertubuh besar atau dalam kata lain gemuk, dalam satu persembahannya ketika Hari Setiausaha, baru2 ini.

Melawak mempersendakan orang, sudah menjadi lumrah dikalangan pelawak2 tanahair sejak dari zaman Jamali Shadat, A R Badul, Yahya Sulong dan R Jaafar, sekadar menyebut beberapa nama.

Bagaimanapun, lawak kumpulan Sepah dalam rancangan Maharaja Lawak baru2 ini, mungkin tidak tidak disedari ramai. Mereka telah mempersendakan, seorang tokoh Agama popular iaitu Ustazah Siti Nor Bahyah. Mulanya, ketika mucul sahaja watak yang dibawak oleh salah seorang anggota kumpulan itu dengan memakai tudung, Kjee pun turut ketawa.

Cara penyampaiannya  membuat semua tahu dia meniru cara Ustazah Bahyah ketika memberi ceramah. Bagaimanapun, he got carried away. Dia keluarkan CD dan menyanyi dan menari. Kjee amat terkejut. Kjee rasa ramai yang tersinggung, Apatah lagi si empunya badan, seorang Ustazah yang sangat dihormati ramai!

Sebelum ini, kumpulan Sepah ketika beraksi dalam Maharaja Lawak, turut mendapat 'teguran' sebilangan kaum wanita terutama sekali apabila mereka berlawak dalam segmen wanita hendak bersalin. Kjee ingatkan teguran dan bantahan kaum wanita itu sampai ke telinga mereka, lantas mereka lebih hati2. Bagaimanapun, itu tidak berlaku.

Kumpulan Sepah harus mengambil ikhtibar daripada keterlanjuran mereka. Mungkin mereka harus meminta maaf kepada Ustazah Bahiyah secara terbuka.



Selain kumpulan Sepah, Kjee juga perasan satu lagi kumpulan iaitu Balas juga seringkali membuat lawak double meaning. Mereka harus menyedari Maharaja Lawak bukan sebuah rancangan 18SX. Yang menontonnya pasti ramai kanak2 bawah umur.

Jadi, sebagai seorang penonton, ibu dan penulis yang dah berkarat otak, Kjee harap2 kumpulan lawak tanahair akan mengambil ikhtibar dari teguran Kjee ini. Seandainya ada yang tersinggung, sebesar kuman pun Kjee tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa.





7 comments:

  1. betul tu Kjee. Saya pun sokong kata2 Kjee yang sensitiviti masyarakat kita perlu dijaga....walaupun lawak sahaja tapi ia membabitkan penonton kanak2 yang menontonnya..nanti susah ibu2 utk mengexplainkan benda2 ni semua pada anak2. Namun begitu tahniah ditujukan pada SEPAH ni..anda memang gila3...

    ReplyDelete
  2. maaf kata, saya belum jumpa pelawak melayu yang bijak. mempersendakan orang lain bukan lawak.

    ReplyDelete
  3. Pelawak kita ketandusan idea sebenarnya. Contoh yg paling dekat ialah Nabil. Dulu time raja lawak, sy memang suka tgk sbb idea lawak dia segar. Skrg, nak tgk segmen dia kat maharaja lawak pun saya segan, sy takut lawak yg dipersembahkan tak menjadi. Sy sokong Kjee, lawak Balas mmg double standard, dari raja lawak sehinggalah skrg. Sepah & Jozan pun sama. Jambu, lawak mereka kasar... Tapi persembahan Jozan sebagai host dlm Raja Lawak, saya mmg suka...

    ReplyDelete
  4. kak Jee..
    saya sangka JAMBU at least boleh menang...Nabil punya lawak 'out' tapi dapat tempat ke-3...kesian kat JAMBU. Walaupun keputusan JURI muktamad, tapi tetap nak JAMBU menang...huhuhu

    ReplyDelete
  5. kjee... lain pulak saya ni...
    kadang kadang saya rasa Ustzah ni terover sikit..ada masa nya saya tak suka melihat gedik manja dia dengan suami dia..yelah..kalau nak manja2 ni balik rumah je lah....
    Elok jugak sesekali ada pelawak tegur dia...sekurang2 nya biar dia tahu bila ada orang melakon kan watak dia macam tu.
    Dalam bab dia menari tu dan menyanyi tu, hahaha...alahai..kita pun tahu tak kan dia nak buat macam tu lak...

    apa apa pun , saya suka Sepah dan kjee...

    ReplyDelete
  6. bukan senang jadi pelawak, serba serbi orang pertikaikan....
    mungkin Sepah tidak berniat apa2, sekadar utk hiburan.
    sbnrnya saya belum tengok lagi....

    ReplyDelete
  7. jee aku sokong juga apa yang Ezza tulis tu, bukan apa kadang kadang cara ustazah bahyah tu nampak berlebih lebih lah.

    aku pernah baca dalam majalh jelita dulu, wartawan tu cakap ustazah bahyah mempelawa mereka kerumah baru dia untuk dimasukkan kedalam majalh jelita pada aku sebagai orang yang di panggil ustazah tak sesuailah dia nak mempromosi rumah baru dia sendiri dgn memanggil wartawan untuk mengambil gambar rumah dia.

    lainlah kalau wartawan tu yang hendak kan rumah dia masuk majalah kan. aku lebih suka dr mashita ibrahim bila dia bercakap cara nya tak berlebihan, tapi ini pendapat aku je.

    ReplyDelete