Saturday, June 11, 2011
Home »
Info Berguna
» Khasiat Terung Pipit Atau Terung Rimbang
Khasiat Terung Pipit Atau Terung Rimbang
Ramai anak2 muda sekarang tak kenal apa itu terung pipit atau nama saintifiknya Solanum Torvun. Orang Minang panggil Terung Rimbang. Patutlah banyak restoren Minang ada jual gulai atau sambal kering bubuh terung pipit. Memang makanan dia orang.
Kjee pun baru saja kenal terung pipit ni. Maklumlah kalau dilahir dan dibesarkan di bandar seperti Kuala Lumpur, mana nak kenal. Malah Kjee dah kerja baru kenal macam mana pokok durian, pokok manggis, langsat dan yang sewaktu dengannya. Selama Kjee kecik, kebun atau dusun Kjee hanyalah pasar chow kit yang "berbuah tak kira musim".
Tadi Kjee surf internet dan jumpa lah info dibawah ni. Kalau tak puas baca, sambunglah dengan membaca blog berkenaan dengan link yang Kjee sertakan.
Ini yang Kjee copy paste.
Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.
Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.
Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.
Nak baca lebih lanjut klik sini
Gambar ehsan google
Related Posts:
JOM PROJEK BERSIH MEMBERSIH AKA SPRING CLEANING innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0… Read More
LAGI PENIPUAN CANGGIH SETELAH HACK EMAIL ACCOUNT Salam semua. Apa yang Kjee nak paparkan dalam entri ini sebenarnya pernah Kjee dapat tahu tahun lepas. Tetapi masa itu, ia tidak terjadi kepada Kjee tetapi seorang sahabat yang menetap di London. Kononnya, seorang pensyarah… Read More
BOLEH PINJAM PTPTN TANPA BAYAR BALIK. CAMNER? Nadia masa terima diploma dulu Masih lagi berbicara mengenai topik PTPTN. Kali ini Kjee nak ajar (ewah) semua, tak kisah mahasiswa, bakal mahasiswa dan jugak ibu bapa, mengenai cara2 untuk belajar dengan pinjaman PTPTN d… Read More
HARAP MAAF EHSAN GOOGLE Salam semua. Kjee minta maaf kerana tak update blog sejak beberapa hari lepas. Kjee tak sihat sejak awal pagi Isnin. So kalau dah sihat nanti, kita bertemu lagi yer. Terima kasih kerana sudi jenguk blo… Read More
KENA TANGKAP ~ DENDA RM2,000 DAN/ATAU 6 BULAN PENJARA Mahkamah Halang Penganjur, Orang Awam Memasuki Dataran MerdekaKUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka pada hari Sa… Read More
kalau kita makan direstoran di indonesia terung rembang ni dia orang buat ulam, sedap sangat kena pulak dgn sambal mangga memang mak mertua lalu belakang kita tak nampak.
ReplyDelete