Saturday, June 25, 2011

PERIA KATAK GORENG GARING





Kjee tak pernah goreng peria katak di rumah. Selalu makan di kedai mamak atau restoren nasi daun pisang. Tapi pagi tadi apabila Kjee selongkar fridge jumpa pulak 5 biji peria yang dah tak berapa segar. Dah seminggu Kjee beli.

Kerana nak selamatkan peria ni, Kjee pun hiris, suruh Nadia buang bijinya dan bubuh kunyit dan garam. Lepas tu goreng garing2. Ingatkan tak lakulah masa berbuka puasa tadi. Hmmm itu yang habis dulu.

Sedap dan tak pahit. Lain kali nak beli lagi dan goreng. Elok makan peria ni. Ada anti oxidant. Pencuci darah. Tapi kalau sanggup, makanlah mentah. Buat ulam makan dengan sambal belacan.

Korang pernah minum teh peria? Omputih panggil bittergourd tea. Sedap dan segar. 







Related Posts:

  • Terung Udang Kering Pedas Pembuka Selera  Ini salah satu lauk kegemaran Kjee bila berbuka puasa. Sedap babe makan dengan nasi panas2. Kjee buat bubuh cili api je sebab tu warna dia tak menarik. Kalau campur cili merah cantik sikit kan? Ah peduli apa cantik … Read More
  • 266. Jering Tua Masak Lemak Pedas Jumpa jering bentuk heart Hari ini setelah banyak kali tunda, akhirnya Kjee berjaya jugak beli jering tua (orang jawa panggil jengkol)  dan masak lauk kegemaran kami sekeluarga. Selalunya kalau makan kat kedai M… Read More
  • KACANG BOTOR GORENG BELACAN Ada orang panggil kacang botor, ada kata kacang botol sementara omputih panggil four angled beans. Apapun nama yang dia orang panggil, ia tetap sejenis sayuran dari keluarga kekacang, yang sedap digoreng, dibuat kerabu … Read More
  • 163. Ikan Siakap Berlado Thai Hari ni. for lunch Kjee masak ikan siakap berlado Thai. Apa hal lak berlado Thai? Masak berlado kan masakan Minang? Hehehe saja Kjee nak bagi rasa Asean pulak kali ini. Kjee bubuh daun limau purut yang Kjee ricik halus. Sed… Read More
  • 161. Kuchai Goreng Telor Ini adalah menu sayur yang sangat disukai adik beradik kjee masa kami kecik2 dulu. Arwah mak memang pandai pelbagaikan masakan beliau sehinggakan bila beliau tiada, kami terasa kehilangan yang amat2 besar. Bukan sahaja … Read More

9 comments:

  1. Tengahari semalam bini aku pun goreng peria katak gak. Dia taruk tepong sikit. Memang sedap, pahit pun sedap. Semalam kita org ratah tu je dgn tempe goreng. Aku nak diet jee. so dia tak bagi aku makan nasi tapi suruh aku ratah dua benda tu. Jadilah. Dia pun kata peria bagus. Ada pompuan india dia jumpa kat giant hari2 mkn peria. Umur dah 50an tapi nampak 40an.

    ReplyDelete
  2. kak jee.. maklong goreng peria ni celup tepung..
    jadi rangup sangat.. macam keropok..
    untuk minum petang.. bukan untuk makan dengan nasi.. memang sedap..!!

    ReplyDelete
  3. Sedap ye kjee...tak pernah lg makan peria katak goreng gini..dia x lembik ye kjee?next time leh laa try

    ReplyDelete
  4. kat rumah ade peria ni...nak try buat la kakak=)

    ReplyDelete
  5. peria goreng garing ni peberet saya kak jee selalu wat tapi saya sorang lerr yg makan hehehe

    ReplyDelete
  6. buat sendirlah mala. tak susah pun.

    ReplyDelete
  7. saya selalu makan mentah je, x da idea nak buat cenggini. OK, thanks kjee, ada gak variety peria katak ni yek..zumaira

    ReplyDelete