Friday, June 10, 2011

Sambal Sotong Bersama Terung Pipit






Menu ni Kjee buat hari tu tapi gambar dia bila Unclepali transfer dari camera ke pc, terus hilang. Rupa2nya bukan hilang tapi dia menyorok. Malam tadi gambar ni keluar dari persembunyiannya.

Nampak mengancam kan? Kjee guna sotong yang besar. Sebab itu isi dia nampak tebal. Terung pipit Kjee kutip masa pergi Branang hari tu. Punyalah banyak pokoknya tumbuh meliar tepi jalan. Tapi ada hati Kjee nak mengaku petik, sebenarnya Kjee dera Unclepali suruh petik. Biasalah kan. Hehehe

Terung pipit tu kena celur dulu sebelum dimasukkan dalam sambal. Kalau tidak, ianya keras sangat. Tapi setelah dicelur, kaler jadi lebam pula. Ala bila dah masuk dalam sambal, taklah ketara lebam sangat kan.

Cili untuk resipi ni Kjee guna cili serbuk Babas sebab hari tu malas nak kisar cili kering. Nampak jer merah menyala tapi sebenarnya, tak pedas pun. Ntahlah mungkin masuk tekak Kjee tak pedas kot. Kaler memang lawa. Lain kali nak campur cili kering kisar dengan serbuk cili ni kan.

Okay jom kita tengok resipinya.

BAHAN2NYA:
 3 ekor sotong (segar dan besar)
¾ mangkuk cili kisar (Kjee guna mangkuk tauhu faa yang bulat tu)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan (optional. ada orang tak suka bubuh)
terung pipit (dicelur. ikut suka banyak mana)
½ cawan air asam jawa
minyak untuk menumis

CARA:

Sotong dibersihkan, dipotong bulat2 kira2 1 inci. Toskan airnya. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan belacan (jika guna). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng hingga terbit minyak. Guna api sederhana.Apabila cili sudah cukup garing, masukkan sotong. Masak hingga sotong kecut. Kemudian masukkan juga terung pipit dan garam, juga sedikit gula. Kalau nak bubuh pak aji pun boleh. Kacau hingga sekata kemudian baru masukkan air asam jawa. Didihkan seketika, kemudian padam api. Air asam jawa diletak terakahir kerana jika bubuh terlalu awal, sotong akan menjadi liat.

5 comments: