Monday, June 13, 2011

SAMBAL TUMIS IKAN PARI KERING




 Ramai mungkin tidak sedar ikan pari kering yang masin tu cukup sedap kalau dibuat sambal tumis. Masa Kjee mengandung Nadia dulu, boleh dikatakan tiap2 hari mesti nak pekena sambal ini selain daripada laksa buyong. Kalau tak dapat, mulalah tak senang duduk.

Nasiblah masa mengandung Nadia, tekak nak makan lauk pauk yang mudah dapat dan murah. Kalau tidak, besar masalahnya. Macam mengandung abang dia pulak Kjee nak makan telor penyu. Masa itu bukan senang nak dapat. Tapi dapatlah juga rasa.

Okay berbalik kepada ikan pari ini, Kjee beli jenis yang leper yang macam bentuk kipas tu. Tak susah nak mencarinya kerana boleh didapati di banyak pasaraya. Kjee beli ini masa balik dari Kuantan dulu. Singgah di kedai Cina tepi jalan yang jual banyak ikan masin dan sotong. Murah jer. Jual dalam peket.

Kalau nak buat sambal, ikan pari kering ni kena goreng sampai garing macam keropok. Terserahlah nak potong kecik2 ke atau dibiarkan dalam bentuk asalnya. Masa menggoreng, api mestilah sederhana. Dan masa nak masukkan ikan kering tu ke dalam dalam minyak, minyak mesti betul2 panas.Cara itu barulah ranggup dan garing.

Cara buatnya samalah macam buat sambal tumis. Ini resipi Kjee.

 BAHAN2NYA:

Cili kering kisar (ikut kepedasan yang suka)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
ikan pari kering (ikut suka banyak mana)
minyak
sikit garam
secubit pak aji atau gula
asam keping

CARA:

Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga halus. Tumis hingga wangi. Masukkan cili dan goreng sampai terbit minyak.Masukkan sedikit air dan biarlah masak lagi hingga betul2 mask dan garing. Bubuh garam, asam keping, aji atau gula. Kemudian masukkan ikan pari masin yang telah digoreng garing. Golek2. Siap.

Makan dengan nasi panas. Kjee selalu ratah jer. Selalu Kjee buat banyak2 dan bila dah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan. Nak ratah senang. Buat masa bulan puasa sedap tau. Makan masa sahur. Mau lalu makan nasi dua pinggan. Hehehe



5 comments:

  1. alamak terliur la saya kjee... ni kang petang balik ade yg mencari ikan pari nih...

    ReplyDelete
  2. ni peberet arwah anak saya....kalau masak dengan cili merah dan cili api pun sedap...kalau mak mentua saya..dia ketuk dulu ikan ni baru goreng...
    sapa yang pernah makan ikan pari kering ni baru tau bertapa sedap nya..hahaha
    pasar malam ni rasa nak beli laa ikan ni..

    ReplyDelete
  3. mas pun suka buat sambal pari gini..
    sedappnya tengok lauk kak jee ni...

    ReplyDelete
  4. Kjap LGI berasap la NIH dapur.. btulan ada ikan pari kering .thanks kakje NTI resipe

    ReplyDelete