Monday, June 20, 2011

SAMBAL UDANG PETAI VERSI PAKCIK OSMAN




KALAU korang suka makan petai, Kjee yakin korang mesti pernah masak lauk ni. Ini adalah antara menu favorite kalau korang beli petai. Betul tak? Petai yang dulu boleh diperolehi dengan murah, menjadi mahal apabila ia menjadi makanan semua bangsa di Malaysia.

Korang mesti tak perasan tapi Kjee perasan. Sejak kaum Cina Malaysia suka makan petai, sejak itu harganya melambung naik. Dan yang terbaru Kjee beli, harganya satu papan RM2! Biasanya satu ikat yang ada tiga atau empat papan, harganya baru RM2.50 hingga RM4!

Apapun, kerana terpaksa beli sebab tekak ni dah teringin sangat nak makan, maka Kjee pun beli lah hari itu, walaupun tak berapa berkenan dengan harga. Satu papan tu ada berapa biji jer kan? Apakah satu hari nanti petai akan dikategorikan sebagai bahan makanan eksotik? Harganya sama mahal macam emas? Hehehe

Anyway, berbalik kepada resipi sambal udang bubuh petai ni, masa Kjee muda2 dulu, masa kerja wartawan NST , ada seorang jurugambar. Nama dia Osman. Orangnya kecik jer. Kami semua panggil dia pakcik walaupun dia tak lah tua. Dah lama dah dia arwah. Arwah orang Melaka dan dia kata dia terer buat sambal udang petai.

Rahsia nak bagi sambal udang petai sedap, cerita arwah kepada Kjee dulu ialah, kena goreng dulu petai itu sebelum dimasak. Maknanya, sebelum kita tumis dulu bahan2 tumbuk, masukkan dulu petai, goreng setengah masak, keluarkan baru tumis.

Dan Kjee pun buatlah macam arwah Pakcik Osman sarankan sampai sekarang. Sedapnya macam mana Kjee tak pasti. Kjee ni jenis kalau dapat petai, kisahlah cara apapun dimasak. Rasanya tetap sama.

Okay jom kita intai resipinya.

 Kjee jarang buat sambal bubuh belacan. Kalau tak nak bubuh pun okay sebab rasa manis dari udang sudah ada.

BAHANNYA:

20 ekor udang (sederhana besar dibersihkan tinggal ekor)
1 mangkuk tauhu faa cili kering kisar
petai (ikut suka)
2 labu bawang besar (sederhana besar)
3 ulas bawang putih
1½ inci belacan (kalau guna)
½ cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
1 sudu kecik gula atau secubit aji
garam

CARA:

Tumbuk hingga halus bawang merah dan bawan putih bersama belacan (kalau guna). Panaskan kuali, bubuh minyak. Bila minyak dah panas, masukkan petai yang telah dikopek dan belah dua. Golek2 hingga separuh masak dan keluarkan. Masukkan pula bahan tumbuk dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan perlahan api. terus goreng hingga terbit minyak. Kemudian masukkan sedikit air dan masak lagi hingga bahan2 tadi benar2 garing. Kemudian masukkan air asam jawa. Kalau guna asam keping, masukkan air sebanyak ½ cawan. Kemudian besarkan api, masukkan udang, goreng pantas2 selama dua minit. Masukkan pula petai, gula atau serbuk perasa dan garam. Jangan masak terlalu lama. Rasa dan padam api. Kalau masa terlalu lama udang jadi keras.

Ini info yang Kjee pernah dapat dari seorang kawan berbangsa Cina. Dia kata kenapa orang Melayu kalau masak guna udang, dibersihkan udang hingga 'gondol' tinggal isi sahaja? Menurutnya, orang Cina kata kalau disiang udang, tinggalkan sedikit  bahagian ekornya baru masak. Cara ini, kalau kita makan especially orang yang allergik, tidak akan jadi gatal. Entahlah. Kjee ni memang masak udang jarang sangat buang kulit sampai 'gondol'. Bukan sebab dengar saranan kawan Kjee tu tapi Kjee rasa lebih cantik sikit rupa udang itu. Apalagi kalau guna udang yang besar2 sikit. Tapi ada orang yang malas nak buang kulit masa makan sebab itu agaknya ada yang masak udang, bersihkan sampai 'gondol'. Wallahualam.

8 comments:

  1. saya selalu masak sambal udang tak sesedap mak masak...rupanya sambal tu kena banyak satu mangkuk baru jadi...

    ReplyDelete
  2. fuhhh feveret saya ni, tambah2 kalo ada ikan goreng...menjilat jari dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Petai jadi mahal terutamanya di bandar kerana upah panjat pokok petai atau kait petai dah naik agaknya. Yer lahhh.. zaman sekarang apa yang murah. Masuk tandas awam pun dah kena bayar 30 sen. walaupun petai di makan semua bangsa, tapi ramai juga yang tidak memakannya kerana tak tahan dengan bau. Tapi kaum cina makan petai memang dahsyat. Sekali beli bukan dua tiga papan je .. berpapan-papan. Saya pernah lihat seorang wanita cina perisi petai sambil dimakan gitu saja macam makan kacang putih.

    ReplyDelete
  4. ada petua kata, kalau tak kopek kulit udang tu rasanya lebih manis.

    ReplyDelete
  5. tgk blog ni terkecur2 air liur ditengah malam buta.. hahhaa.. nampak sedap la kak.. :)

    ReplyDelete
  6. Sedap juga kalau ganti petai dengan timun

    ReplyDelete
  7. nak try masak guna resepi ni mlm ni.heheh..

    ReplyDelete
  8. To kak jee,
    Mohon salin nak masak for berbuka petang ni...

    ReplyDelete