Astro Diberi 7 Hari Atau Hadapi Boikot
KUALA LUMPUR – Prihatin dengan rungutan pelanggan dalam tempoh tujuh hari atau hadapi tindakan boikot!Itu amaran dua persatuan pengguna berpengaruh di negara ini iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) terhadap Astro di atas apa yang dianggap sebagai ‘keangkuhan’ syarikat televisyen berbayar tersebut yang bertindak sesuka hati mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan mereka.
Bahkan amaran pemboikotan itu juga diberikan kepada syarikat yang mengiklankan produk barangan mereka di stesen berkenaan.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
” Astro bukan saja memonopoli pasaran stesen berbayar, bahkan sudah mula mengambil iklan sedangkan peraturan tidak membenarkannya berbuat demikian dan sekarang sesuka hati nak kenakan bayaran tambahan pada pengguna tanpa membincangkannya dengan pihak berwajib.
” Ini bagi kami satu bentuk keangkuhan, sehinggakan nak buat penyambungan perkhidmatan pun pelanggan dikenakan caj RM20, bukan perlu pakai spanar pun.
” Untuk makluman, mereka juga ada badan penapisan sendiri, siapa mereka (Astro) sebenarnya yang nampaknya mempunyai ‘kekebalan’ untuk membuat apa saja yang mereka suka?,” tegasnya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.
Turut hadir Presiden dan penasihat undang-undang Cassa, Datuk Dr. Jacob George.
Mahukan berita penuh klik Mybloghub.my
pada saya astro ni dah melampau dan tamak, mentang2 tak ada saingan. rumah saya ni kalau line TV biasa tak bintik2 hujan memang dah lama saya cantas astro. charge yg dikenakan astro sangat melampau dan iklan bersepah mengalahkan TV3.
ReplyDeletekjee jgn lupa update kalo dah nak boikot yer..sy nak join skali..
ReplyDeletemmg tamak sgt astro nih..rasanya tak pernah bayar mcm harga yg sepatutnya..ada je lebih.
bila dah ada astrofirst ni(juga menyebabkan penyebaran ctk rompak di situ) mesti untung lg berganda..takkan x cukup2 lg kan..nak tmbh bil juga cam kenaikan harga brg runcit ke..
lagipun x pernah diboikot sebelum ni kot kjee..tu yg makin nak peha tu..huhu..mmg membebankan pengguna n terasa diambil kesempatan sbb tiada saingan
Tu la keburukan manopoli.
ReplyDelete