Sunday, June 26, 2011

TAK SENANG JADI ORANG FILEM

antara pengarah yang aktif - ehsan google
Dah lama betul Kjee tak bercampur gaul dengan orang filem. Maklumlah sejak Kjee kurang sihat, hidup Kjee hanya bergelumang dengan skrip. Bukan berlakon tetapi menulis jer. Sekarang apabila dah sihat sikit, rasa teringin nak kembali ke dunia lakonan. Tapi Unclepali dan Nadia jeling jer.

ehsan cik google
Mereka dah masak dengan kesukaran kerjaya sebagai pelakon. Mereka merasakan Kjee mesti tak tahan nak mengharungi lagi dunia itu. Bukan senang. Berlakon diapit kiri kanan dengan lampu2 yang besar2. Panasnya yarabbi. Selain itu, mereka merasakan, Kjee sudah tidak kuat di segi mental dan fizikal untuk melakukannya.

Ada dulu seorang pelakon wanita (orang Singapura), setiap kali hendak pergi berlakon, akan jumpa doktor dulu amik ubat penenang fikiran! Kjee masa mula2 kenal beliau terkejut jugak. Ingat dia sakit apa. Apabila dia bercerita perihal dirinya yang tidak tahan dengan tension apabila berlakon, baru Kjee faham.

Sebab itulah dalam akhbar Mingguan Malaysia sisipan Pancaindera hari ini, ada pelakon yang baling handphone kat pengarah, ada pelakon yang asalnya seorang yang berbudi bahasa dan berhemah, jadi banyak songeh. Ataupun cerita2 yang artis yang sombong dan tak nak layan peminat.

Mereka yang menjadi sedemikian kerana tidak tahan dengan stress. Boleh jadi mereng sekejap tau. Kjee tak bohong. Ada artis yang tak sanggup nak berlakon drama berpuluh2 episod semata2 kerana tidak tahan bekerja berbulan2 dengan teman2 yang boleh buat dia orang 'gila'.

ehsan cik google
Bayangkanlah dalam satu team produksi. Bukan hanya ada artis dan pengarah. Biasanya kalau drama bersiri, pelakon tidak kurang dari 10 orang. Itu tidak termasuk pelakon tidak tetap atau extras yang keluar masuk. Kemudian team produksi ada dua bahagian iaitu team pengarah dan team kamera.

Team pengarah terdiri daripada Pengurus Produksi. Pengarah, Penolong Pengarah, budak Conti, runner, tukang buat air, wardrobe girl (jaga pakaian), mekap artis, Budak Prop dan seorang dua lagi pembantu Pengurus Produksi. Team kamera pulak sekurang2nya enam orang.

ehsan cik google
Hah korang tengok saja berapa ramai orang dalam satu produksi secara keseluruhan. Korang ingat dalam satu team itu semuanya 'siuman' ker. Dalam setandan pisang pun ada yang busuk. Jari kita pun ada yang panjang, ada yang pendek. So faham2 sajalah. Bila dah lama sangat berlakon, pasti ada 'mulut longkang' yang secara tidak sengaja mencetuskan keadaan yang buat ada antara mereka yang panas hati.

Dan selalunya, yang hebuh di akhbar bukan kisah team produksi tetapi artis. Disebabkan dia artis, maka hebuhlah di media. Kalau tukang buat air buat hal, tak pun jadi isu kan?

Itulah dunia yang Kjee harungi lebih 30 tahun. Walaupun imbuhan dia banyak dari segi kewangan, tetapi kalau Kjee fikir mengenai rintangan2 yang terpaksa dilalui, rasa seram yang amat2.

ehsan cik google
Tapi taklah semua produksi itu teruk. Ada yang bagus. Takkanlah pasal nila setitik, rosak susu sebelanga. Kjee harap nila setitik seperti yang baling handphone pada pengarah atau yang sekarang sudah berlagak Diva, tidak akan memberikan tangapan negatif kepada industri perfilemanan secara keseluruhan.

Itulah sebabnya, kalau ada anak2 muda yang approach Kjee tanya cara nak terjun dalam dunia ini, Kjee bagi dia orang 'kuliah' panjang lebar. Kalau rasa2 tak tahan dengan cabaran, iman tak sekukuh gunung tahan, baiklah jangan cuba hampiri dunia ini.

Bila fikir2 takut nak kembali ke dunia berlakon. Takut mereng balik tau!


8 comments:

  1. as salam kak jee...rupa2nya susah nak jd orang glamour(artis) ya...ermmmm

    ReplyDelete
  2. sbb tu aku tak pernah nak kalau orang drama hendak menyewa rumah aku untuk jadi lokasi drama. kau pun banyak kali dah terangkan kat aku macam mana nanti aku tak bebas dirumah sendiri dan yang paling penting aku tak suka bilek tidur aku suami isteri dah jadi macam bilek pelakon drama pulak sorry bilek tidur aku no entry untuk orang lain.

    ReplyDelete
  3. Ikut suka kak jee la, kalau kak jee nak berlakonlah. Kalau rasa tak larat nak tanggung tension dia tak payah la kan.
    Betul ke?

    ReplyDelete
  4. tapi kan,rindu la nak tgk kjee di tv

    ReplyDelete
  5. sama mcm mak teh.rindu nak tengok kak jee melawak :)

    ReplyDelete
  6. agaknya Azean Idrawaty terlantar semula... sebab kanser mungkin sebab berlakunkut....orang2 kanser tak boleh tension...

    ReplyDelete
  7. saya dah nampak bagaimana kerja orang buat filem dan orang yang berlakon, huhu cayalah bagi saya tak laratlah, bukan senang2 rupanya, meletihkan, tabiklah orang2 filem ni...

    ReplyDelete
  8. rumah tok sedara sy di selama,kedah pernah di"pinjam" untuk drama pe tah (da rusdi ramli berlakon)..yg xbesnya dorang cat tangga warna lain x kabo n x uabah balik n ada brg2 pecah..memangla tu rumah tinggal..tp sense jaga hak orang agak kurang di situ..

    ReplyDelete