Tuesday, June 14, 2011

TANDA2 APA NI HAH?


Salam. Dari pagi tadi, sebaik sahaja bangun Kjee rasa mata ni berat sangat macam nak tutup balik. Jarang2 sekali kalau Kjee set jam alarm, bila jam bunyi Kjee padam dan terus tidur. Kjee cukup disiplin hal2 macam ni, Maklumlah kalau set jam untuk bangun, mesti untuk ingatkan hal penting yang harus dilakukan.

Pagi tadi plan nak bawak kakak ipar pergi berubat dengan Hj Zuber di Kampung Sesapan Batu Rembau. Sebelum itu nak kena hantar Nadia dulu. Maka seperti biasa breakfastlah kat kedai tosei di Taman Melawati sebelum pergi.

Masuk jer kereta lepas sarapan, Kjee mengantuk balik. Aikkk kenapa ni? Sebaik sahaja Nadia turun di kampus UniRazak, di tengah2 KL, Kjee mengantuk. Minta izin Unclepali nak tidur. Unclepali ni kalau Kjee mengantuk waktu duduk dalam kereta, dia memang suka. Bolehlah dia pecut. Kalau tidak, mulut Kjee dok pot pet pot pet suruh dia hati2lah, slow down lah.

Sebaik sahaja Kjee tertidur kat Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum Unclepali amik susur keluar ke Jalan Kuching menuju ke Kepong nak jemput kakak ipar, Kjee dapat sms bagitau Hj Zuber tak sihat. Mujurlah. Kalau tidak buang masa jer ke rumah dia.

Sampai rumah kakak ipar, Kjee bangun. Masuk rumah mengantuk tahap gaban. Kejap2 menguap. Akhirnya, ajak Unclepali balik. Dalam kereta balik tidur jugak. Sampai rumah, Kjee duduk 10 minit depan PC, upload gambar dan entri sambal pari. Kul 1.30 Kjee tidur depan TV sampai pukul 6. Sedar2 Nadia call suruh jemput dia.

Kami suami isteri bergegas keluar jemput anak. Dalam kereta masih mamai. Pastu selepas amik Nadia, singgah Kampung Baru nak makan, sebab sehari suntuk hanya minum pagi tadi,. Sampai rumah kira2 jam 8 malam, terlentuk balik depan TV sampai laa dekat pukul 12 malam.

Dalam hati berkata2. Masa arwah mak sakit dulu, dia pun macam ni. klik sini . Kejap tidur kejap bangun. Lebih tidur dari bangun. Rupa2nya kena diabetic coma. Lima hari dia terus tak sedarkan diri dan pergi buat selama2nya. Tapi setakat ini, Kjee tak ada penyakit diabetis. Last sekali periksa dua minggu lalu dan kadar gula dalam darah adalah 4.7 maknanya tiada langsung kesan kencing manis.

Risau juga memikirkannya. Tetapi kalau nak selak sejarah hidup Kjee sejak seminggu lepas, memang sibuk sangat. Tiap malam tidur pukul  4 pagi mengejar masa nak habiskan skrip. Selain itu, puasa pulak dan terpaksa menyediakan juadah berbuka puasa sendirian kerana Unclepali pun sibuk giler. Dan Nadia pulak kerja jadi Facilitator di Uni dia.

Nadia kata mungkin badan Kjee terlalu penat. Dan hari ini otak bagi signal badan sudah tak boleh tahan lagi sebab itu, Kjee tidur sepanjang hari. Wallahualam. Apakah kata2 itu nak sedapkan hati mama dia? Nak ikutkan Unclepali, jom ke Hospital. Itulah dailog dia kalau tengok Kjee bukak mata lima minit pastu terlentuk balik sepanjang hari ni.

Masa menulis ni pun Kjee dah mamai sangat. Kalau dapat melengkar atas katil lagi sedap. Tengoklah sampai pagi esok. Kalau Kjee masih macam ini jugak, Kjee akan ke Hospital.

Itupun, kalau bangun pagi esok. Kalau ditakdirkan tidur buat selama2nya, Kjee menyusun 10 jari memohon ampun atas keterlanjuran cara dan bahasa selama ini. Yang buruk cuma dari Kjee dan yang baik dari Allah SWT. Assalamualaikum.

8 comments:

  1. assalamualaikum kembali kak gee...sedihnya baca n3 kali ni....:-( Insya Allah semoga semuanya baik belaka...akk kena banyakkan rehat...bila umur semakin meningkat memang cepat letih...semoga akk dipanjangkan umur dan bahagia sokmo di samping keluarga tercinta.....:-)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. oh k jee...sayu je bunyi entry ni...apa-apapun sentiasa jaga kesihatan,mudah2an tak da apa2,,,dan yang paling penting ingat Allah selalu pasti hati tenang..

    ReplyDelete
  4. salam kak jee..

    please dont say things like that..buat saya cemas.
    as da doctor would say,when age catchs up with u,macam macam lah tak betul.i guess maybe u are tired sikit kott..with the workload.kak jee ni agak nye one of those kalau ade deadline suka gelut-gelut nak perabih.buat pelan-pelan(slowly).u take care..write everyday...i need to read good stuff.

    ReplyDelete
  5. salam kak jee,
    please dont say things like that..buat saya cemas je.
    maybe u are just tired kot..keje banyak.
    rest lah sikit,jangan gelut-gelut nak perabih keje.see..u are much better the next day..bole pi makan rojak tahu.
    kira ok la tu.
    u take care ya..and write,i need to read sometin good everyday.

    ReplyDelete
  6. walamakkk kak jie..
    mcm tu punya ngantuk pun kak jie takde typo okeh. sy ni, tak ngantuk pun typo tu dah lebih dari org tido. huhuu

    Letih tuu.. badan kata REHAT! tapi kak jie degil... mata pulak ambil alih. Dia pejam je .. so kak jie pun tak boleh buat apa2 lalu ... kena pejam dan berehatlah tu ;)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum K.jee

    Happy dapat jumpa blog K.jee. Minat k.jee dari dulu lagi. Salam perkenalan dari saya.

    ReplyDelete
  8. Salam Kak jee

    Happy dapat jumpa blog k.jee. Dah lama minat ngan k.jee. Salam perkenalan dari saya.

    ReplyDelete