Wednesday, June 15, 2011
TELOR MASAK TAUCU
Lauk ni dah lama Kjee masak tapi malu nak tayang kat sini. Tetapi memandangkan sekarang semua kena musim jimat cermat, maka kata orang tak ada rotan, akar pun berguna. Tapi pada Kjee, Telor Masak Taucu ni antara menu cukup menyelerakan kalau dah bosan makan ikan, ayam ataupun daging.
Tadi masa pergi Seri Ternak, Kjee nampak ikan gelama yang sedap sangat kalau masak taucu. Tapi ikan tu macam tak sihat kena demam Malaria jer, so Kjee tak lah beli. Ikan gelama isinya tawar so sedap kalau dibuat lauk2 yang agak masin macam masak taucu.
Cara masak ikan gelama masak taucu sama juga dengan resipi yang Kjee bagi ni. Tapi ikan gelama tu goreng separuh masak saja. Kalau garing2 nanti isinya keras.
Kita tengok resipi Telor Masak Taucu. Rasa2nya ini resipi dari Melaka.
BAHAN2NYA:
5 biji telor (digoreng mata kerbau)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih dimayang
cili padi (ikut suka banyak mana nak letak. Ditoreh sikit atau ketuk)
2 sudu besar taucu
sedikit ikan bilis (sejemput jer)
Cili merah (optional)
1 asam keping
1 inci halia (dihiris)
CARA:
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu. Masukkan kira2 satu cawan air, taucu dan cili padi/api, halia serta cili merah dan juga ikan bilis. Didihkan. Jangan bubuh garam. Bubuh sedikit gula dan asam keping. Biarkan didih kemudian masukkan telor. Bila sudah siap masak dan hendak padam api, rasa dulu cukup ke tidak masinnya. kalau perlu bubuh sedikit sahaja garam.
Ini antara menu hari malas Kjee.
kakjee...lauk macam sedap sesekali masak memang sedap..
ReplyDeleteRingKAS TAPI SEDAP
ReplyDeletejee selalunya kalau masak taucoo ni aku pakai ikan, tak pernah pakai telor, tapi tak salah kalau aku cuba telor pulak kan.
ReplyDelete