Kjee malas nak komen. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam. Korang baca aje lah ya. Kjee copy paste dari mStar.
PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.
Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.
"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar.
"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.
Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.
Persoalan kononnya Salih mengamalkan “pilih kasih” terhadap isterinya yang lain mula timbul apabila dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.
"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.
"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih
Gitu ye xpatut memang xpatut./..
ReplyDeleteHehehe... Biasala Kjee, adat berumahtangga, ada masam, ada manis, ada pahit. Walau apapun, I like SY. I follow....
ReplyDeletePadangDiLalang
Bukan mudah nak berlaku adil dan bukan mudah juga untuk menjaga hati dan perasaan setiap isteri. Semoga salleh yakub dapat memberikan yang terbaik buat isteri-isteri beliau. Doakanlah semoga rumahtangga yang mereka bina dicurahi kebahagiaan dan sentiasa mendapat keberkatan dariNya.
ReplyDeleteAs salam Kakjee....tgk entry kakjee mesti nak komen...hehe...
ReplyDeletebiasa la tu, kalau dah empat isteri kenalah adil, cemburu tu perkara biasa. lagipun isteri baru muda belia, semua org nak ambil tau..
No komen...( tengok dan lihat aje )
ReplyDeletehttp://rossmerahjingga.blogspot.com/2011/06/kenapa-lelaki-tidak-boleh-kahwin-empat.html
assalamualaikum & selamat pagi, Kak Jee! :)
ReplyDeletesaya rasa bukan br skrg isteri² dia rasa terpinggir tp dah lama. antara sedar atau tak sedar je. sape yg hidup bermadu mesti ada rasa terpinggir punyalah. tipu la kalo kata takde rasa terpinggir. sedangkan adik-beradik pun kdg ada rasa parents diorang pilih kasih, ni kan pulak seorang isteri yg hidup berkongsi suami dengan madu² yg lain. hanya Allah je yg tau isi hati mereka...
sendiri mau ingat la...
ReplyDeletetak apa nanti bila dah tua, isteri tua pula tempat duduk bertapa sebab isteri muda masih kuat sedangkan Abang Salih dah kurang tenaga
ReplyDeleteassalamualaikum...tengok entry kali nii mmg membuatkan sy terpanggil utk memberi komen..pada pendapat sy, mmg tidak hairan kalau emy kelihatan lebih menonjol berbanding isteri2 lain sebab dia yg melengkapkan kuota is4 itu. mungkin itu yg menyebabkan media lebih tertarik utk membuat liputan tentang mereka berdua..apa pon, doakan jela rumahtangga SY kekal aman bahagia...bukan sennag utk bertindak adil lebih2 lagi apabila sudah penuh kuota ni.
ReplyDeleteAnak salih yg baru lahir (ank dgn istri ke-3)dikhabarkan mngidap luekimia....spatutnya salih lebih memikirkan mbantu istrinya supaya lebih tenang mnghadapi smua itu....ini tidak...sibuk dgn kouta kononnya...otak letak kt lutut ke salih....
ReplyDeletehanya org yg lalui pengalaman bermadu sj yg faham. org yg x pernah lalui blh ckp macam2 tp cuma korang semua lalui pengalaman ni..sakit oooo..yg jd is3 muda, sentiasa akan dpt perhatian..
ReplyDeletesebenarnyer pendapat saya, emi x perlu jadi pengurus sy, amik aje org lain.. supaya lebih adil dan saksama, itu aje penyelesai masalah dia..
ReplyDeletetakpe di akhirat esok salih yakob jln senget aja.. sbb dlm bermadu dia tetap tidak dpt setara adil perasaan dan nafsu pd isteri isterinys..
ReplyDelete